February 10, 2016

MELAKA SHORTGETAWAY : PENGALAMAN KELAKAR SERAM 2016





assalamualaikum hai.

beberapa minggu lepas makcik aku menyuarakan hasrat untuk berjalan jalan ke melaka. mula mula tu aku taknak ikut sebab aku fikir keadaan ekonomi aku yang tak berapa baik. tapi awal bulan 2 haritu aku berjaya mendapatkan job baru. new project yang tengah running sekarang which is rahsia i can't tell what project it is so adalah duit sikit. so aku pun join jelah..



7 February 2016
malam ni ketika tidur aku di ganggu makhluk halus. aku pun masih seram sejuk nak cerita pengalaman ni. mujur dia tak menjelma je. untuk pengetahuan korang aku ni ada  speciality sikit je tak banyak. dalam tahun 2007 aku dah start boleh tengok benda benda tu (bukan selalu/ bukan tiap tiap hari). sampai aku berubat jumpa ustaz sebab aku tak tahan. ni kira dah lama dah la aku tak nampak tak rasa. malam tu aku dapat rasa ada benda masuk dalam badan aku. macam mana aku dapat rasa? aku susah nak explain dekat korang. kejadian ni jadi masa sepupu aku 2 orang tu dah tidur. cuma beza dia aku tak histeria je. sebenarnya orang histeria ni dia bukan tak sedar langsung cuma dia bukan "in control". dalam keadaan tu aku macam menumpang dalam badan sendiri. korang faham faham la ye explaination aku ni. kira aku tak boleh buat apa apa. aku baca ayat kursi dalam hati . pelan pelan aku tutup mata lalu tertidur. please buat macam ni kalau korang start rasa kelainan dalam diri korang. terumanya 


PEREMPUAN.



video


8 February 2016
bila aku terjaga je belakang bahu aku sakit and badan aku lemah sikit.oleh sebab semangat aku kuat, aku fikir aku datang melaka nak berjalan. aku dapat jugaklah keluar haritu. kitorang jalan jalan sekitar dataran pahlawan, parkson and keliling hotel hatten je. plan asal kitorang nak pergi pekena coconut shake kelebang tapi sebab aku tengok ramai sangat tak jadilah pergi. hari ni aktiviti kitorang setakat shopping and jalan jalan dalam mall je. we can't do much since jalan jem gila kot. aku ingat nak try naik beca tapi aku tengok saiz badan abang tu tak sampai hati pulak. mau separuh nyawa dia mengayuh nak bawak aku naik beca tu . (guys nampak tak aku ni prihatin? tolonglah setuju! hahaha)
malam tu kitorang pergi pekena iman seafood pulak. sebab kitorang ni peminat tegar seafood so apa salahnya kan? murah jugaklah. semua sekali rm214 je. dan seperti biasa yang bernama una ni, kalau dia pergi mana mana mesti benda pelik pelik jadi kat dia. moral value dia jangan gelojoh and jangan pelik sangat. aku makan pahat tak check betul betul , kemudian kulit pahat yang aku ingat tak merbahaya langsung tu telah melukakan lidah aku. berdarah banyak woi. tu baru sikit. sampai sekarang lidah aku masih kebas.






9 February 2016

kami keluar awal pagi demi mendapatkan coconut shake. tapi spesis main serbu ni memang biasanya tak dapat apa. coconut shake klebang beroperasi pada pukul 11 pagi guys, so tak payah ngada ngada datang pukul 9. so kami pergi jalan cari sarapan dulu. pukul 11 kami sampai punyalah ramai manusia dah beratur. sejam jugaklah aku beratur. oleh sebab aku nak rasa masa aku tu berbaloi aku beli 10 cup terus.yang mana 3 daripada 10 cup tu aku punya hahaha, bagi korang yang belum pernah cuba silalah cuba.aku tak menyesal pun beratur lama. tunggu sampai sejam tu pun sebab setiap orang beli 10 cup dan ke atas. harini kami habiskan dengan berjalan jalan keliling melaka la. aku siap dapat minum air big cup buatan orang melaka yang bukan je murah tapi sedap gila. rm6 je harga dia.  and kitorang borong kerepek banyak banyak.dalam petang sikit kami berjalan sekitar pantai klebang macam biasa aku dengan dunia video aku fadhilah and wawa pulak jadi model aku. lepas tengok matahari terbenam kami pergi food hunt pulak. aku makan hampir 40 otak otak guys. the best part of this trip mestilah part makanan. kat pj bukan senang nak dapat jadi aku pun makanlah otak otak tu umpama tiada hari esok.

ni bukan  aku tau ni cousin aku. aku suka ambik gambar orang je. gambar diri sendiri jarang haha



10 February 2016
tepat pukul 12 malam kami meninggalkan melaka. makcik aku yang drive before bertolak tu aku dah rasa tak sedap hati. aku tertidur keletihan tapi dalam pukul 1 aku terjaga kereta dah dekat tepi highway, rosak rupanya! temperature naik. mujurlah ada uncle india ni datang tolong. mula mula aku tak percaya dekat dia ni sebab tiba tiba je muncul tapi lepas aku tanya pendapat kawan aku kitorang pun tak ada choice. maybe memang betul gasket tu pecah sebab temperature panas. dalam pukul 3 towing sampai. sejam dekat bengkel orang bengkel tu suruh kitorang balik. owner tu hantar kitorang balik pj naik vellfire sebab kitorang berlima kan. aku doa dalam hati harap harap diorang ni bukan orang jahat. bengkel tu dekat senawang kalau tak silap aku tak pun seremban. kami sampai pj dalam pukul 5 pagi.aku pun decide untuk tak kerja harini.






phewwww macam karangan sekolah menengah pulak kan?


apa apa pun it was a fun and a nice trip. ada orang datang pulak kat rumah makcik aku ni. aku na layan tetamu jap. sharelah pengalaman trip korang pulak. aku harap next  trip yang jauh jauh nanti tak adalah benda kelakar seram jadi lagi.




Post a Comment