October 17, 2012

preview convocation day : kesukaran ?

kehilangan aku selama beberapa hari ini bukanlah kerana aku disorok hantu mahupun di serang raksasa . aku sebenarnya pergi menghadiri konvokesyen kali ke 49  di UTM skudai. jadi dengan hati yang gembira dan bersyukur kepadaNYA aku nak umumkan, aku secara rasminya telah bergelar graduan tanpa pekerjaan! :D
tapi dalam entry ini aku belum nak cerita pasal konvokesyen aku...aku nak cerita pasal pengalaman dan kesukaran yang terjadi sepanjang aku disana.
 
 
 
 
terimalah gambar preview ini ceh preview sangat :)


 
 
dalam 3 hari ni banyak benda-benda jadi yang boleh menjadi teladan kepada kami sekeluarga antaranya
 
 
1)belilah gps jika hendak berjalan jauh
 
ini adalah satu nasihat yang berguna buat kita semua , janganlah membajet diri tu serba tahu umpama google map. sekarang ni dah tak ada pepatah , malu bertanya sesat jalan, kalau boleh janganlah tanya kepada orang di tepi jalan sebabnya. ahad lepas (14 oktober)abah dengan yakin menempuh jalan raya, bertanya orang-orang ditepi jalan, tanya 3 orang.. 3 orang telah menyesatkan kami selama 3 jam . kami sampai pukul 4 di skudai,
 
tapi tahukah anda kami check in hotel pukul 7 ? tahukah anda? tahukahhh? dan aku sempat sesat sampai ke perling, hampir memasuki senai aiport, hampir sangat nak termasuk lorong balik ke kuala lumpur, semuanyaaa adalah hampir. dan pukul 5 setengah sempat sesat ke hotel s.bee yang ku sangka suan bee hotel di tampoi indah. ini semua adalah kejilakaan yang berlaku. gua dah excited siap update kat twitter masa tu -..-

 
setelah aku sedar yang wawa duduk johor bharu (jem gila aku ni, sampia lupa wawa duduk johor hehe) , aku telah menelefon  wawa  lebih pantas dari kilat . masa tu wawa baru balik dari batu pahat melawat adiknya di plkn kemudian sempat bershopping daripada wawa belum start shopping di angsana, sampailah wawa habis shopping aku dan keluarga masih di ambang kesesatan, ada galaxy tab pun tak guna, gps tengah jilaka masa tu. yer aku sebut jilaka.
 
 
 
 
 2)siapkan payung sebelum hujan
 
abah tak bawak payung, there's no payung in my car, masa keluar bertanya, aku kuyup. sekarang musim hujan, jadi siapa-siapa tak tahan hujan sediakanlah payung.


 
3)bawa bekalan makanan yang cukup
 
ini semua terjadi kepada aku, gara-gara abah taknak sesat kami cuma sarapan maggie untuk sarapan keesokan paginya . aku menerima dengan redha. sebab bawah tu restoran cina semua, segala tulang porkk bersepah, restoren macam mewah, tapi pengunjung sesuka hati campak tulang pork tepi jalan. me is geli.nak muntah pon ade. akibat tiada kedai melayu yang dekat, kami nekad makan maggie.
 
 
 
 
alhamdulillah , setelah kesukaran yang terjadi aku dapat juga menghadiri konvokesyen pada 16 oktober 2012 .
 
 
 

gambar preview 1 lagi btw aku yang tudung hijau tu, serabut kan? yerr serabut sebab lepas cari adik aku yang hilang.

 
 
 
dan ini gambar masa tudung aku tengah elok.
jadi inilah aku , si gemuk, berisi yang chubby serta pendek.
 
insyaallah aku cuba kuruskan diri ini, ramai dah tegur aku belon.
 
 
next time bila dah complete gambar aku update pasal hari konvo pulak tau :)
 
 
p/s: yang tengah penat sebenarnya ; una.
 
 






























Post a Comment