March 19, 2012

inilah sebenarnya bahagia. =) *monolog sendiri*

saat -saat manis zaman belajar ini telah selamat disimpan di dalam blog ini.
sikit demi sedikit aku cuba simpan sebaik mungkin kenangan yang ada
dengan harapan bila nanti tiba-tiba rindu boleh juga dibaca buat peneman hati yang rindu pada saat-saat itu.


motif utama aku terus berblog ini hanya untuk meluahkan rasa hati pada zaman muda remaja ini . *ceh konon*
muda la sangat. padahal~~  T.T aku dah nak masuk 21 tahun pada 27 mac ni..silakan beri hadiah.. SILAKAN! ;P



walaupun blog aku tak best, selalu merepek, tiada info berguna , macam useless je kat korang tapi aku tak kisah pun sebab aku letak nuffnang ni saje saje je. bukannya beria nak dapatkan duit walaupun dulu ada la sikit sikit semangat yang jitu tu. keh8 mengaku.
dulu macam macam jugaklah aku cuba tulis untuk tarik traffik tapi ternyata aku tak boleh bohong diri sendiri.
aku sendiri tak suka apa yang aku tulis. aku rasa boring .aku rasa macam dewasa. aku rasa aku nerd aku rasa aku dah GILERRR!!! damn it!  yay aku rasa cool bila aku tak payah jaga ayat ketika bertutur . aku rasa bebas .. aku rasa boleh terbang ke awang - awangan.. * sambil menari zapin*


okay itulah diri aku sebenarnya.
seorang yang menulis ikut gerak hati.
aku tak suka planning.aku tak suka terikat dengan format rasmi.
dan aku juga begitu dan begini.
okay aku telah bercakap di luar batasan.
dan mengada-ngada feeling macam cakap dekat parlimen.

-,-

akulah semua diatas.
dan sekarang semasa menulis ini
aku tengah rasa berat hati gila nak balik kuantan
aku rasa aku dah sayang kat UTM.
kesian kat ikip.
tapi ikip pun aku sayang juga..
cuma UTM aku sayang lebih =)

sebenarnya bila begini aku sedar bukan tempat itu yang begitu bermakna bagi aku ,
tapi kawan-kawan
dimana ade mereka disitu ada gembira.
tu yang aku rasa sekarang
jujur dan tulus ikhlas dari hati aku
dan itulah sebabnya kebelakangan ini entry aku pasal mereka dan mereka...

aku ambil masa yang lama untuk rapat dan mesra dengan seseorang
tapi bila aku dah kenal aku sayang.

jadi sebelum semester ini berakhir
aku akan tulis sebanyak mungkin pasal mereka mereka lagi.
mana tahukan nanti aku hilang ingatan ke.
aku tiba-tiba hilang ke , atau umur aku tak panjang ke
mungkin kawan kawan boleh baca balik entry aku
at least kalau korang lupa pasal kenangan
entry aku akan mengingatkan. =)


p/s : senyum dan ketawa berseorang lebih menyeronokkan di samping kamu dan kamu wahai kawan =)

No comments: