Skip to main content

3 hari penuh kegembiraan



 
48 jam yang memenatkan dan menyeronokkan. itulah kesimpulan yang dapat aku buat . hari sabtu lepas aku bertolak dari rumah parents untuk jumpa dia. Sampai sana aku dengan dia lepak setia city mall sepanjang hari. kami tengok 2 movie. movie pertama the wedding ringer dan movie ke 2 adalah Jupiter ascending. dan pada sebelah malamnya pulak dia hantar aku ke rumah sewa untuk pick barang and then terus ke seksyen 20 shah alam sebab malam tu aku kena tidur rumah member aku wahidah.
aku kena mengaku 1 benda. aku ni dah 7 tahun kenal wahida tapi haritu adalah kali pertama aku menjejakkan kaki  rumah beliau. sebenarnya aku ni pemalu.
meskipun susah untuk korang percaya tapi percayalah bahawa aku adalah  sangat sangat pemalu. even kadang kadang benda tak payah malu pun aku nak malu, contohnya , malu nak mintak kerja, malu nak mintak balik duit yang kawan pinjam, malu nak sembang dengan orang yang tak berapa rapat,
okay cukuplah explain pasal malu tu karang sampai lusa pun tak habis entry ni.

tujuan utamanya ialah kerana kawan kami yang merupakan kawan rapat wahidah dulu nak khawin esoknya iatu pada ahad(semalam). so kami rancang nak pergi sekali. sha pick kami rumah wahidah keesokan harinya. majlis persandingan tu diadakan di dewan serbaguna ampang hilir. ala yang depan tasik ampang hilir tu.. cantik tempat tu. aku pernahlah pergi cousin aku si ila pernah bawak aku ke situ.
aku ingat lagi dulu aku datang situ dengan selipar , skirt labuh and t shirt lengan pendek. masa tu rambut paras bahu je. tapi itu kisah 3 tahun lepas. sekarang rambut aku..... hahaha  kalau aku biarkan lagi 3 tahun tak potong boleh sama panjang dengan rambut Rapunzel dalam movie into the woods tu. cey cey cey hyperbola .
tapi Rapunzel versi raksasa la ;p
majlis semalam dihadiri ramai rakan sekolah. tapi tak ramai ingat aku pasallnya dulu masa zaman sekolah aku ni jenis senyap dan budak baru masuk.Tapi aku tak salahkan diorang gak sebab aku pun tak kenal diorang punya nama.mih mih mih. lepastu bila jumpa balik baru aku ingat nama gelaran yang secara sembunyi sembunyi aku dah bagi kat diorang.

contohnya sorang ni muka dia ala ala Hindustan : aku gelar "pencuri Baghdad"
sumpah sampai sekarang aku tak ingat nama betul dia apa . kenapa pencuri Baghdad? sebab dia minum air mineral yang aku bawak pergi sekolah tanpa persetujuan dan bawak lari botol air aku. ye, budak sekolah aku dulu memang perangai ntah pape jadi itulah hukuman setimpal untuk beliau mengikut firasat aku ketika itu. kahkahkah!  

kesian betul.

tu la dia orang kata orang yang senyap ni imaginasi dia tinggi. jangan main main! hahaha.

Aku tak ada dalam gambar sebab aku segan nak naik. Actually aku dengan aina ni tak rapat masa sekolah, tapi terharu jugaklah dia sudi pm aku kat fb jemput by personal sebab tu aku datang.congrats aina!. Anyway aina ni cantik orangnya walaupun tanpa make up :)



 ni gambar bai(nama panjang baizura) dengan aina. diorang ni bff masa sekolah. bai ni spesis kelakar yang selalu ceriakan keadaan. Sorry bai curi gambar kau. haha.

lepas majlis aina di ampang , sha cakap dia teringin nak makan pisang cheese. so kami ke seksyen 7 shah alam untuk dapatkan pisang cheese fav sha. aku dengan wahida dapatlah merasa sikit, sedaplah jugak. aku tak beli sebab aku ingat tak sedap. mati mati aku ingat cheese tu cair macam cheese atas pizza rupanya cheese tu keras dan rangup. kalau keras dan rangup baru sedap.


lepastu sha hantar kami balik ke rumah wahida semula. petang tu jugak dia ambik aku and then kami pergi jalan jalan jap kat klang parade. malam tu aku decide tidur rumah sewa je. memandangkan aku terlalu penat untuk balik semula ke rumah mama aku. Mula mula ingat taknak makan tapi perut buat orkestra dalam perut pulak dah! maka dia kata jomlah pergi makan tempat special. seriously 2 tahun aku duduk situ aku tak pernah pergi kedai tu. murni discovery kat seksyen 7 , depan kuil (tak adalah dekat sangat ) and dari situ boleh Nampak I city. pemandangan malam yang menerujakan! Yang bestnya.. kedai tu unik. segala galanya unik. waiter ambik order pakai ipad. makanan saiz pinggan dia besar and banyak. nama menu menarik dan unik. nama air dia comel comel dan cute

contoh : air traffic light, air I love u. lain aku tak ingat.


aku tak dapat snap picture sebab aku spesis manusia yang pakai smartphone tapi tak ada powerbank haha, battery iphone aku ngam ngam mati kat situ. yela seharian kat luar kan ? aku ingat lepas ni aku kena beli powerbank and powercase.


sebenarnya aku nak order air I love you. tapi sebabnya aku rasa janggal nak cakap I love you kat waiter bangla tu so aku mintak je air traffic light. HAHAHA.


bear In mind : kalau korang datang situ berdua spare duit sekurang kurangnya rm60

aku main order je semalam pasal aku lapar sangat.

aku ambik nasi goring golden apa ntah nama dia panjang.pastu air traffic light, and desert dia cakes. pastu si dia ambik air  apa ntah tak ingat yang pasti ada lemon kat bawah and dia makan spaghetti bolognaise semua sekali rm59



mahal tapi berbaloi. tu je aku mampu cakap. sebab makanan aku boleh kongsi makan 2,3 orang . aku tak sangka saiz dia besar macam tu sekali. sampai aku bungkus bawak balik la citer dia.


kalau korang yang bosan makan fast food bila keluar mesti cuba makan sekali dekat sini.




p/s: k lah aku penat  nak berehat. till next entry






2 comments

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…