August 15, 2015

Management, insecurities dan mat salleh mata biru yang hensem gila!






hello peeps!
dah hampir seminggu aku kerja dan banyak benda baru aku belajar. sekaligus persepsi aku terhadap 
bidang management berubah. bidang ni buat aku jadi lebih confident dan berani. dulu aku boleh dikatakan  loser . yup guys, aku memang label diri sendiri loser . sebab confident tu tak ada. aku rasa orang judge aku sebab aku tak lawa, gemuk, banyak flaws di sana sini. orang selalu kena buli memang akan ada masalah psikologi macam ni. Beauty is all about your acceptance about yourself. aku tak suruh korang perasan diri korang lawa gila bapak sampai nak rasa diri cantik kibas kibas rambut macam iklan shampoo tu. cukuplah dengan penerimaan korang terhadap diri sendiri. -.-' 


lepas ni kalau rasa down or insecure buat je macam ni. jalan depan cermin, bersyukur Allah dah pinjamkan kita tubuh ini. At least kita tak cacat, boleh bergerak bebas.

walaupun orang yang cakap ni iman dia senipis kulit bawang tapi jika perkara yang aku sampaikan betul korang ikut. kalau tak betul jangan ikut . okay guys?
( i'm imperfect masih buat dosa dosa semoga Allah ampunkan saya dan masih dalam proses membaiki diri)


oh lupa nak cerita. 
haritu kan masa otw pergi tempat kerja. aku terserempak dengan seorang mat salleh mata biru hensem gila. aku cakap jujurlah ye, aku memang suka TENGOK sebelum ni sebab dah nama pun kaki movie tapi jarang aku nampak yang hensem sampai nak toleh 3,4 kali. tapi haritu aku jumpa sorang. Mashaallah guys... dia pakai suit and this guys looks super perfect wearing it. aku tak adalah berharap apa apa pun. cuma terpegun tengok makhluk hensem camtu sekali. masa terjumpa tu dia tengah on the phone so aku pun just lalu je depan dia dan meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Fyi aku adalah seorang manager dekat satu outlet f&b. guess what! petang tu dia datang tempat kerja aku. sebab aku gugup. aku tak layan dia. mesti korang rasa apa benda ko ni una? dah suka lari lari plak? eh hello aku gugup tahu tak! so end up staff aku je layan dia. and aku pergi ke sudut lain dalam outlet buat buat macam banyak kerja. tengok fail konon konon macam kerja office! macam complicated sangat je tengok bil tu. aku dongak je mamat tu dah ada depan aku. arrr mana nak lari ni? aku tarik nafas dalam dalam aku try control aku punya nervous , aku senyum lepastu cakap. " yes? may i help you sir?" 

rupa rupanya dia just nak pulangkan pen aku yang aku jatuhkan tadi je. gila! pen jatuh pun aku tak perasan! parah. pen aku tu berat kot! err tak adalah berat sangat tapi aku seorang yang sangat alert kebiasaannya. lepas cakap thank you aku cepat cepat buat  kerja. hati tu tak adalah berbunga bunga cinta ke apa. ala crush sikit je. sikit je tak banyak. sebab muka dia sebijik macam crew buzfeed. spesis muka manis. apa apa pun dalam hati aku tetap manusia sorang tu je. walaupun muka dia tak macam mat salleh. mata tak biru. yang penting boleh guide aku and jaga aku dan terima aku seadanya. tu yang penting :D

staff aku cakap mat salleh tu selalu je makan area situ sebab belakang tempat kerja aku tu ada satu bangunan tinggi ada office office. maybe dia kerja situ. 
andddd dia maybe dah bertunang/khawin sebab malam tu pulak dia lalu lagi situ dengan seorang awek melayu berpegangan tangan. tapi aku tak ada rasa luluh hati pun. crush sikit je pun hekeleh sangat nak patah patah hati. tapi kalau boyprend aku buat camtu kompem aku patah hati. (mintak simpang)


tadi aku off day so aku dapatlah tengok wayang lepas dia habis kerja. kami jalan jalan dalam sunway pyramid je. alang alang dah dekat dengan rumah.
aku sebenarnya dah berhutang 3 moview review dengan blog ni.
antara movie review yang aku hutang tu ialah , fantastic four , mission impossible rough nation dan the man from uncle9cerita aku tengok tadi). antara 3 cerita ni ... aku paling suka cerita aku tengok tadi. sebab hero dia yang pegang watak spy russian tu  dia sangat sangat caring terhadap gaby. tapi aku frust sikitlah dekat ending dia. apasal dia tak proposed gaby? why???? XD.


latest update pasal diri sendiri.
sekarang aku duduk di bandar sunway tapi aku kerja di kl. life so far sangat sangat mencabar stamina tapi okay. aku happy sebab  berat aku turun 2kg dalam masa beberapa hari je. kalau keadaan ni berterusan lagi bagus! boleh aku turunkan berat secara natural.



P/s: dekat tempat kerja baru senang nak jumpa mat salleh hensem mata biru. cair kita awak ;p ( kan dah cakap , aku tak perfect.. jangan bash please? suka tengok je tak tergedik gedik pun lolz)




Post a Comment