September 3, 2011

sebelum lewat...................

before too late , i wishing u selamat hari raya,
this year bring in so much memory i need to staple on my brain
supaya tak lupa dan sentiasa ingatkan tahun ni
tiba-tiba rasa sayu bila melihat opah,atuk semakin dimamah usia
jika dulu rumah opah lebih tersusun segalanya bersih dan kemas
sejak opah dan atuk semakin tua ni,
kaki pun tak larat nak melangkah keluar 
kucing2 gila mula buat hal sana buat hal sini
larat ke situa terbongkok2 mengemas?
 semalam sempat juga aku tolong mop lantai rumah opah.
sejak dua menjak ni aku selalu teringat zaman kanak-kanak
rasa rindu yang membuak2
tapi masakan boleh masa diputar kembali? ;')
opah ,atuk orang rindu nak jadi budak2 balik
nak jadi cucu atuk ,cucu opah yang dulu
macam dulu;') 
dulu orang selalu tidur dengan opah,
tidur tengah2 antara atuk dan opah.
ingat lagi pagi2 mesti opah mandikan orang dengan air suam
opah kata orang sakit.. tak boleh sejuk2..
waktu kecik2 seminggu sekali kena pergi klinik kan?
tapi takpe orang dah biasa..
pagi sebelum pergi sekolah opah bagi minum susu,tengahari balik sekolah minum susu lagi malam sebelum tidur pun minum susu.
malam2 kalau rajin opah teman orang tengok bintang .. tengok bulan..
orang suka tengok buruj2 di langit.
tenangnya suasana kampung waktu tu tak ade ganti

selamanya di hati..

opah jangan pergi ye? orang tak sedia.. ;')

Post a Comment