August 7, 2015

2 OGOS : EDISI RAYA BERSAMA KELUARGA YANG TAK PERNAH BERJUMPA


hai , assalamualaikum
aku baru jejak kl sabtu lepas and aku rasa berat badan aku dah naik sebab tak berhenti henti makan. malamtu  sampai sampai je mak uda sambut kami berdua dengan kuew teow . kemudian kami terus ke open house.lepas sejam kat situ kami pun balik membawa perut yang kekenyangan hahaha aku menahan diri je dari sendawa kuat kuat kau. 


so ni cousin aku  fadhilah and princess wawa.
saja je aku panggil dia princess. takkan tak boleh kot?
dia sekarang dah 7 bulan on diet and berat dia dah makin menurun!
woohoo! congrats!cara dia diet memang best. diet yang betul ikut saranan doktor. 

ni masa dekat kelab shah alam. lepas je wedding saudara sebelah atuk tu, kami pergi kelab shah alam untuk open house saudara sebelah opah plak. seronok bila dapat kenal another side of family.sambil sambil tu boleh la usha atlet dekat situ. pewiit! eh tak adalah main main je .
aku sekadar tengok tengok macam tu je.. sebab mata aku dah tertancap pada makanan makanan yang disediakan kat situ. ada sate,ketupat,bread pudding,nasi beriani, abc dan macam macam lagi.


ni masa kat luar. fadhilah  dengan wawa saja ja nak tangkap gambar kat tiang.hahaha korang layankan je la gambar ni k?







Post a Comment