October 13, 2012

kisah mencuit hati : aku dan diari :)

aku pernah mempunyai diary dulu , sebab dulu diary macam soooo in dengan kehidupan manusia. tapi tidak sekarang, sekarang orang dah blogging kahkahkah tapi tak semua orang yang biasa menulis diari akan berhenti menulis diari. tidak sama sekali. contohnya macam mama aku, dia salah seorang yang mempunyai diari.
dan aku pernah baca diari dia (itu dulu time aku budak-budak) budak budaklah sangat umur dah belasan tahun hehe. diari mama yang aku baca ialah diari disaat aku belum lahir lagi , didalam kandungan dan selepas aku lahir kedunia.
 
 
 
 
 
 
untuk pengetahuan korang, mama dan abah susah payah nak dapatkan anak (tolong jangan pikir kotor) hampir 2 tahun perkhawinan baru aku keluar. ya aku anak pertamaaaa, akulah juara :P . apa yang aku baca tak banyak, mama bukan jenis mencoret-coret diari sangat, dia cuma tulis gaji dia berapa ketika itu sebagai nurse dan abah sebagai polis. aku agak terpegun dengan mama , sebab dia boleh survive dengan gaji yang sebegitu kecil. mama tak dapat jaga aku sebab mama dengan abah perlu kerja jadi mama hantar aku pada opah, sebulan sekali mama balik, jadi aku tidak menyusu badan, aku cuma menyusu botol (tapi itu tak menjadikan aku anak lembu) tak tak. aku anak manusia . *agak kurang ajar siapa-siapa panggil aku anak lembu ye*.
 
last sekali aku tulis diari aku tak tahu bila, tapi aku rasa macam bodoh bila aku fikir balik apa yang aku tulis kat dalam diari tu, ini antara petikan -petikan yang aku tulis ketika aku ada diari..
 
diari 9 tahun
kucing aku comel tak balik rumah harini, aku sedih sangat ni semua salah atuk sebab atuk tengking comel, mesti comel merajuk. sesiapa yang baca diari ni tolong cari kan kucing aku yaaa? *muka menangis * :(
kemudian bila selak bahagian depan sekali ade tulisan
siapa baca diari aku ni HARAM, ALLAH LAKNAT SIAPA BACA DIARI AKU.
jangan baca kalau taknak bertukar jadi KATAK!
 
 
 
 
 
-.-' aku taktahulah siapa nak baca diari aku yang sungguh bersemangat menyumpah orang kalau baca jadi katak? WTF?!. dalam rumah tu aku sorang je budak-budak , yang ada opah dengan atuk je . dah sah-sah aku mental masa kecik dulu. kahkahkah. (jangan gelak , aku sorang je boleh gelak!)
 
 
 
jadi ape pengalaman korang dengan diari korang? kongsi la dengan aku, boleh kita ketawa bersama mengenang kebodohan diri .
 
 
 
p/s: bila aku menaip ni aku terkenang zaman kanak-kanak dan aku rindu zaman kanak-kanak aku sebenarnya.

7 comments:

Wahidah BME said...

Una una . Huhu .
Eh esok ke kau konvo?

Unamn said...

takk . aku konvo selasa kalau aku konvo esok mesti hrini aku raptai dan semlm aku dh bertola ke johor.

Wahidah BME said...

Owh. Ingat 14hb kau konvo. huhu. Aku silap pandang kot. Sama la ngan abg aku. Hahaha.

Qib said...

hehe.. comel je.. kte pon dlu ada wat diary gak.. busted je

NoEn said...

akak tak pernah ada diari..hihi

Unknown said...

Hehehe..!!..=) dulu pernah ade diari..tp entah kemane..

Happy walker said...

visiting here with a smile. take care.. have a nice day ~ =)

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..