August 29, 2015

NY STEAK SHACK AND THE HORRIBLE MOVIE I'VE EVER WATCH ALL MY LIFE!




salam midnight peeps!

harini aku off day. so dapat la berehat kejap. balas dendam tidur yang tak berapa nak cukup sejak dua menjak ni. dia ajak aku keluar lepas dia balik dari office. aku ikutkan jelah..kami pergi pyramid je. 
plan asal aku ingat nak tengok terminator. tapi tak ada. dia nak tengok cerita inside out. aku plak malas nak tengok cerita kartun kan. so aku pilih sinister 2.


TUNTAS


kepala aku makin berat dan stress lepas tengok cerita tu. psiko gila tau tak! menyesallll aku tengok.
aku tak suka cerita bunuh bunuh. lagi lagi melibatkan kanak kanak yang membunuh parents dia. sangat sangat tak bagus untuk kanak kanak. i'd prefer cerita superhero walaupun mengarut tapi at least.. unsur ganas tu macam taklah sangat. lepas ni kalau keluar lagi sambungan dia sumpah taknak tengok! 

so untuk menghilangkan keserabutan kepala akibat cerita psiko berat tu tadi. aku dengan dia pergi cari makanan. kitorang pergi ny steak shack je depan ice rink tu. makanan dekat situ affordable jugaklah. not too pricey and not too cheap.


aku pilih benda ni . aku lupa dah nama dia. haha cepat betul aku hilang ingatan kan? oh well kecik kecik dulu banyak tertelan semut gais... XD



after dinner both of us decided to go upstairs. saja nak tengok tengok baju. tengok je tak beli.. sebab kedai dah nak tutup. lepastu dia kata, jom kita pergi tengok msi nak?

aku pun macam... whattt??? msi? apa benda tu? sejenis gula gula ke?
hahaha! aku ni memang kalau sebut benda benda pelik pelik sikit aku ingat benda tu makanan! silalah redha. sedangkan condom jual dekat 7eleven tu pun aku hampir terbeli sebab aku ingat benda tu chewing gum!

cerita dia ni memang lawak kalau nak cerita balik. even aku menaip ni pun sambil ketawa berguling guling.  


okay cerita dia macam ni.. pada suatu hari, seorang manusia yang bersaiz gajah lapar gila tahap tak keruan l. dia berhajat nak makan gula gula je. oleh sebab dia peminat tegar chewing gum, dia pun pergi je rak depan counter tu. lalu dia ternampak packaging comel sebijik macam kotak chewing gum!

aku : bang, chewing gum ni satu berapa? sedap tak?
abang 7 eleven : arrrr.... ( muka dah merah.. serba salah nak cakap..)
aku : hmm lambatnya jawab.. tanpa fikir panjang.. aku ambik 2,3 kotak letak kat kaunter. 
abang 7 eleven : (ambik kotak tu letak balik kat rak dia) 
aku : eh apa ni orang nak belilah.. kenapa simpan balik? sambil tangan tu laju je nak bukak kotak tu.
abang 7 eleven : benda ni bukan makanan dik... ini untuk lelaki je. perempuan tak pakai benda2 macam ni.


oleh sebab aku tengah lapar .. kadar penangkapan aku pada jawapan dia agak perlahan. krik krik krik buat seketika. 

aku pandang abang tu. abang tu pandang aku. dia masuk 7 eleven sebab aku lama sangat. kata nak beli gula gula je. takkan lama sangat? dia cakap. 


aku : haa ni lah tengah nak beli la gula gula ni , orang ni tak bagi pulak. sambil tunjuk kotak "chewing gum" tu tadi.

dia : woii! ini kondom lah gila! 


T_T


sampai sekarang aku bengang dengan abang 7 eleven tu. apesal dia tak berterus terang je dengan aku.
ko bayangkan macam mana aku nak melangkah keluar dari 7 eleven tu dengan muka tebal ibarat kena simen 44 kali! ko bayangkan! 



aku ingat tak ada orang beratur belakang aku. rupanya ada 3 orang! KEPADA 3 ORANG TU. AKU DENGAR KORANG GELAK OKAY!


LAIN KALI NAK GELAK TUNGGULAH AKU KELUAR DULU! 

berbalik pada msi tadi. kitorang tengok kejap je tadi. gamers suka laptop jenis tu. pasal main game laju. processor i7 kan? haruslah. spesis macam dia memang suka sangatlah benda benda macam tu. bagi aku .. apa yang ada sekarang dah cukup. 




date aku diakhiri dengan aku ke outlet ambik stok barang untuk midvalley dan berjalan kaki pulang dengan cousin aku. rumah dekat kan tak jauh pun. elok pun exercise. aku dah bantai steak tadi tu pun dah rasa "berdosa" dengan diri sendiri. nak diet konon! T_T




P/S: esok aku kerja pagi. bersedia untuk rabak mata una, pukul 1 pagi pun belum tidur lagi ni camne ni?

August 25, 2015

Twelve cupcakes and discovering a new side of me.





hello readers/silent reader,
Assalamualaikum ..

semalam kan aku kena take turn jaga outlet sunway pyramid. kitorang tak cukup orang sebenarnya . 
sebab semalam outlet kena siapkan 1500 cupcakes, person incharge 4 orang tu busy untuk persiapan malam ke pagi... so tengahari aku kena cover depan sampai ke malam. all the " seniors" pretty occupied, sebab kena ganti makcik makcik bakers and pipers tak sampai hati nak suruh diorang stay up sampai ke pagi. being a generous and helpful manager, they voluntered to do all the cupcakes  from  scratch. GILA! so my cousin fadhilah pun involved sebab dia memang one of person incharge for pyramid's outlet. 


semalam sales agak memberansangkan. Happy walaupun bukan duit aku. DUH! aku memang suka selling things kot. Bussiness kan one of my passion. kalau boleh putar masa, aku takkan ambik engineering. tapi tak guna menyesal kan?



semalam sempat jumpa GM Malaysia, actually cupcakes ni jenama from singapore. I guess if you guys familliar and rajin pergi pyramid korang tahulah cupcakes apa yang aku tengah cerita sekarang.


it's TWELVE CUPCAKES ! 


mula mula aku ingat nak berahsia , but come to think again, who the hell are even cares to google me .. right?

i am not even famous. 


some of the customers were asking is it halal or not? why the cupcakes selling so well even it is quite expensive.of course lah halal. ko ingat kalau tak halal aku nak kerja situ ke? eh eh marah plak kita ;p .

sebab bahan bahan dia semua boleh kata kami tahulah ( because sometimes kita tak cukup crew, aku jugaklah yang buat icing dan jadi baker. aku tahulah resepi dia apa. tapi kalau korang nak mintak resepi mintak maaf la jep, tak dapat! hehehe) dekat malaysia cupcakes ni baru nak naik.
ada 4 outlet. sunway pyramid, one utama, midvalley and pavillion.


for the mean time, Top management for Malaysia adalah kami ber enam. 

SENIOR 
 Shahrul Izwan : ( he's good on everything. he could handle paperwork, bake,make icing and piping the design satu tangan pun boleh guys. boleh paham tak guys?) 
                  

Norli a.k.a Nolly : ( She's quick and very firm and strict. this girl know how to handle staff yang degil. kalau aku, aku naik white flag dah. (a few staff ada yang degil, sometimes bukan kerja yang buat stress but our staff itself . haiz -.-

Qila : i don't know her character well enough sebab baru jumpa sekali. yang aku tahu dia agak pendiam  tapi haritu our GM puji sales outlet dia jaga di pavillion so, dia maybe seorang yang mementingkan sales target and a go getter. 

Shahrul : yup guys memang ada dua shahrul. This guys memang friendly. okaylah . i don't know him well enough. maybe dia punya perangai lebih kurang sikit macam aku. tapi maybe lain. entah. sebab berdasarkan first impression dia memang macam waktu kerja kerja, waktu main main. tahulah nak bahagikan masa macam mana.


Fadhilah : dia baru masuk sekali dengan aku. cousin aku ni handle pyramid. dia seorang yang ceria waktu kerja. kalau busy kadang kadang cepat serabut. lebih kuranglah macam aku pun. yang aku tahu dia boleh pikul tanggungjawab tu. some staff ada yang dah tua tua so kalau diorang buat silap dia tahulah nak tegur secara berhemah dan berlembut macam mana. 



Me? : i don't how to judge diri sendiri. some staff tak ambik serious tentang aku because aku memang friendly tapi diorang tak tahu kalau aku marah aku boleh jadi macam SINGA TAK MAKAN SETAHUN. so beware hahaha. aku tak suka kerja stress. muka masam masam... IS A BIG NO for me.  but kadang kadang termasam sebab penat tapi it's normal la. depan customer tak boleh tarik muka. nanti orang tak datang. XD


kak ratna baker sunway pyramid tengah susun kek. masa ni dah pukul 5. kek hampir sold out. orang kat dapur tengah busy bake base cake 1500. bayangkan betapa penatnya diorang!

ni outlet midvalley. belakang dunkin donut.aku jaga sini. nolly dengan aku partner. so kalau aku tak ada dia ada,
kalau dia tak ada aku ada. kalau dua dua tak ada  antara dua shahrul tu datang ganti.



apa yang aku improved sepanjang kerja sini?

social skill. aku tak reti sangat nak bergaul dengan orang. kawan tak ramai sangat terutamanya perempuan. kawan aku banyak lelaki sebab tak payah jaga hati perempuan silap sikit je habislah.Bila kerja sini aku reti nak buat suara mesra, gelak ayu and sopan.pokoknya serba serbi keperempuanan lah! hahaha! before this asyik hadap computer screen, paperworks, reports. completely different task. it is good to discover another side of me. kalau dulu guys.. aku ni awkward gila, pemalu. yes pemalu. korang tak percaya ke? well, sebab bila korang baca blog ni korang akan fikir aku ni talkative. aku banyak cakap dengan orang aku selesa je.dengan orang luar aku macam awkward sikit. 


confidence level bertambah walaupun muka tak lawa and bersaiz gajah. (semoga lepasni boleh bersaiz arnab. arnab pun jadilah XD)`
hahaha sebelum ni asyik rasa down memanjang. sekarang kurang dahlah. kalau dekat outlet tu dengar suara aku je memekak. kadang kadang aku boleh rilek je menyanyi depan customer. sampai customer pun rasa nak join aku nyanyi sekali. crack gila kan ?




p/s: dah la panjang pulak entry kali ni. 


to be continued....






August 23, 2015

Movie Review : Hitman Agent 47






Agent Hitman mengisahkan tentang perancangan jahat oleh satu pihak yang diketuai Le Clerq untuk mencari seorang scientist genius  yang pernah mencipta "agent". agent ialah manusia yang telah diprogramkan dna nya yang mempunyai kecekapan dan kepintaran bergerak dan berfikir luar biasa.  Le clerq ingin menghidupkan semula program itu untuk mengaut keuntungan yang tinggi. scientist genius itu nekad menghentikan program itu setelah menyedari bencana yang bakal dibawanya hasil ciptaannya itu. secara rahsia dia juga telah memprogram anaknya katia van dees dan ditinggalkan anaknya itu demi memastikan anaknya kekal hidup. Katia Van Dees membesar dalam keadaan tidak mengenali ayahnya.. namun otaknya sentiasa memberitahunya untuk mencari lelaki itu.

Pada suatu  hari katia di datangi john smith, yang berpura pura untuk membantunya dari dibunuh agent 47. John smith adalah orang suruhan le clerq. ketika katia hampir mengetahui lokasi ayahnya dan ingin memberitahu kepada john smith, agent 47 tiba tiba muncul lalu menembak john smith. 
Katia kemudiannya mengetahui bahawa John smith adalah orang suruhan Le Clerq dan bersetuju untuk bekerjasama dengan agent 47. 




Teknologi tahap tinggi yang dimiliki rangkaian Le clerq membolehkan dia menjejak keberadaan mereka berdua. mereka ke singapore untuk bertemu ayah katia dan menyelamatkannya sebelum jatuh ke tangan le clerq. serangan demi serangan diterima mereka, dari hotel ke jalan raya , dan tempat tempat awam. Le Clerq yang tidak berputus asa dan bilangan pasukannya yang terlalu ramai menyukarkan agent 47 untuk menyelamatkan ayah katia. Ayahnya berjaya di bawa berjumpa le clerq. Suasa semakin genting. agent 47 diarahkan pihak atasan untuk membunuh katia anak kepada scientist  yang memprogramnya dan le clerq. mampukah agent 47 mengetepikan perasaan kemanusiaan  demi tugas? bagaimanakah nasib scientist yang telah ditangkap le clerq? bagaimanakah cara dilakukan agent 47 untuk menumpaskan askar askar le clerq ? 

tengok sendiri.

cerita ni plot dia simple. it's almost like a humanic robot. 

katia van dees herself or Quatre Vingt Dix  in french










main cast : Rupert Friend Sebagai Agent 47
                            Hannah Ware Sebagai Katia Van Dess 
                        Zachry Quinto Sebagai  John Smith
                              Thomas Kretschmann Sebagai Le Clerq
                 Ciaran Hinds Sebagai Scientist



Star : 3 star . it should have more conflict or action . tak puas tengok! 
is it appropiatte to watch by kids? : untuk scene ganas tak digalakkan. but if                                                     untuk scene dewasa. tak ada . bagus! XD





P/s : need to work on 1.30 pm. yep, i work on sunday =-='

August 20, 2015

Movie Review : Mission Impossible Rough Nation









Pada Permulaan Plot cerita, IMF dibubarkan dan mula memburu Ethan Hunt, akibatnya rakan karibnya  benji disoal siasat setiap minggu.Ethan Hunt mengenal pasti satu gerakan baru bernama sindiket yang cuba memerintah dan menakluk dunia dengan rangkaian pengganas dan cuba mengaktifkan bom nuklear. Ilsa (british agent) yang membuat undercover didalam rangkaian sindiket beberapa kali menyelamatkan nyawa ethan dengan pertukaran ethan juga harus membantunya. Ketua sindiket yang bernama solomon lane mula mencurigai tindak tanduk illsa dan berusaha memerangkap ethan dan illsa. Benji di culik dan untuk pertukaran nyawa benji ethan harus membuka briefcase yang telah dicodekan dengan security tahap tinggi yang hanya dapat dibuka oleh presiden sahaja. Ethan dan illsa di jalan buntu. dia tahu sama ada dia bekerjasama atau tidak nyawa benji tetap dalam bahaya. Apakah yang ethan lakukan untuk menyelamatkan benji dan masyarakat dunia yang tak berdosa? siapakah dalang di sebalik pembubaran imf ? dan siapakah yang terlibat dalam sindiket?


soalan tu cuma terjawab bila korang dah tengok sendiri cerita ini. 

hahaha 


muka benji stress kena siasat setiap minggu



Star : 4 1/2 
sesuai ke kanak kanak tengok? : tak ada part lucah so sesuai
best ke cerita ni : bestlah boleh tahan .. hehehe
Para Pelakon  : Tom Cruise Sebagai Ethan Hunt
                         Jeremy Renner Sebagai William Brandt
                         Simon Pegg Sebagai Benji Dunn
                         Rebecca Furgason Sebagai Ilsa Faust
                         Sean Harris Sebagai Solomon Lane
                       



Scene Favourite aku. Plot twist adalah salah satu resepi kejayaan cerita barat. mula mula aku dah bengang dan dengan brandt hehehe. :*




P/s: Sekarang dah kerja kat kl susah sikit nak tengok movie selalu. but i'm looking forward for next movie session. :*



Movie Review : The Man From Uncle





The Man From Uncle mengisahkan tentang konflik perebutan antara russia dan amerika. Demi menjayakan misi itu pihak amerika telah menghantar solo untuk bertemu seorang wanita bernama gaby demi mendapatkan maklumat penting. Ayah gaby merupakan seorang pakar mencipta bom 
yang dipercayai bekerja dengan sekumpulan kongsi gelap russian yang dikehendaki oleh pihak russia sendiri. demi menjayakan misi tersebut pihak russia dan amerika terpaksa bekerjasama. 

Solo, Illya Kuryakin dan gaby terpaksa melakukan penyamaran demi menjayakan misi mereka. gaby dan Illya berlakon sebagai tunang di depan pakcik gaby yang dipercayai terlibat dalam kumpulan kongsi gelap terbabit. Solo pula di tugaskan "memikat" seorang wanita kelas atasan yang dipercayai juga terlibat dalam kumpulan itu. 

Misi mereka hampir menemui jalan buntu kerana penyamaran mereka dihidu oleh geng kongsi gelap tersebut. Nyawa gabby , dan seluruh pasukan penyiasat terletak dalam tangan solo dan kuryakin. dapatkah solo dan illya kuryakin menyelamatkan gaby dan pasukan mereka? bagaimanakah cara menghentikan bom tersebut?adakah setelah kerjasama itu pihak russia dan amerika akan berbaik? 


korang tengok jelah sendiri.


movie rated : 7 star out of 10
genre : action , comedy romantic

cerita ni lain dari yang lain sebab kisah ini berkisar tentang zaman selepas pemerintahan hitler. so tak ada teknologi terlampau canggih dalam cerita ni. banyak scene scene kelakar antara solo dan ilya kuryakin. 

para pelakon : Armie Hammer sebagai illya kuryakin
                      Henry Cavill  sebagai Napoleon Solo
                      Alicia Vikander sebagai Gaby  

hensem kan illya kuryakin atau nama sebenarnya Armie Hammer ni?
XD i cannot! hahaha


Alicia Vikander lawa kan? aku suka betul waktu dia berlakon dengan Armie jadi tunang. so sweet XD
solo dan kuryakin walaupun diorang nampak macam bermusuh, ego tak bertempat sesama sendiri tapi sebenarnya diorang dah jadi sahabat dalam diam. hehehe suka sangat dengan friendship diorang yang entah apa apa ni.







August 19, 2015

exercising control, control freak and the path i should have been taken.





assalamualaikum

hi, i didn't have much time to visit your blog because i'm currently working but i will do so on my free time. today my "senior" N supposed to teach us a few things before she left on november, me and my cousin were on a morning shift. the traffic in kl were pretty bad though and we were late for work as we were rushing to our outlet, i saw a man was there. whoa.... i thought it was A ( our part time baker), as soon as he turned his face i saw a manager from one utama outlet! 


OH MY GOD! 

WE ARE DEAD MEAT! 

Mr S was a former Midvalley manager , luckily he didn't scold us ! so i decided to helping him in the kitchen while my talkative cousin in the front. That was an AWKWARD SILENCE for a moment because i feel bad about my discipline T_T. Until he break the ice. He is a man of a few words, he didn't talk much and a year younger than me. after all i respect him for being a great tutor. He teach me how to bake, a really basic things that every manager should've known. I could see that it is his passion, as for me i love make up, music and movies more than anything. But i could bake as well. but not as good as him or N. 


talking about N, she is a nice girl but sometimes i'm misunderstand of her silence. Pretty strict and firm but as for now everything went well between us both.She's patiently teach me on how to handle our outlet.


THE STRUGGLE IS REAL.

i'm new on this management field.everything is new, but i felt like this is the thing i've always wanted to do. i exercise control on everything. some might say that i am a control freak! ;"). but everything in moderation might give a positive impact on our life,. right?


i find myself being more productive human being not just sitting in the office doing paperwork . this might too early to make a conclusion but i think  the path that i though were just a diverted road for a mean time is the path i should've followed years ago. 




i just feel that way :)




and ohh... i should change for the better outcome and get enough rest . 



till then ttyl 

loves,


una mn .





August 17, 2015

Movie Review : Fantastic Four


i've watched  fantastic four 2 weeks ago and tonight i decided to make a review on it.it's more like synopsis if you haven't watch this movie, i'll suggest you click the x button .
i dont wanna be a spoiler. hehehe




plot 
reed membesar sebagai nerd science yang mengusahakan projek membuat alat teleport yang pertama di dunia. sejak kecil dia berusaha sehingga dia bercadang menyertai satu exhibition saintis. di sana dia bertemu professor franklin storm dan anak perempuannya susan storm. professor storm menawarkan biasiswa penuh kepada reed untuk membangunkan ciptaannya. ini kerana hanya reed yang berjaya menemui formula untuk mencipta teleport yang tidak membahayakan bumi. Untuk menjayakan misi teleport mereka, reed harus bekerjasama dengan seorang pencipta lain. insiden terjadi ketika mereka bercadang untuk merasmikan penggunaan teleport mereka tanpa pengetahuan storm. mereka sampai ke planet lain yang berkemungkinan berpotensi menjadi habitat manusia dan di sana pencipta yang membantu reed terjatuh di dalam "kawah tenaga berapi" menyebabkan mereka tiada pilihan lain selain meninggalkan pencipta itu disitu. effect kejadian itu, fizikal mereka berubah menyebabkan mereka menjadi bahan ujikaji saintis bumi.reed bagaimanapun berjaya melarikan diri. 

pihak kerajaan bagaimanapun berjaya mengesan reed dengan bantuan rakan rakannya yang telah mempunyai keboleh istimewa dan fizikal berbeza. Pada mulanya reed dimusuhi sahabat karibnya namun setelah mereka berjaya mencipta teleport baru untuk kembali ke planet itu, hubungan mereka semakin pulih.saintis dari nasa yang menaiki teleport ke planet itu kemudiannya menemui lelaki seakan akan manusia. lelaki itu dibawah pulang. lelaki itu adalah dr doom, pencipta yang ditinggalkan mereka di planet itu. sekembalinya ke bumi dr doom mencetuskan huru hara dan bercadang menghapuskan dunia.

kuasa mr doom yang luar biasa menyukarkan mereka menyelamatkan dunia. mampukah mereka menghapuskan dr doom? bagaimanakan caranya untuk mereka menyelamatkan  bumi dalam masa yang sama menyelamatkan manusia yang di ancam dr doom?



Saksikan


star: 3 1/2 star (banyak benda boleh diperbaiki dari segi plot
para pelakon : the human torch -michael B jordan
                        Susan Storm -Kate Mara
                        Mister Fantastic -Miles Teller ( Main cast)
                        Dr Doom - Toby Kebbell
                        
                       

August 15, 2015

Management, insecurities dan mat salleh mata biru yang hensem gila!






hello peeps!
dah hampir seminggu aku kerja dan banyak benda baru aku belajar. sekaligus persepsi aku terhadap 
bidang management berubah. bidang ni buat aku jadi lebih confident dan berani. dulu aku boleh dikatakan  loser . yup guys, aku memang label diri sendiri loser . sebab confident tu tak ada. aku rasa orang judge aku sebab aku tak lawa, gemuk, banyak flaws di sana sini. orang selalu kena buli memang akan ada masalah psikologi macam ni. Beauty is all about your acceptance about yourself. aku tak suruh korang perasan diri korang lawa gila bapak sampai nak rasa diri cantik kibas kibas rambut macam iklan shampoo tu. cukuplah dengan penerimaan korang terhadap diri sendiri. -.-' 


lepas ni kalau rasa down or insecure buat je macam ni. jalan depan cermin, bersyukur Allah dah pinjamkan kita tubuh ini. At least kita tak cacat, boleh bergerak bebas.

walaupun orang yang cakap ni iman dia senipis kulit bawang tapi jika perkara yang aku sampaikan betul korang ikut. kalau tak betul jangan ikut . okay guys?
( i'm imperfect masih buat dosa dosa semoga Allah ampunkan saya dan masih dalam proses membaiki diri)


oh lupa nak cerita. 
haritu kan masa otw pergi tempat kerja. aku terserempak dengan seorang mat salleh mata biru hensem gila. aku cakap jujurlah ye, aku memang suka TENGOK sebelum ni sebab dah nama pun kaki movie tapi jarang aku nampak yang hensem sampai nak toleh 3,4 kali. tapi haritu aku jumpa sorang. Mashaallah guys... dia pakai suit and this guys looks super perfect wearing it. aku tak adalah berharap apa apa pun. cuma terpegun tengok makhluk hensem camtu sekali. masa terjumpa tu dia tengah on the phone so aku pun just lalu je depan dia dan meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Fyi aku adalah seorang manager dekat satu outlet f&b. guess what! petang tu dia datang tempat kerja aku. sebab aku gugup. aku tak layan dia. mesti korang rasa apa benda ko ni una? dah suka lari lari plak? eh hello aku gugup tahu tak! so end up staff aku je layan dia. and aku pergi ke sudut lain dalam outlet buat buat macam banyak kerja. tengok fail konon konon macam kerja office! macam complicated sangat je tengok bil tu. aku dongak je mamat tu dah ada depan aku. arrr mana nak lari ni? aku tarik nafas dalam dalam aku try control aku punya nervous , aku senyum lepastu cakap. " yes? may i help you sir?" 

rupa rupanya dia just nak pulangkan pen aku yang aku jatuhkan tadi je. gila! pen jatuh pun aku tak perasan! parah. pen aku tu berat kot! err tak adalah berat sangat tapi aku seorang yang sangat alert kebiasaannya. lepas cakap thank you aku cepat cepat buat  kerja. hati tu tak adalah berbunga bunga cinta ke apa. ala crush sikit je. sikit je tak banyak. sebab muka dia sebijik macam crew buzfeed. spesis muka manis. apa apa pun dalam hati aku tetap manusia sorang tu je. walaupun muka dia tak macam mat salleh. mata tak biru. yang penting boleh guide aku and jaga aku dan terima aku seadanya. tu yang penting :D

staff aku cakap mat salleh tu selalu je makan area situ sebab belakang tempat kerja aku tu ada satu bangunan tinggi ada office office. maybe dia kerja situ. 
andddd dia maybe dah bertunang/khawin sebab malam tu pulak dia lalu lagi situ dengan seorang awek melayu berpegangan tangan. tapi aku tak ada rasa luluh hati pun. crush sikit je pun hekeleh sangat nak patah patah hati. tapi kalau boyprend aku buat camtu kompem aku patah hati. (mintak simpang)


tadi aku off day so aku dapatlah tengok wayang lepas dia habis kerja. kami jalan jalan dalam sunway pyramid je. alang alang dah dekat dengan rumah.
aku sebenarnya dah berhutang 3 moview review dengan blog ni.
antara movie review yang aku hutang tu ialah , fantastic four , mission impossible rough nation dan the man from uncle9cerita aku tengok tadi). antara 3 cerita ni ... aku paling suka cerita aku tengok tadi. sebab hero dia yang pegang watak spy russian tu  dia sangat sangat caring terhadap gaby. tapi aku frust sikitlah dekat ending dia. apasal dia tak proposed gaby? why???? XD.


latest update pasal diri sendiri.
sekarang aku duduk di bandar sunway tapi aku kerja di kl. life so far sangat sangat mencabar stamina tapi okay. aku happy sebab  berat aku turun 2kg dalam masa beberapa hari je. kalau keadaan ni berterusan lagi bagus! boleh aku turunkan berat secara natural.



P/s: dekat tempat kerja baru senang nak jumpa mat salleh hensem mata biru. cair kita awak ;p ( kan dah cakap , aku tak perfect.. jangan bash please? suka tengok je tak tergedik gedik pun lolz)




August 10, 2015

Una Life Update : Seminggu Yang Packed, Jalan jalan, makan dan kerja baru! :D



hello, assalamualaikum korang.
lama aku tak update blog ni. well tak adalah lama sangat tapi aku dah berjanji dekat diri sendiri nak tulis precisely kenangan kenangan indah kat blog ni. kalau setakat makan cekodok dengan lempeng takkan aku nak tulis kan? sebab dalam masa seminggu ni aku memang busy hari hari keluar jadi aku tangguhkan la penulisan entry tu sehingga ke harini ni. i promise i'll make it short. XD


3 august
basically harini ini ialah hari membeli kain. makuda decide ke jakel mall kl untuk memenuhi permintaan customer beliau. dekat situ macam macam ilmu aku dapat. aku kan spesis main belasah je.asal cantik dimata aku , aku ambik. so lepas ni aku tahulah kain macam mana jenis sejuk, jenis sesuai buat jubah. so tak ada lah berpeluh selori nanti. XD.



4 august
pada hari ini bella my cousin ajak kami keluar. dia nak belanja makan kata dia. dia bawak kami ke the street cafe subang jaya. cousin aku yang dua orang tu dah biasa pergi. aku je baru first time makan dekat situ. tbch, aku bukan kpop fans (sorry) but my cousins and pakcik makcik kebanyakannya layan kpop and kdrama. orang lain menjerit2 suka tengok running man aku boleh tertidur tengok program tu. ye, aku tahu aku membosankan. tapi demi untuk tidak membantutkan mood cousins kesayangan aku tu aku pun join je diorang makan. bukan aku keluar duit pun. 
fully sponsored kot! XD.


yang nasi tu aku punya. sebab aku kan masih beginner so aku takleh nak terus makan korean food. so untuk sesi berjinak jinak ni. aku ambik sikit sikit je makanan orang lain. yang mee berkeju kuah merah tu nama dia rabouki. menurut bella , dalam banyak banyak rabouki dia pernah makan. dekat the street cafe paling sedap untuk dimakan. kira orang melayu kita boleh terima. aku dah rasa memang sedap!


dalam banyak  banyak makanan yang aku cuba ini paling best! patbingsoo a.k.a korean abc.kalau korang ingat warna merah tu cherry korang silap. itu adalah kuih beras yang pop dalam mulut . tak tahumacam mana nak cakap tapi korang kena cuba! XD


5 August 
kami keluar pusing pusing pyramid, beli sedikit barang sebelum kami mula bekerja anddddd 
oleh sebab hati ada sedikit senang. aku belanja tengok wayang . cerita fantastic 4. best gila. and i'm working on review right now. hahahaha sebelum aku lupa baik aku buat. walaupun tak ada siapa yang peduli tak apalah , sebab aku tulis pun untuk rujukan diri sendiri di masa akan datang.  XD.



6 August 
Kami sekali lagi ke jakel,tapi kali ni ke jakel shah alam. lepas jalan jalan ke butik berhampiran and minum petang di seksyen 7. kami kembali ke rumah. Malam tu kami pergi beraya di rumah paklong kepada bella di ampang.


7 august
GLC Open Day 
Banyak jugak company yang turun masa tu. segala tok nenek ceo turun. masa tu ko nampak siapa sebenarnya pemilik syarikat gergasi kat Malaysia ni. Antaranya mat salleh la.tapi kau jangan harap la nak cuci mata tengok mat salleh hot dan kaya. sebab kebanyakan pemilik syarikat dah tua tua. kahkahkah! haritu mood aku tak berapa baik sebab aku takdapat masuk gara gara ic aku hilang! nasib baik cousin aku dapat masuk so dia je la yang dropkan resume aku sekali. lepas je drop resume.. kami bertiga ke midvalley nak survey outlet. tapi korang paham paham je la azab dia macam mana. hari jumaat! peak hours plak tu naik lrt. dari klcc nak ke kl sentral. yelah, kan ada event lumba kereta tu lagilah ramai manusia. sampai mid aku dah surrender. mood nak jalan pun dah tak ada. serious! tapi sebab aku nak kena gak tengok bakal tempat kerja tu. terpaksa la. manager satu outlet yang aku tak payah mention nama kot. biarlah rahsia hahaha. 


cousin aku yang gembira, tukang tangkap gambar tak berapa ceria hari ini XD


8 August
basically harini ialah hari yang tak berapa nak ada mood jugak. sebab aku asyik terfikir pasal ic aku yang hilang. hahaha nasib baik boyprend gua seorang manusia yang cool. dialah pujuk. untuk redakan kesedihan aku tu, dia belanja aku makan tennesse chicken dekat tgif sunway pyramid and tengok movie . aku tengok mission impossible " rough nation" haritu. ramai cakap cerita ni tak best. tapi bagi aku cerita ni best. sebab agak clean. tak ada aksi atas katil. so budak budak boleh tengok! XD.



9 August 
semalam kami ke mydin petaling jaya, untuk memenuhi permintaan customer makuda jugak. 
she's talented you know. taylor ni boleh duit especially di bandar sunway ni. makuda tak ada bukak outlet semua kerja buat dekat rumah tapi mampu beli 2 buah rumah, dan 2 buah kereta.




this is how tenesse chicken looks like. sedap!
air strawberry passion  fruit pun sedap!
thanks love :)

lepas makan aku masuk sephora saja saja usha make up.
nampaknya kena banyak menabung. banyak sangat nak beli:D

my favourite port . bene tint ni memang fav aku. since benda ni overpriced
so pandai pandai pilih yang mana paling diminati untuk dibeli.


10 august
today, aku patutnya masuk kerja awal tapi sebab ini hari pertama and orang yang sepatutnya bagi explaination dekat aku pasal kerja cuti so aku masuk pukul 5. pagi tadi pun aku sempat ke jpn petaling jaya untuk buat ic baru. KENA dennda pun kena dendalah.ada masa sikit tu aku taip blog tu. aku niat nak kerja sementara je dulu kat sini ambik experience. tapi kalau okay tak salah nak teruskan sebab gaji dia offer agak berbaloi. first time aku jadi manager ni bidang berbeza plak tu. sebelum kerja bidang construction. i hope i could perform well. Aaamin! 

August 7, 2015

2 OGOS : EDISI RAYA BERSAMA KELUARGA YANG TAK PERNAH BERJUMPA


hai , assalamualaikum
aku baru jejak kl sabtu lepas and aku rasa berat badan aku dah naik sebab tak berhenti henti makan. malamtu  sampai sampai je mak uda sambut kami berdua dengan kuew teow . kemudian kami terus ke open house.lepas sejam kat situ kami pun balik membawa perut yang kekenyangan hahaha aku menahan diri je dari sendawa kuat kuat kau. 


so ni cousin aku  fadhilah and princess wawa.
saja je aku panggil dia princess. takkan tak boleh kot?
dia sekarang dah 7 bulan on diet and berat dia dah makin menurun!
woohoo! congrats!cara dia diet memang best. diet yang betul ikut saranan doktor. 

ni masa dekat kelab shah alam. lepas je wedding saudara sebelah atuk tu, kami pergi kelab shah alam untuk open house saudara sebelah opah plak. seronok bila dapat kenal another side of family.sambil sambil tu boleh la usha atlet dekat situ. pewiit! eh tak adalah main main je .
aku sekadar tengok tengok macam tu je.. sebab mata aku dah tertancap pada makanan makanan yang disediakan kat situ. ada sate,ketupat,bread pudding,nasi beriani, abc dan macam macam lagi.


ni masa kat luar. fadhilah  dengan wawa saja ja nak tangkap gambar kat tiang.hahaha korang layankan je la gambar ni k?







FENTY BEAUTY BY RIHANNA REVIEW

           hi guys harini aku nak update sikit pasal satu make up brand yang tengah hot giler diperkatakan masyarakat umum. tak lain ...