December 30, 2013

"We"(I) need a saviour -Dear Cousins

Dear Cousins........



The night is deafening
When the silence is listening
And I'm down on my knees
And I know that something is missing

Because the back of my mind
Is holding things I'm relying in
But I choose to ignore it
Because I'm always denying them

I'm a bit of a manic
When it's not as I plan it
'Cause I start losing my head
And then I get up in a panic

Remember when we were kids?
And always knew when to quit it?
Are we denying a crisis
Or are we scared of admitting it?

I don't want to know
I just wanna run to you
And break off the chains
And throw them away

I just wanna be so much
And shake off the dust
That turned me to rust
Sooner than later

I'll need a savior
I'll need a savior

It won't ever change
If you want it to stay the same
I really hate it but I know it's hard to choose
If you're chained
And when it's all you control
'Cause you've got nothing else to hold
You're getting tighter and tighter
It's getting harder to let it go
I don't want to know
I just wanna run to you
And break off the chains
And throw them away
I just wanna be so much
And shake off the dust
That turned me to rust
Sooner than later
I'll need a savior
I'll need a savior

Stand me up and maybe
I won't be so small
Free my hands and feet
And maybe I won't always fall, save me
Savior
I just wanna run to you
And break off the chains
And throw them away

I just wanna be so much
And shake off the dust
That turned me to rust
I just wanna run to you
And break off the chains
And throw them away
I just wanna be so much
And shake off the dust
That turned me to rust
Sooner than later
I'll need a savior
I'll need a savior




Bila rindu dengar lagu pun boleh menangis .
Rindu tu tak boleh nak ucap. Bila kita nak jadi macam dulu agak agak?


fadhilah,nabila, ika . Ingat tak masa zaman zaman mula mula nak up dulu? :')





Aku ingat. Korang ingat ? k bye .. sedih ni..







December 23, 2013

Dapat Cash out Nuffnang dan Dapat BE baru walaupun tak aktif?

sejujurnya...


dah setahun blog ni sepi. Kadang kadng update kadang tidak .Kalau update pun entry tak mesra SEO ,tak ping dekat innit )sebab tak reti guna interface baru) . Namun begitu Nuffnang yang baik hati ni tetap bagi rezeki kepada aku. Kalau nak cerita banyak mana tu memang la tak banyak tapi alhamdulillah adalah jugak daripada tak ada ye dak?


Okay cakap banyak pun tak guna. Siapa nak percaya janji janji palsu ni semua kan? 


Ni screen shot  nya





aku baru cashout 2 minggu lepas, percaya atau tidak dengan entry dua ketul je aku punya earning naik macam ni? now you believe me? sebelum ni kosong je tau.. bukti aku cash out? tengok bawah ni






Nampak kan status cheque tu masih unpaid ? maksudnya aku baru lagi cash out dan cheque aku belum diproses lagi. dan kalau korang perasan dekat penjuru atas sebelah kanan ada jumlah duit terkumpul sekarang. bandingkan lah dengan gambar kat atas sekali. sama kan? aku tahu mesti orang kata eh tak banyak pun bazir waktu jer. eh tak bazir waktu langsung tau. Tu tahap cikai cikai aku jarang update blog tau. Dulu mula mula buat nuffnang ni (masa baru gliterri) Kalau dapat 30 sen pun dah syukur siap guling guling atas lantai tanda suka bila dapat BE .Sampai roomate aku rasa nak hempuk aku dengan penyapu . Tapi yelah dasar manusia pemalas kan.. kalau aku teruskan rajin mesti banyak dah aku dapat dari nuffnang ni.Sekarang aku dah nekad nak rajin balik .hehe yela ekonomi tengah tak berapa nak cun sekarang, sambil picit picit jerawat tu update blog pun boleh . Kot kot aktiviti picit jerawat tu boleh membawa tuah dalam hidup korang ke... Mana tahu kan?Sambil picit sambil update blog. Silap haribulan muka licin berseri seri macam adira, earning Nuffnang pulak boleh lawan REDMUMMY ke kan.. Who knows? * buat muka riak sambil tiup rambut*




Jadi yang masih belum join tu bolehlah join sekarang . Benda free jangan risau klik je sini



P/S: kalau tak faham apa-apa tanya je , tak kena bayar. Saya baik orangnya .. eh? ;p




December 16, 2013

cara dapatkan perkhawinan ala puteri raja dengan belanja yang lebih murah *hot tips*

Assalamualaikum bakal pengantin.


Disini aku ingin memberikan tips beserta contoh DIY untuk persiapan persiapan majlis korang.
Yer aku mungkin belum khawin lagi tapi tips yang aku nak bagi ni memang tulus ikhlas dari hati nurani aku selepas aku join buat research sekali dengan member aku yang nak khawin dah tu.


CISKEK ! kata ikhlas dari tadi bebel je terbakor woii terbakorr

eh sabarlah jap nak start la ni.



TIPS #1 : Pelamin Sewa Vs Pelamin Buat Sendiri 


Aku syorkan kepada korang yang nak khawin tu, mohon pelamin buat sendiri . haaaaaa...Sebabnya.....
Sekarang Sewa  pelamin dah berapa? U tell me?  tak ada 3k Jangan harap dapat sewa dik .Melainkan korang jenis duit kepuk kepuk tak kisah duit habis it's okay i wont judge you .

Kenapa aku suruh buat pelamin sendiri ? sebab sekarang orang guna sofa sebagai pelamin kan? Bila korang beli sofa ianya akan menjimatkan kos korang di masa akan datang. Kalau sewa habis majlis kena pulang dah segala bunga ros , kerawang pusar-pusar tu, dengan sofa empuk tak ingat tu semua kena pulang awak. Baik awak beli je. Kat ikea sekarang kan ada promotion. Bukan ikea je mana kedai lah You name it .

ini  baru rm1199 harga promosi dekat ikea. Mesti korang rasa ala tak sama macam kat tempat pameran pengantin tu. Ala tak ada duit la nak beli " Tolonglah wake up ... HELLLLO...... tu semua permainan minda korang jelah. beli ini dan korang dapat duduk dengan selesa di majlis korang dan poket korang jugak selesa lepas korang khawin. Kalau nak sangat sama dengan pameran pengantin korang  beli je la bunga ros hidup banyak-banyak decorate sendiri! Jangan malas kalau sayang poket aihh peninglah dengan u guys ni! *tetiba emo*


okay aku bagi contoh design pelamin dari rins suzana
korang amati betul betul rekaan nampak mewah rins ni :)



Tak apa berbelanja lebih sikit , kalau beli lepas khawin semua ni korang punya . Tiru je design design dari wedding planner apa salahnya demi kebahagiaan poket korang jugak kan? Bak kata pepatah orang putih "killing two birds with one stone"

TIPS#2 : Guestbook / Candy Booth


Aku tak tahu siapa start trend ni tapi aku akuilah yer perempuan ni mudah terpengaruh dengan benda benda comel disekeliling mereka tapi ada yang melampau lampau . Sikit sikit dah ler akak tapi kalau nak jugak aku bagi suggestion korang DIY je . Macam mana?


tengok gambar gambar kat bawah



gambar sumber google. Nampak class kan?  irine nadia pun ada beli untuk majlis baby dia tau. Benda nampak classy macam ni tak semestinya mahal :)



baby fiska medina nampak comel. Simple yet classy ni barang TYPO la ni 
credit : irine





Ni pulak  gambar Maria elena punya wedding credit to blog honeykoyuki (fatin liyana adik ipar maria)
Fatin cakap bunga bunga bunga yang nampak cantik gila ni dia beli kat kedai india jual bunga sembahyang tu je. Sekarang korang percaya tak cakap aku betapa sebenarnya untuk mendapatkan hasil terbaik tak semestinya memerlukan sesuatu yang mahal :)



TIPS #3 : Photographer

Aku perhatikan trend sekarang memang pesen habis duit belaka, tapi tak apa kalau korang berduit . Macam aku cakap tadi .. i won't judge you. Tapi problemnya yang duit tak ada tapi sanggup berhabis habisan demi  gambar yang cantik. My dear.. It's okay kalau nak gambar cantik. Zaman sekarang ni photoshop ada, macam macam ada. Kalau rasa memang nak sangat-sangat pakai photographer yang boleh snap cantik tapi nak budget low sikit aku cadangkan korang cari student art and design yang reti tangkap gambar for sure ( mostly pandai siap ada advance skill editing lagi). Sebab ada aku jumpa masih belajar tawarkan service macam ni. Hasil dia? Perghhh macam professional ! 
ececece promote lebih ;D







okay itu je la 3 tips  yang aku rasa sedikit sebanyak mampu membantu mengurangkan belanja khawin korang tak usah la berlebih lebihan sangat . Benda untuk sehari kenapa nak merana seumur hidup gara gara duit tak cukup dikemudian hari kan? :)



P/S: khawin cepat, jemput aku! :D











December 15, 2013

Salji Turun Di Mesir , adakah ia petanda kiamat?

Mesir Turun Salji?


Ini pertama kali aku dengar tentang turunnya salji di mesir tapi itu semua tak mustahil dengan kekuasaan Allah . Bumi kita sentiasa berputar dan di mesir(di cairo to be exact) turunnya salji setelah  112 tahun . Jadi tak mustahil satu hari nanti mungkin salji turun di Malaysia.. Siapa tahu kan?Boleh la we olzz gumpal bola salji di depan rumah sambil bergambar dengan baju sejuk,sweater tebal gila bapak.. Ahhh bestnya adalah harapan aku nak jet jet hipster nanti. Jadi mereka yang gemar jet jet korea tu tak payah risau dah nak beli baju tak ikut climate negara sendiri . ihik ihik *gelak mintak penampar*


Ronan seekor unta padang pasir yang begitu asyik lepak dalam salji  ketika ditemu bual berkata : cool gak ! alhamdulillah turun gak salji kat sini gua dah bosan main pasir tau u olzz gua nak main salji dulu babai *sambil tersenyum beliau menghabiskan bicara sambil melirik kepada salji salji yang turun dengan havoc nya*


Penerangan sains mengenai pembentukan salji: 
Salji terbentuk apabila udara menjadi sejuk dan membentuk kristal ais, dan kristal ais ini menjadi semakin mengecil kerana haba dan apabila kristal ais ni bergabung ia membentuk salji :)

dimanakah kedudukan ataupun bahagian mesir yang turun salji ketika ini?

ini adalah peta dunia tengok kedudukan Malaysia



Dan atas ni close up sebahagian peta mesir dan cairo dan kawasan berhampirannya dituruni salji sekarang... termasuklah israel dan palestin.




Semoga salji yang turun memberi rahmat dan bukan bencana. Haih aku dah start berangan bila la malaysia nak turun salji ni... Eh tapi opah aku pernah cerita zaman tuk nenek atau moyang dia dulu tanah melayu (nama asal malaysia) pernah turun salji  . Mungkinkah tahun depan salji turun? 

Wallahualam ...




P/S: Till The Next Entry ...


December 11, 2013

Tutorial mencari kerja yang sesuai dengan bidang dipelajari

Hai  Assalamualaikum! :)



Sebagai bekas penganggur , aku rasa aku layak untuk membuat tutorial ini kerana aku mempunyai banyak pengalaman menghadiri interview dan mencari kerja . Jadi sesiapa yang  rasa  was was dan nak tutup blog ni .. nanti dulu sebab aku memang nak bagi tips kat korang dan tips ni korang takkan dapat kat tempat lain.
Jadi aku akan guna ayat mudah mudah je bagi korang faham . Deal?



1) Resume
Pertama sekali sebelum  meminta sebarang pekerjaan sila "mantopkan" dulu resume korang tu.
Pastikan resume korang mempunyai  maklumat diri korang (alamat rumah, no telefon, email , latar belakang pendidikan (paling penting) ,gaji dipohon.( Kenapa? Itu aku akan cerita nanti) dannnnnnn gambar terbaru korang bersaiz passport yang  ada background biru kat belakang tu jangan korang letak gambar duckface korang plak kang sakit jantung plak bakal boss korang siapa susah?



2)Cari kerja kosong di laman internet 
Okay ini aku rasa korang semua sedia maklumlah yang tak tahu tu baca list kat bawah ni ;

  • Mudah.my (HOT)
  • JobstreetMalaysia
  • Majalah.com
  • Blog Jawatan Kosong 
  • 1 Stop Malaysia Vacancy (New)

Okay ini adalah cara-cara memilih kerja mengikut bidang masing masing dan mungkin aku tak dapat list semua sekali jawatan dalam ni , aku akan pilih bidang bidang yang agak popular  dan mempunyai pasaran luas tapi bergaji sikit.Kenapa? Kejap lagi korang akan tahu.




A) Bidang Engineering

Industri ini pada pandangan aku mempunyai pasaran tenat .Dan kebanyakan kekosongan yang bergaji rm2500 ke atas memerlukan degree dan jika tidak mempunyai degree memerlukan pengalaman 2 hingga 3 tahun.Dan gaji lebih dari rm4000 hingga rm6000 haruslah mempunyai pengalaman  lebih dari itu.

Okay jadi sekarang korang dah sedia nak tahu macam mana caranya nak dapat kerja yang mempunyai gaji yang berpatutan lebih lebih lagi jika korang hanya mempunyai diploma sahaja dalam bidang ini?

1)Apply kerja di syarikat pembinaan Gred G7/Contractor Class A yang buat Earthwork  (macam aku buat sekarang) sebab ianya sesuai untuk korang yang nak belajar dari bawah. Kerja dia mungkin teruk sikit sabtu tak cuti tapi selepas bertahun tahun ilmu korang dapat tu boleh melonjakkan tangga gaji korang. Gaji diberi pun not bad starting rm1800  untuk fresh graduate yang ada diploma. Tak percaya? Try! :)

2)Jika korang kategori fresh graduate tapi macam malas nak kerja lagi nak sambung short course lepas tu baru nak kerja.. Dan berduit tak tahu nak buat apa... Sila join course untuk jadi Safety Officer  . Course ni  cost dia rm4000 dan selama 6 bulan sahaja. Lepas tamat course ni korang apply kerja sebagai site safety supervisor dan stay selama 3 tahun. Kenapa 3 tahun? Sebabnya lepas 3 tahun korang akan  dapat green book dan green book tu nanti mengubah status korang kepada safety officer. Bidang ni tak ramai orang ambik jadi bila korang join tentunya korang akan menjadi rebutan para kontraktor . Sebab? Tanpa safety officer kontraktor takkan dapat tender, takkan dapat projek  dan itu menjadikan gaji para Safety officer agak mahal.  Gaji 4k 6K tu memang dah boleh dapat  :)


3)Cara nak cari syarikat kontraktor gred G7 tak lain tak bukan ialah bukak page CIDB
Sila rajinkan diri godek bahagian construction search tu, macam macam jenis company korang boleh jumpa okay ! :)


b)Bidang perubatan
Untuk yang ambik untuk jadi doktor aku rasa tak ada masalah tapi bagi yang ambik kursus nurse ada sedikit masalah. Kenapa? Sebab gaji ditawarkan terlalu sedikit sedangkan kerjanya agak penat. Ada aku jumpa rm900 je dia bagi . Hmmm jadi untuk menyelesaikan masalah ini aku nasihatkan sementara tunggu tawaran kerja dari kerajaan kerja dulu dengan klinik berdekatan rumah untuk menjimatkan kos sewa rumah, makan dan lain lain. Kumpul pengalaman kerja selama setahun dahulu dan  try minta pada hospital swasta seperti Assunta . Jika tak ada juga tawaran korang masih boleh meminta kerja bidang lain, seperti bank (aku akan cerita kat entry lain caranya walaupun bidang tak ada kaitan)

1) Jika minat pada bidang perubatan masih menebal try sambung belajar untuk jadi doktor gigi habis belajar bukak klinik gigi dan masalah kerjaya anda selesai 
2) Jika kurang kemampuan dan masih ingin bekerja bidang berkaitan perubatan sila cuba minta kerja di pusat rawatan alternatif . Gaji  ditawarkan juga jauh lebih tinggi dari klinik klinik swasta :)



3)Bidang Seni lukis dan seni reka/art and design
Bidang ini jarang mempunyai iklan iklan untuk pengambilan kerja dan merunsingkan para graduan. Jangan  risau! Masih ada company yang boleh menawarkan kerja untuk kamu  antaranya.

  • NUFFNANG (HOT!!!)
  • MAXIS
  • CELCOM
  • DIGI 
  • SYARIKAT PRINTING (KAD KHAWIN,BUSSINES CARD)
  • MAGAZINE ( Rajin beli majalah dan try contact mereka)




Jadi aku rasa itu sajalah info yang aku dapat beri aku harap sedikit sebanyak dapatlah bantu korang. Oh ya bidang engineering tu sengaja bagi tips lebih sebab aku dalam bidang itu . Selamat memohon kerja
Terima kasih sudi baca.




"Kejayaan cuma datang pada yang berusaha"

Gambar ikhsan google

December 9, 2013

Bukan macam dulu :)






Bertemu kita di blog kudus ini lagi
dengan ini aku nak berkongsi rasa syukur aku kepadaNya yang buka jalan depan mata aku. Apa -apa jadi lepas ni adalah kerana kelemahan aku sendiri. DIA dah bukak jalan seluas luasnya buat aku alhamdulillah for everything Ya Allah .


Oleh sebab benda ni belum pasti aku rasa aku taknak reveal dulu , akan tetapi aku akan cash out nuffnang aku malam nanti jadi selepas ini mungkin blog ni takkan sama macam dulu . tapi kenangan dalam ni aku akan simpan sampai ke mati . Aku tak mungkin delete post post lama aku dengan kawan-kawan di sana sebab itu jelah kenangan yang aku ada sekarang. Aku di uji agak hebat selepas aku tamat diploma tak lama dulu , sebagai seorang manusia yang cetek akalnya, nipis imannya adakalanya aku mempersoalkan  segalanya pada DIA . Tapi tuntas . aku yang buta, aku yang dangkal . Pengalaman dan masa yag berjalan benar benar mematangkan manusia seperti aku.



Aku pun akan cuba menjadi sedikit perahsia sebab bukan semua benda kita perlu cerita , baru aku faham kata kata orang . Entahlah walau jiwa meronta ronta nak bercerita (dasar makcik kepoci) tapi aku rasa biarlah benda ni aku simpan sahaja


tak macam dulu


bukan macam selalu :)


























FENTY BEAUTY BY RIHANNA REVIEW

           hi guys harini aku nak update sikit pasal satu make up brand yang tengah hot giler diperkatakan masyarakat umum. tak lain ...