sejak aku habis belajar haritu , aku masih terumbang ambing dengan hala tuju hidup yang pasti tak pasti.
keadaan memang menyukarkan aku untuk buat pilihan.
aku tak tahulah mungkin DIA dah beri petunjuk atau aku yang buta tak nampak petunjuk yang DIA bagi tu?
tekad aku nak tolong mama abah, mungkin pada zahirnya aku bukan anak yang baik buat mereka, selalu berselisih pendapat.
kadangkala aku rasa aku betul tapi bagi mereka aku salah, dan begitu pula sebaliknya.
begini situasinya , aku berumur 21 tahun, mama seorang nurse, dan abah seorang polis biasa. mama dengan abah mendesak aku masuk degree full time study , tapi aku fikirkan adik-adik aku lagi 4 dibawah. ini bukan cerita drama sedih petang -petang.ini kisah aku sendiri. kami tidaklah senang , dan tidaklah juga susah. cuma korang sendiri tahu nak hidup sekarang ini seperti apa?
aku cuma berfikir aku mahu kerja dan kemudian study part time degree. tujuan aku cuma nak ringankan beban keluarga. mungkin bagi sesetengah orang usia aku setampuk pinang yang muda, tak perlu lagi nak kerja tapi kadang-kadang kita kena dewasa dengan cepat. aku pun tak suka dengar rungutan, atau keluhan dari mama dengan abah tentang duit atau membiaya aku . *itu memang sikap aku dari dulu*
tapi aku tak salahkan mereka, mama abah pun manusia kan?
tambah lagi adik aku yang 4 orang tu ada kerenah masing-masing.lagi pun aku mungkin akan masuk degree pada tahun yang sama dengan adik bawahku fauzi . yang no 3, aqilah tahun ni spm, kalau keputusan dia okay, maknanya 3 orang sekaligus ke ipta . aku risau mama susah, abah susah.entahlah. mungkinlah situasi aku taklah sesukar orang yang menderita di afghanistan, atau iraq atau palestin.tapi masalah ni pun mampu buat aku telan 2,3 biji panadol .
korang rasa apa aku patut buat?
mengikut saja atau ikut rentak hidup aku nak?
maklumlah aku muda tak ada pengalaman, mungkin dengan nasihat korang aku boleh buat keputusan .
p/s: minta maaf atas penggunaan 'aku' harini untuk orang yang lebih berusia.
1 comment:
sambung ja belajar kalau tu harapan mak ayah.. :)
Post a Comment