December 2, 2012

( congrates malaysia )from malaysian to indonesian .

sebelum kita terus ke point utama aku nak ucap tahniah atas kemenangan harimau malaya 2-0 ke atas  indonesia
 
 
 
 
 
 sebagai manusia yang tak berapa minat bola, agak luar dari kebiasaan jika kita yang tak minat bola boleh tengok bola dari mula sampai akhir. tapi bila melibatkan  game malaysia vs indonesia aku terpanggil untuk tengok  lantaran terbaca tohmahan tohamahan yang dikeluarkan negara jiran. mereka marah dengan kita kerana dituduh cuba curi budaya. kerajaan punya hal dua negara bermusuh . jika ada rakyat indonesia terbaca post ni aku harap sangat mereka faham yang claim budaya bukan seluruh rakyat malaysia.


kerana ;


 budaya itu bukan sesuatu yang boleh dicuri kerana sifat  budaya itu diamalkan bukan disimpan , bukan atas nama budaya milik siapa tapi atas dasar siapa yang mengamalkannya. kami punya budaya kami sendiri, kami tak mencuri budaya sesiapa .


disini budaya yang kami amalkan budaya dari nenek moyang kami , budaya dari kecil . hidup dengan lapisan kaum. berlaku asimilasi budaya dari puluhan tahun dahulu. sejak malaysia merdeka dan asimilasi terus berlaku .


kenapa perlu bergaduh kalau boleh berdamai?
kenapa perlu bermusuh jika sepakat bisa dicapai?




aku tak faham . aku harap sukan dan "budaya" yang kononnya dicuri ini tak menjadikan masyarakat di negara jiran dan negara ini masyarakat prematif .



let's unite la weh . (tadi ayat skema sekarang dah tukar ayat)


zaman sekarang musuh kita cuma 1 . dan aku harap korang sedar tu. kalau ada pun negara yang di benci . benci la israel  . benci jiran tetangga ni ibarat benci orang yang akan bantu kita waktu susah. anggap lah jiran negara ni macam jiran rumah sebelah. aman ke nak duduk dalam kawasan benci membenci jiran?


dan kepada muslim (sorry kepada non muslim)
satu hari nanti dunia akan kiamat.
masa tu dah tak penting budaya tu budaya siapa
sebab dalam kubur tak tanya.
dia cuma tanya "marobbuka?" (siapa tuhan kamu)
ma imamuka? (siapa imam kamu)

dan seterusnya ...

back to to real bussines.
sokong menyokong bola dah selesai.



yang belum isyak tu bawak2 la isyak .



p/s: good night and thank you & congratulation harimau malaya .muahh! love u malaysia.








Post a Comment