February 13, 2013

aku dan aiman part 2 .



Tadi lepas kami (aku, amar dan aiman)   buat lambaian "kasih sayang" kepada mama yang nak bertolak balik ke ipoh  kami  tiga beradik menonton tv3 cerita legacy . Oleh sebab aku ni memang peminat setia drama tu, jadi aku pun menonton dengan penuh kekhusyukan lalu lagha sebentar. Tapi seperti biasa, adik aku si aiman tu jenis tak reti diam , dia memang jenis banyak tanya. Aku sampai naik fed up nak layan dia .


aiman : kakak biskut jacob kan wujud masa aku lahir ke sebelum aku lahir?
ammar : ishh bisinglah kau, biskut jacob tu dah lama adalah ... *ammar menyampuk*
aiman :  kau menipu ammar, kakak oiii kakak  biskut jacob tu wujud masa bila? *dia menjerit*

aku : *dia dah start dah buat perangai, aku nak tengok tv ni ... aishh* entah kau tanyalah pemilik syarikat dia mana aku tahu.

aiman : alah ..kedekut ilmu la ko ni.

aku : diam boleh tak man?



dia diam sekejap.. selang beberapa minit, ada iklan atau scene aku tak berapa ingat tapi yang pasti  ada pasal lelaki tu berjambang.


aku tengok dahi aiman berkerut-kerut seakan-akan memproses maklumat. jenuh aku pikir kenapa pulak budak ni. air muka dia nampak keliru .



aiman : eee, gelinya dah la muka bersawang!!! *nada tak puas hati*


aku : bersawang???! ape yang bersawang?


aiman : tu lah kat muka dia tu ada bulu-bulu!


aku dengan ammar ketawa geli hati hahahahahahahaha!!!! yang lebih lawaknya reaksi aiman dengan muka blur dia tu, sampai jatuh dari kusyen  aku korang tahu.


imagine macam ni aku gelak.


kenapa korang gelak? " soal aiman yang keliru. dia nampak serius. kelakar pun ada aku tengok muka dia ni .

itu berjambang la man , bukan bersawang " aku membetulkan tatabahasa adik aku yang aku kira  sangatlah teruk . *tahan gelak*


aiman : ohhh berjambang... kalau macam tu ketiak abah berjambang la kan kakak?


aku : *oh god why???? *



Malam ni aku kena check buku bahasa melayu adik aku.





p/s: tuhan tolong "cairkan" otak  diaa..






1 comment:

Anonymous said...

Incredible loads of beneficial info.

Also visit my webpage MCM 財布

💝 Anniversary Trip To Jakarta