Skip to main content

merepek sesedap rase

harini bosan,aku tak tahu nak update ape
tapi oleh kerana blog ni blog ss,
aku beranggapan ade orang nak bace bila aku tulis..


apa yang korang tak tahu pasal aku?

sebelum aku kapel,aku adalah sejenis manusia yang sangat suka bersendirian.

pergi mana-mana takde kawan,aku sorang je,bukan aku tak de kawan,ade,
tapi sebab aku ade kawan la aku macam tu.
ha bangla tak ayat aku?

sila mencarut sepatah dua kata lepas berbuka nanti

aku ade kawan,tapi kawan2 aku lelaki,
tak terlalu keji aku katakan, aku ni adelah sikit2 sifat lelaki yang masih hidup dalam diri.
AKU BUKAN KHUNSA OKAY

jika ade yang berfikir sedemikian,
sila terjun sungai
apa yang keluar dari mulut aku,itulah apa yang aku maksudkan
dulu aku tak reti jaga hati orang
kadang-kadang yang dengar tu rasa nak je lompat bangunan 14 tingkat.
tapi sekarang aku dah pandai kawal sikit la,
maklumlah sekarang aku kan ladies ecececeh *muka bangga*

sebab tu aku malas nak bersuara,macam ada batu dalam mulut
sekarang aku dah gedik sikit la,pasai aku dah belajar gedik2 sikit
tak gedik tak perempuanlah aku*ade plak macam tu*
aku dah reti dah topik sembang ape nak sembang sesame perempuan

hehehe
kalau keluar exam aku boleh jawab,dapat A dah

haha kalau dulu,aku tak tahu nak sembang apa sesame perempuan,
kadang2 aku rasa nak hantuk kepala  kat dinding
sebab bila keluar list orang paling membosankan di dorm
haruslah aku tercalon sekali. T-T

korang tahu ape yang keluar dari mulut aku bila topik perbincangan
pasal lelaki diutarakan oleh kawan2 aku di dorm?

gegirl pink: ijat, ijat cuba tengok cute tak teddy bear ni? boy boy kita bagi tau,esok nak dating kat taman.. bla bla bla.. dia cute,tough, bla bla bla.


me: oh..takpelah aku taknak tahu yg tu sbb tak keluar exam,
urm ape kata kau bawak lari jauh bunga ni,
sebab aku alergic rose kuning. kbye


bila ingat balik,rasanya aku dulu terlalu kejam ,
sekarang aku pulak berkapel,
eh tapi tak bermakna aku ni berubah

kesian bf aku dapat gf ganas,secara jujurnya,segala barang yang dia bagi pasti ranap,bunga? dia tak pernah bagi, kalau ade pun dia bagi cuma coklat sebab tu jelah satu2 nya kegemaran aku yang sama macam perempuan lain. :D

bila dah makin besar ni,sikap2 perempuan mula la ade
so aku membuat kesimpulan bahawa
aku berubah kerana hormon wanita meningkat gamaknye

korang harus tahu,kalau aku keluar jumpa tiap2 hari tu
 bukan untuk berpantun2 cinta,bermadah2
umpama p ramle dan awek beliau,

tempat dating paling hakiki aku adelah cc
selalu jugak aku teman bf aku main game,sebab kat cc kan boleh beat dengan pc sebelah,aku on9,dia main game.

dan kedua megamall la,sebabnye aku suke tengok orang main bowling,
dan korang juga harus mengetahui,snooker juga adelah salah satu kegemaran aku dulu,tapi bukan bermakna aku ni minah rempit ,tidak sama sekali,tapi kegemaran tu dilarang sekeras2nya oleh encik bf sayang
sebab dia kata,orang pandang serong kalau aku masuk situ,okay aku mengalah.

yang paling sahih sekali,
aku dengan beliau suka jalan2 naik motor malam,sebab aku suka angin malam. dari aku baby memang aku macam tu toksah ler tanya,aku lah punca duit minyak beliau selalu habis,sebab aku akan hentak kaki ganas2 kalau dia taknak bawak aku pusing2 seround dua kat sekitar kuantan ni.


favourite aku,laluan dari jalan tok sira tu membelok depan istana,
lalu depan rumah orang kaya2 dekat forest hill sana.
sebab kat situ banyak lampu ... hehe
aku kan suka benda2 bercahaya.. ;)

bagi aku tu jela satu2nya cara kau release tension aku,segarkan badan aku,
sebab aku tak boleh mandi malam

hurmm sebab ape?

dari baby,aku sakit paru2 berair,
nak kata kronik tu taklah,sebab aku tak ambil ubat,
kecik2 dulu yerlah, sekarang kurang dah
inhaler pun aku jarang bawak pergi kelas,
sebab aku tak suke hidup dengan bantuan ubat *ego tak aku?

jadi pantang aku ,

1)mandi malam
2)minuman yang ade pewarna kuat,macam kordial2 tu. aku tak boleh
3)ais krim pong ,ala yang jenis boleh patah tengah tu,aku tak boleh makan,kalau aku makan jugak within 24 hours ,sesak nafas la aku jawabnya




3 pantang ni yang aku jage,
tu saje,:)

nasib baik kuantan ni panas walaupun pagi2 buta,so aku tak payah nak mandi air panas,sebab kalau aku dekat perak nak mandi pagi aku kena mandi air suam2 panas tu.

susah kan jadi orang sakit?

p/s: aku tak tahu aku bebel ape,sekurang2nya aku tak bosan :)





Post a Comment

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…