Skip to main content

sindrom mak mak







aku ni spesis manusia yang random. dia kira macam lalang pun ada jugak ye. 
alah manusia biasalah hobi boleh bertukar.sejak 2 menjak ni aku minat hiasan rumah. tengok duduk makan keropok depan tv tiba tiba terpandang dinding. eh rasa macam dinding ni letak wallpaper mesti cantik kan?


lepastu scroll scroll ig tengok corak baju ke apa tiba tiba terfikir. eish crowded sangat corak ni kalau kat langsir okaylah! 

haaa nampak tu ? sindrom apa tu?

kalau future husband baca ni dia mesti cecepat seluk dompet sambil kira bajet. 

future wife dia dah start sindrom mak mak ni habislahh ranappppp la duit lu!

lepas tu terfikir dah khawin nanti dinding bilik nak colour apa?
lampu living room nak ala ala chandeliar ke? ke nak lampu sebijik sebijik melekat kat dinding atas tu?

pastu terfikir lagi...sebelum masuk rumah ingat nak buat plaster ceiling dulu la. bentuk plak 
nak bentuk bunga bunga pastu ada kupu kupu hinggap! haaa vazzz tak rumah i?


gila kan ? banyak betul aku  bayangkan ..


cop belum habis lagi..

kalau kaya (inshaa allah) pintu dia nak jenis kayu jati besar gedabak. lepastu depan rumah ada cctv
so orang datang boleh tengok siapa datang. 


lepastu lantai taknak mozek biasa. kalau bilik tidur of course nak wooden tile,
kalau tempat lain nak mozek spesis besar besar warna gelap. dark green or black. supaya tak comot.


lepastu meja makan pun taknak spesis kayu. nak yang glass terus. yang macam mozek gak berkilau kilau part tengah je ada glass sikit. korang jangan kata tak ada. sebab ada aku sebut. tapi mahal weh.. serious T_T




and banyak lagi benda mengarut la aku nak. actually bukan mengarut. tapi extra lavish punya rumah la. eh nama pun rumah idaman iolzz punya suka la you. ;p


tapi tu la nak cakap. aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang dekat rumah parents aku. kami tak kaya and tak miskin. keluarga sederhana je. siapa tak nak kaya korang? cer citer?

siapa taknak kaya?


hahaha actually boleh je kalau nak rumah lawa tanpa bajet melampau lampau tu.


1) pilih perabot tahan lama. korang kena fikir panjang tau sebelum beli fikir. contoh ada  jenis sofa
sofa A dan sofa B . sofa B mahal dari sofa A . tapi sofa A murah dan tak berapa tahan. contoh beza harga dia dalam 5 ratus macam tu. Go for sofa B. habis duit sikit takpe sebab sofa B boleh pakai lama.
personally aku sofa macam ni sebab dia leather and tak payah nak tukar sarung ke apa.
and lembut je .aku suka baring atas sofa so sofa yang jenis kerusi kayu satu satu tu memang aku takkan beli la.
camne nak baring kalau dah macam tu kan?


2)plaster ceiling amatlah bagus. amat amat bagus untuk bagi rumah korang nampak lawa. biar tak besar mana tapi kira sedaplah mata korang memandang. rumah pakcik aku kan kat tg malim. rumah dia tak berapa besar tau , besar jugaklah cuma bukanlah banglo 3 tingkat ke apa tapi rumah dia cantik. creativity is key.dia buat berperingkat tak adalah masuk masuk rumah terus buat dia cakap. ada duit  terus buat. hasil dia? memang cantik...
lawa kan? kalau ni rumah aku. memanjang aku selfie. eh tak adalah. tengok plaster ceiling dia simple
je tapi lawa :)


3)wallpaper. seriously wallpaper bukan untuk rumah orang kaya kaya je okay. yang tak kaya macam kita pun boleh pakai.aku ada jumpa orang jual rm60 segulung(10 metre high). kau nak design apa?
kupu kupu? bunga bunga? batu bata? geometri? you name it! semua ada chu olzz. sebelum beli ukur rumah korang dulu okay?


simple je kan? tak payah crowded crowded sangat.tapi cantik


4)wooden tile. this is optional. ada orang berpuas hati dengan mozek. ini saja sajalah untuk sesiapa 
nak bilik tidur nampak cantik sikit. kalau korang ada duit lebih lepas khawin tu boleh la buat wooden tile tu dulu. sebelum masukkan perabot. hehehe mesti nice kan? siapa dah pakai? lucky you! :)
aku tak tahu kenapa.. tapi aku minat yang warna gelap macam ni.wooden tile lain pun cantik cantik gak. ahhh tak kisahlah
macam mana pun :)
5)kolam ikan . again this is optional . kalau korang ada space kat luar rumah boleh buat. kat rumah aku setakat aquarium je ada tu pun ikan dah lama mati. hahaha. korang ingat kan dulu orang sibuk bela ikan kepala benjol yang suka hantuk kepala dia kat dinding aquarium macam tengah sawan tu?
haa bapak aku pun beli. tak tahu la syok agaknya.


6)closet.okay benda ni serious tau. korang nak guna lama. aku perhatikan rumah aku selalu berganti almari sebab almari murah senang kopak. apa nak buat perangai masing masing macam monster. -..-
kalau korang ada spesis adik beradik suka ambik t shirt fav korang ke apa. beli almari yang boleh kunci. (sebab aku selalu kena). kalau nak cantik beli je yang warna putih ke warna hitam ke. kat ikea kan banyak. pergi usha. untung siapa duduk area damansara kan? :D


aku minat spesis macam ni je. tak payah besar besar sangat. aku ni jenis dah beli baju baru. baju lama
yang aku taknak aku bagi orang or aku buang. so tak adalah banyak sangat baju aku yang tinggal sekarang.
tapi nak cari spesis berkunci susah. tapi yang pasti aku nak almari warna putih ni. nampak comel je

bilik parents aku ada almari macam ni. bezanya diorang punya warna hitam. kalau dah khawin boleh dipertimbangkan la. cuma aku tak berapa suka sebab kalau nak letak barang kat atas sekali aku tak sampai. tinggi aku 160cm je.
memang tak sampailah jawabnya. aku rasa kalau dah khawin nanti almari kami laki bini kena asing kot. yelah aku kan tak suka share .









Comments

Fara said…
wahhh. cantik2 dia punya idaman. mau makan banyak belanja gak tu. buat simpanan cepat2 dr sekrang hihi
izzati husna said…
tu la pasa.. ha ha ha impian tu hanya boleh digapai kalau una punya gaji besar atau berbussines fara. buat simple pun okay.. janji cantik :D

Popular posts from this blog

Music and me : kenali siapa insomniacks

hello happy cracky people!  sebelum aku nak introduce korang kepada ahli group insomniacks ni , apa kata korang bukak video dekat atas ni dulu. 

okay dah  dengar cover diorang?  i know what you guys think.cool gila kan? susah nak jumpa orang boleh cover lagu blink182 ni dengan jayanya dan sesedap ini. and kalau korang perasan diorang ada tambah lirik sendiri dekat belakang.


aku dapat tahu pasal diorang ni start diorang buat cover dengan johanis sani. siapa tak kenal jo?angkat tangan? okaylah  siapa yang layan vine dekat sini dan familiar dengan viner acidgaf?
yelah acidgaf tu jo lah.

semua orang tahu jo ni suara dia sedap. come on... walaupun dia ni ramai haters sebab keseksian dia tapi please put aside those negativity. as a music lover, i appreciate her talent and selalu la jugak aku pergi layan cover dia dekat youtube. so start dari situ aku discover this group.



insomniacks dianggotai oleh
syed amir iqbal,danial,iskandar dan gavin

Tutorial Edit Video Guna Imovie

hai.
zaman instagram kini dah lebih advanced. Bila mana kita tengok ramai insta famous yang upload video mempunyai background music yang memikat hati. Rata rata golongan hipster sekarang mempunyai smartphone dan smartphone pilihan mereka samaada Samsung atau iphone.Kalau Guna Samsung mungkin tak ada  masalah nak edit video ada music tapi bagaimana jika menggunakan iphone?


semua orang tahu tahap kedekut iphone ni macam mana kan? Nak music free boleh je download. tapi tak boleh guna buat ringtone dengan mudah. Kalau pakai software iMovie nak edit video dan ada background music  Lagu kena beli kan?  kalau taknak beli  kena buat banyak kerja sikit. Step nak dapat music free for iphone yang boleh guna untuk segala apps ada disini. Click for tutorial.


Baca tutorial tu kemudian datang baca sini semula okay?

dah baca ? okay cool.

cara nak edit video ni mudah je. Mula mula..

1)  download  iMovie dan Squaready for video di apple store.




2) Masukkan video /photo yang nak diedit di iMovie



3)Kalau video k…

HANNAN MEDISPA HONEST REVIEW & GET WELL SOON MOM

hi everyone! today i'm gonna do a quick review on hannan medispa treatment. 100% genuine and this is not a sponsored post because i am not that famous, i don't really have a reader which makes my entry is just an honest review.
where is it located?  dekat twosquare pj state but in the map they stated that it is at damansara. but it is actually located  at two square.
so this is bella on her 3rd treatemnt. my cousin got a severe acne problem and pigmentation. and she is PANTANG JUMPA  kinda person. she cannot eat seafood and belacan. hopefully she gonna stop eating that for a while. since this treatment cost her a lot of money already.
so this is how the front desk of hannanmedispa looks like.

and this is the logo . looks good!


okay this is inside the treatment room. i really like every inch of this place. the decoration is very clean and air feel fresh as well. the staff were also very friendly and well trained.
bella took the 6 session of treatment which comes with a package. based on doc…