November 21, 2012

pengalaman interview dan tanpa kerja? (entry panjang dari biasa)

 
tarikh penulisan mungkin 21 tapi kejadian ini berlaku pada 20 november :)
 
 
rasa dah lama jugak aku jadi penganggur ni, jangan tanya aku kenapa aku tak kerja . jangan tanya .  haha ayat nak cliche kenapa entah ko ni .
okay sebenarnya dah lama aku terfikir-fikir. makin difikir semakin gila
ayat boleh tahan banglanya  juga. ramai tertanya-tanya aku tak bosan  ke duduk rumah? hari-hari menghadap muka parents , muka adik-adik, menghadap tilam dan bantal( yang sebenarnya)  , menghadap twitter yang saban hari mendengar bebelan aku tanpa jemu . mungkin sepatutnya soalan berbaur kebosanan tu korang patut tanya kat parents aku, tak bosan ke diorang menengok anak perempuan sulung diorang melepak dirumah je , hari-hari menghabiskan keju je * dia ni minat keju, jadi menghabiskan beras amatlah tak relevan* dirumah tanpa berkerja. aku yakin korang mesti tertanya-tanya dalam hati sebenarnya aku ni orang mana? ceruk dunia mana aku duduk sampai dah tak ada kerja langsung untuk aku? . yaaaa mesti korang tertanya-tanya kan? kan?
*bunyi cengkerik*
okay walaupun korang tak tertanya-tanya aku dengan sendirinya menganggap korang tertanya-tanya. biarlah aku nak syok sendiri pun . biasanya blogger memang syok sendiri . hewhew* gelak terencat*
 
deannn sampai hati u gelakkan i :(
 
actually aku bukan orang KL  ,  korang tak payah tanyalah aku orang mana. aku saja nak biar korang main teka teki  mana tahu tiba-tiba aku boleh pop quiz ke give away  ke, siapa boleh meneka dengan betul aku kasi hadiah :)
Oleh sebab aku bukan orang KL maka bila aku dapat mana-mana interview atau offer kerja dekat sana aku terpaksa memilih. aku taknak pisang berbuah dua kali. walaupun dalam kes aku ni, pisang dah berbuah lebih 10 kali, tapi sebab semangat aku yang jitu *kononnya* tadi ataupun semalam aku dah hadirkan diri ke interview di sebuah company yang aku taknak sebut dekat sini. pandai-pandailah teka. ceh teka lagi? seriously?
 
ah diam , suka hati aku la , entry aku.
 
jawatan dia project co ordinator.
 
mula-mula aku tengok specific tugasnya aku rasa macam aku boleh buat tapi
bila dah diinterview,dah di briefing aku terus jadi macam kambing tertelan tong gas. tapi jangan tanya dulu aku dapat ke tak. sebab dia ada saringan. interview peringkat ke 2, minggu depan . kalau aku ni dapat impresskan dia maka minggu depan aku akan jadi calon shorlisted. jika tak  ready la nyanyi lagu akademi fantasi , tarik-tarik beg. aku memang tak well prepared. dia bagitahu pasal interview tu hari isnin which means 19 tu pun dah malam uolzz dan interview suruh datang 20 pukul 3 petang . mungkin dia ingat rumah aku dekat. mungkin dia tak baca alamat rumah . mungkin geografi dia tak dapat A masa pmr. LOL una jahat! oleh sebab aku tak well prepared maka aku terpaksa terus terang aku tak sempat baca habis profile company diorang, dan aku cakap aku tak faham tugasnya sebenarnya apa supaya memudahkan aku di masa akan datang. lecturer aku dulu pun paham dah dengan sikap aku ni, tak faham tanya .bukan sekali. ada sampai yang bosan dah layan aku. eh kejap aku nak cerita pasal interview ke pasal zaman study aku ni?
 
sorry i digress


eh tapi aku bersyukur tau sebab dapat peluang interview ni , walaupun resultnya nanti mengecewakan at least aku dapat pengalaman interview yang baru. baru kali ketiga :P .
yang pertama di cheras bulan 5 dulu ke bulan 6 tak ingat , company construction jugak. tapi itu sebagai QS. lepas beberapa hari , aku dapat panggilan suruh masuk bekerja. salah aku tak check map.salah aku tak mintak waktu nak cari bilik sewa. atas faktor tempat tinggal , aku terpaksa dengan tebal muka menolak mula-mula dah confirm dah tempat tinggal tapi ada masalah lain. aku redha:( . aku rasa aku ada cerita pengalaman aku tu kat korang dah )
yang kedua pulak, aku dapat jadi site engineer dekat bukit raja dalam bulan julai. aku sangat happy masa tu. aku masuk kerja untuk beberapa hari dan berhenti sebab tak ada transport,dan safety (pasal safety tu aku dah pernah cerita jugak)  poor me. poor them... majikan aku memang baik masa tu. aku akan ingat mereka sampai bila-bila. tak lupa jugak kawan sekolej aku afifah yang cadangkan aku ikut interview tu. dan bila aku dah berhenti position aku di ganti kawan sekolej aku jugak, aku panggil ustaz. mungkin rezeki aku bukan disitu :)


inilah dua manusia yang sudi teman tadi .
yang ketiga yang tadi tulah. nak aku cerita ke keadaan interviewnya macam mana? mula-mula aku diberi kertas profil suruh isi. yang menarik tu kan korang tahu tak ada sesetengah company ni dia bagi soalan yang tak ada kena mengena langsung dengan bidang tu tau. tapi aku faham soalan tu mesti ada tujuan, nak selidik peribadi pemohon tu macam mana, dan juga nak hilangkan sedikit gemuruh sebab soalan dia kelakar. bagi aku kelakar. but then bila tukang interview tu datang aku gugup semula, tapi aku control la jugak . dia kata "tell me about yourself"
 dia cakap je macam tu aku cerita la pasal aku, mujur aku tak hilang fokus .kalau aku hilang fokus ada jugak aku ceramah kat dia suruh prayforgaza -..-
mujur aku tak lupa diri.. mujur tu.




ini aku masa nak gi interview tadi, sungguh tak korporat . sorrylah i tak ada baju office wear ni.
tak ada saiz .


then comes the awkward conversation bila dia tanya apa yang aku tahu pasal company dia, pasal tugas aku kalau diberi jawatan tu. macam aku cakap dekat perenggan atas tadi. aku terus terang je aku tak berapa nak faham. yang aku tahu dia punya projek banyak buat untuk syabas.
dia kata kat aku, tugas ni nanti kena pergi site dekat pj dan dekat kl. segala projek yang diberikan kepada project coordinator atau project manager perlu di buat anggaran masa mula, masa tamat, kena jumpa client deal harga, kena letak anggaran kos semuanya perlu dibuat  oleh diri sendiri (kalau aku dapat). akan selalu sorang-sorang. akan berjemur tengah panas. secara tiba tiba aku rasa aku tak layak je . ni bukan nak rendahkan diri sendiri tapi yerlah aku kan tak ada pengalaman kerja . well memang ada kerja site tapi berapa hari je. itupun site engineer bukan satu projek aku yang urus. katanya nanti akan ada staf bawahan.
jadi bila selesai interview, aku telah ingatkan diri sendiri, sila cermin diri sendiri lain kali sebelum apply. walaupun kelayakan dari segi certificatenya aku layak tapi dari segi ilmiah dan persediannya aku zero. jadi sila menangis sekarang T-T
memang iklannya tulis diploma civil , tapi bidang kerja macam nak budak degree hoi. sila menangis sekali lagi T-T
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s:  thanks kepada yang terlibat teman aku ke sana. wahidah dan encik pipi i love you and pakcik md esa(ayah wahidah) tq bagi duit, sudi hantar sampai depan pejabat. una hargainya pakcik! XD
 
 


2 comments:

Anonymous said...

macam-macam pengalaman hidup akak dpt kan?

Wahidah BME said...

Allah akan beri yang lebih baik :') InsyaALLAH