August 20, 2015

Movie Review : The Man From Uncle





The Man From Uncle mengisahkan tentang konflik perebutan antara russia dan amerika. Demi menjayakan misi itu pihak amerika telah menghantar solo untuk bertemu seorang wanita bernama gaby demi mendapatkan maklumat penting. Ayah gaby merupakan seorang pakar mencipta bom 
yang dipercayai bekerja dengan sekumpulan kongsi gelap russian yang dikehendaki oleh pihak russia sendiri. demi menjayakan misi tersebut pihak russia dan amerika terpaksa bekerjasama. 

Solo, Illya Kuryakin dan gaby terpaksa melakukan penyamaran demi menjayakan misi mereka. gaby dan Illya berlakon sebagai tunang di depan pakcik gaby yang dipercayai terlibat dalam kumpulan kongsi gelap terbabit. Solo pula di tugaskan "memikat" seorang wanita kelas atasan yang dipercayai juga terlibat dalam kumpulan itu. 

Misi mereka hampir menemui jalan buntu kerana penyamaran mereka dihidu oleh geng kongsi gelap tersebut. Nyawa gabby , dan seluruh pasukan penyiasat terletak dalam tangan solo dan kuryakin. dapatkah solo dan illya kuryakin menyelamatkan gaby dan pasukan mereka? bagaimanakah cara menghentikan bom tersebut?adakah setelah kerjasama itu pihak russia dan amerika akan berbaik? 


korang tengok jelah sendiri.


movie rated : 7 star out of 10
genre : action , comedy romantic

cerita ni lain dari yang lain sebab kisah ini berkisar tentang zaman selepas pemerintahan hitler. so tak ada teknologi terlampau canggih dalam cerita ni. banyak scene scene kelakar antara solo dan ilya kuryakin. 

para pelakon : Armie Hammer sebagai illya kuryakin
                      Henry Cavill  sebagai Napoleon Solo
                      Alicia Vikander sebagai Gaby  

hensem kan illya kuryakin atau nama sebenarnya Armie Hammer ni?
XD i cannot! hahaha


Alicia Vikander lawa kan? aku suka betul waktu dia berlakon dengan Armie jadi tunang. so sweet XD
solo dan kuryakin walaupun diorang nampak macam bermusuh, ego tak bertempat sesama sendiri tapi sebenarnya diorang dah jadi sahabat dalam diam. hehehe suka sangat dengan friendship diorang yang entah apa apa ni.







Post a Comment