November 2, 2012

kembali pulih *entry gembiralah sangat*

aasalamualaikum.
 
ingat tak beberapa hari yang lepas aku cakap laptop aku rosak? kalian ingat ? ingat ?okay kalau ingat bagus tandanya korang ni membaca blog ni ahad lepas, sebab kalau dah bukan pembaca tanya la trillion kali pun , nak ingat ape  kan? hehehe. okay setelah menangis satu malam suntuk *ini tipu* abah tergerak hati nak baiki laptop aku, sebab dia takut aku ambik laptop kesayangan dia yang bentuk kayu yang memang aku minat tu.
jadi untuk mengelakkan laptop dia jadi mangsa rakus anak pertama dia yang memang kalau tak ada laptop boleh sawan, dia telah memutuskan untuk membaiki laptop aku . *bunga api*
 
 
 
 
 pagi isnin tu , subuh-subuh hening lagi abah nak kejut sembahyang subuh macam biasalah lepas sembahyang subuh biasanya aku baring balik .
*ceh baring balik konon cakaplah kau tidur balik una oiii* . plastik
tapi pagi tu aku tak dapat baring semula lantaran terkenangkan laptop kesayangan, yang patah berderai hancur, kalau korang tengok pun mesti korang kata dah dah lah tu bawak bawaklah beli laptop baru.
tapi abah mempunyai pandangan berbeza, bagi dia selagi ada harapan lebih baik di repair *sebab dia sayang duit dan dia sangat penjimat* jadi abah bagi kepercayaan sepenuhnya pada kawan baik dia , uncle X . dia cina, dan sememangnya uncle X ni boleh dipercayai . servis dia sangat-sangat first class. kenapa panggil uncle x? sebab aku tak tahu nama dia, kalau aku tahu nama dia dah konfirm-konfirm aku tulis nok, macam korang jugak kalau aku terjumpa korang tapi tak kenal mungkin korang boleh dapat nama minah atau mamat  x , y , z dan sebagainya  tehee :D. aku memang suka suka letak nama orang macam tu . konsep yang simple dan boleh dicuba kalau korang bukan jenis makhluk peramah di pertemuan pertama  gituuu.
dah kenapa aku cakap servis dia first class? sebabnya aku hantar isnin pagi. hari selasa aku dah dapat laptop aku balik.dan aku dapat free adapter  *angkat kening*. seronok bukan? 
 
jadi ini adalah gambar laptop aku setelah mendapat sentuhan uncle X.
tatatata tadaaaa
 
 
dulu banyak scratch atas ni, tapi uncle buat apa entah sampai jadi begini licin :)
 
dulu belakang ni hancur, tapi uncle dah tukar baru *jejoget*





 
uncle uncle baik betul.. kenapa uncle taknak tukar jadi ini?


 
 
ahhh kau una, dah bagi kfc nak kenny rogers .
 
 
 
 
 
p/s: bersyukur sangat laptop dah pulih bolehlah blogwalking dan sevagainya :)
Post a Comment