November 8, 2012

teguran untuk pengarah filem malaysia.

aku tak berniat nak menyinggung hati dan perasaan sesiapa  dan tujuan aku menulis entry ini adalah untuk memberi teguran walaupun tidak diminta sebab aku rasa sebagai seorang manusia aku boleh memberi teguran .ini tentang industri perfileman yang aku rasa agak dekat dengan masyarakat sebab rata-rata orang malaysia suka pergi tengok wayang sebab aku sendiri pun memang kaki wayang.



 
 
aku tak nak sentuh hal agama kat sini sebab aku rasa aku sendiri jahil cuma apa yang aku nak sentuh soal moral sedikit saja. well aku rasa korang pun perasan semenjak dua menjak ni filem-filem di malaysia asyik-asyik pasal rempit,gangsterisme. aku tahu niat pengarah hanya untuk memberi kesedaran kepada golongan-golongan rempit  dan seangkatan dengannya , tapi apa yang aku nampak kesannya ialah pada budak-budak , remaja yang meningkat dewasa.
aku tak tahu apa yang membuatkan film maker, penulis skrip berfikir yang filem-filem macam tu boleh memberi pengajaran. dari kaca mata penonton apa yang aku nampak ianya macam satu galakan, satu bentuk "ajaran" secara tak langsung yang membuatkan budak-budak, remaja dan dewasa meniru aksi-aksi atau perangai yang tak sepatutnya.walaupun tujuan filem itu untuk mendidik rakyat tapi semestinya lepas menonton filem, tak ada golongan "kurang baik" yang pergi ke masjid gara-gara terpukul dengan ending membawa kebaikan sedangkan banyak babak dalam filem berunsurkan pergaulan bebas, gangsterisme,peluk perempuan sana-sini. aku berani cakap tak ada yang terpukul dan tiba-tiba sebak dan keluar wayang je terus lari ke tangga masjid..sebab apa? sebab babak yang dikeluarkan dan ditonjolkan dalam filem banyak yang negatif dari yang positif
 i cannot brain this. 


ini yang sepatutnya diterapkan dalam filem, tapi bila kamu memilih untuk
memaparkan perkara yang tak baik.
cuba fikir macam mana audiens nak menjadian ianya sebagai contoh
walaupun endingnya sedih nak mati, endingnya hero filem jadi baik,
 hero filem pergi masjid atau bertaubat
at the end, audiens cuma meniru benda-benda tak elok dalam filem tu saja
 


 
well aku tak kata yang filem tu perlu banyak watak-watak  dalam masjid,watak ustaz tapi sekurang-kurangnya kita masih boleh buat scene yang menarik tanpa scene-scene yang over negatifnya . sebenarnya kita tak perlu nak keluarkan perkataan "sensored" untuk buat lawak, kita tak perlu nak gunakan contoh gangsterisme untuk berikan pengajaran. tak perlu nak ada babak rogol , babak peluk perempuan, babak over romantik macam laki bini, babak peluk-peuk macam taknak lepas. i dont see the point . filem patutnya lebih mendidik rakyat , no wonder ramai orang suka tengok filem inggeris even filem inggeris ada scene lucah , we just can cut that scene, filem mereka tetap menarik tanpa scene lucah tu sebab scene lucah bukan modal utama filem tersebut. let's go to the science fiction. hopefully tak ada pengarah nak butthurt dengan aku sebab ni. dan tak ada yang saman aku sebab aku memberi teguran yang ikhlas lagikan bertapis. let's change for good . jangan fikirkan untung saja, fikirkan masyarakat malaysia. aku teringin nak tengok pengarah kat malaysia ni buat satu filem yang berunsurkan science fiction dan ada terapkan sedikit unsur islamik. ada mana-mana pengarah yang sanggup ambik cabaran ni? :)
 
 
 
 
sekian - audiens yang memerhati -una.
Post a Comment