August 19, 2017

JD TRAINER MASSIVE SALE AUGUST 2017



hello people..

2 hari lepas kan masa aku cuti aku sajalah jalan jalan dalam sunway pyramid. sebab pertama dekat dengan rumah. sebab ke dua boyfriend aku kerja tak dapat teman aku yela nama pun satu tempat kerja kan. aku cuti dia kenalah kerja melainkan ada manager ganti.sampai je sana aku laju je menuju ke sephora. maklumlah nak melepaskan rindu. kahkahkah. aku pergi section benefit dulu. masa tu dalam hati sumpah aku dilemma sampai aku up status apa aku patut beli kasut atau make up?


dan aku mendapat respon yang agak bagus jugak dari kawan kawan. padahal boleh je aku nak beli tak payah tanya tanya . tapi yelah sekali sekala riak apa salahnya. kiddingg..

aku update tu sebab aku dah tak bole buat keputusan. bila aku tanya boyfriend aku jawapan dia.
jimat sayang tak payah membazir kita nak khawin kan.


X'D

tu je la respon dia. tapi tuntas,
dia harus tahu dia berdepan dengan makhluk degil keras kepala tetapi comel. (perasan)
oleh kerana "sokongan padu" boyfriend aku tu. aku beli kasut. hahahaha by the time aku upload and send gambar kat dia . dia cuma mampu face palm saja.



maafkan bakal isterimu wahai sayang.

so nak tengok tak rupa kasut aku beli tu?
gais.. even korang tak nak tengok pun.. aku tetap upload jugak sebab ni blog aku. so kalau tak teruja tu masing masing dah besar kan. jagalah hati aku sikit. buat buat teruja je please? :3






tadaaaa... camtu la rupanya . aku beli adidas. sebab tapak dia tak licin.pink kan jemah?
hahaahahah. selain dari kasut , ada jugak sweaters pants berjenama yang diorang jual dengan harga discount jugak. jadi inilah masa untuk korang pergi serbu JD SPORTS cepat cepat sementara stock masih ada. jadilah pengguna yang bijak. 



Jika anda inginkan produk dari JD Sports dengan harga diskaun, boleh sebut code ini
nescaya mereka tak kenal dan sila bayar jelah dengan harga promosi tersebut. XD


ala jangan lah marah . gurau sikit pun tak boleh. :p



trivia :

current promo yang una mn tahu 

Victoria Secret : buy 1 free 1 (rm145 for 2 bottle body mist)
H&M : recyle your clothes and get discount coupon .
Charles & Keith : Discount for bags and purse until end of this month.
Sasa : Discount for eyeliner/brow liner 3 for rm30 to 3 for rm90 . Meet matte               Trimony for rm189 . n/p (rm209)


till then ,
ttyl. 

UNA MN











No comments:

Result Level D dah keluar !!!