December 23, 2012

memori percutian yang takkan dilupakan. cemas dan ngeri.

Rasa- rasa dah lama blog ku ni menyepi. blog je sepi tuannya tak sepi tau. *menipu padal sepi je*.


by the way tak kisahlah aku sepi ke tak , itu korang boleh abaikan dulu sebab aku ada cerita yang aku rasa menarik untuk diceritakan.  well taklah menarik ini semua pengalaman hidup aku je . okay 15 hb haritu aku pergi bercuti, well aku tak anggap macam percutian sangat pun sebab pergi tidur satu malam je but then okay, bila ianya luar kawasan, dan tak menumpang tidur di rumah saudara, dan tujuan utama kesana adalah untuk berseronok maka ianya telah termaktub sebagai satu percutian . LOL   (sebelum kita ke kisah ngeri, korang hadap gambar-gambar bawah ni dulu)

percutian ni special , satu keluarga ada ,  jangan tanya aku kat mana sebab aku yang ambik gambar


night safari ;)


                             aiman di bukit merah lakeown resort




percutian kali ni ada kejadian ngeri berlaku. serius ni ngeri dia bukan tahap kena kacau dengan bangla ke apa. ini serius punya weh. kalau setakat terpijak kaca tu , level ngeri dia celah kuku je. actually benda yang ngeri tu ialah aku dan adik aku hampir mati lemas.  well ejeklah =-=' ejek.
 lempang kang *muka serius*

aku pandai berenang tau bukan tak pandai , cuma benda tu jadi dalam keadaan yang terlalu cepat. untuk pengetahuan korang semua 16 hb tu sebelum balik , kitorang pergi ke bukit merah untuk mandi manda , memandangkan area sana kawasan lembap selalu hujan tak ada benda pun yang dapat kami buat sangat. nak pergi zoo malam tadinya kami dah pergi dah night safari .

masa kejadian berlaku


aku :  ilah jom pergi  tengah.
ilah : ala kak  dalam la , aku tak pandai berenang.
aku  : kau naik la pelampung....

Aqilah bersetuju ikut aku. mula-mula kami di tempat 1.5 m je so taklah dalam sangat. tiba-tiba ombak dipasang (kolam tu berombak ye)  daripada 1.5m adik aku hanyut ke 1.8 m . ahhh sudah! mampos.. aku pun cuba sedaya upaya tarik dia. aku boleh berenang cuma dia berat , umur 17 pulak tu . so nak tarik dia tu  agak payah. aku dah cuak dahhhh ... plan aku nak tarik pelampung dia tu .

aku: ila hulur pelampung dekat aku, kayuh la sikit.
ilah : (muka nak nangis) kakak tolonglahhh..


dia hulur tangan aku tarik. dia jatuh dan lemas dia berpaut pada bahu aku. cuba korang bayangkan macam mana aku nak berenang kalau dia paut bahu  aku dari belakang? dia dahlah berat. aku pun berat. maka kedua-duanya lemas nasib ada pakcik tolong tarik adik aku dan aku dapat berenang semula. sejak kejadian tu . aku jadi takut nak ajak dia lagi. dengan aku sendiri trauma air.Pengalaman mengajar aku menjadi manusia yang lebih berhati-hati.
sebabnya nyawa kita cuma satu, nyawa tak dijual di kedai runcit.
Alhamdulillah aku hidup dan bernyawa sampai sekarang. kalau aku mati masa tu entahlah. Dosa dah lah banyak, mati kat tempat bersuka ria pulak tu .Malu dekat Tuhan. kalau boleh biarlah meninggal kat masjid ke apa .






p/s: lepas ni kalau mandi manda lagi daku rela mandi kolam kanak-kanak. INSAF wei! ;')






1 comment:

Anonymous said...

alhamdulilah..selamat..lain kli hati2 ya.

💝 Anniversary Trip To Jakarta