November 22, 2013

cerita perempuan gila tetapi "comel" serta manusia berlagak bos

perempuan dan mengumpat adalah satu perkara yang tak dapat dipisahkan.
Kini aku amat memahami perasaan kak tijah (bukan nama sebenar) dan kak tipah (juga bukan nama sebenar) bila mereka sering mengumpat golongan atasan di pejabat mereka


nota : kak tijah dan kak tipah tidak wujud di pejabat aku bekerja tapi mereka sering dilihat di drama drama swasta mengenai situasi di pejabat . Kini aku dan aktiviti mengumpat tidak dapat dipisahkan lagi..


Tapi aku lebih kepada luahan perasaan sebenarnya , ada jelah aku tak puas hati kan. Yelah kena marah selalu gila kau tak stress? Alhamdulillah aku tak menangis macam dulu, gelabah sikit sikit tu ada. 


Begini ceritanya....

pukul 8:30 pagi 
sally sampai dari site membawa segala information ke office , macam biasa dia akan bagi la "bahagian" aku dan pipah . Oleh sebab tugas aku memang tengah banyak minggu ni sebab format report dah di tukar so aku letak tepi dulu. Tiba tiba farid call ajak minum kedai mamak tepi jalan besar sekali tu nak pass shop drawing pada kami so dengan tergesa gesa aku , pipah dan sally pergi ke kedai mamak tu. Aku tertinggal phone sebab aku tengah charge phone tu so aku fikir tak apalah sebab segala information yang aku patut pass kepada botak (bukan nama sebenar) aku belum terima lagi dari mr liew . FYI botak ni adalah salah seorang project manager kami yang TERAMATLAH  cerewet, mengada-ngada, baran tak bertempat . 
Aku dengan  pipah dan seluruh warga kerja site di kawasan itu teramatlah benci pada dia.
Ngam kami sampai je kedai mamak tu , dia call pipah marah marah sebab aku tak angkat call dia. "adui ... ape lagi dia nak ni? " muka aku memang tegang habis la tadi. Orang baru nak ambik mood kerja baru pukul 8 lebih kot . oh tolonglah jangan hancurkan mood kerja aku...... 
" dia nak kau take over kerja yang dia suruh sally buat tu .. dia kata kau kena settlekan"  ujar pipah dengan dahi berkerut . Sally sabarkan aku, dia suruh aku buat tak reti je. So aku pun bertenang.


Lepas farid sampai kami minum-minum sekejap dan masing masing balik office. 


pukul 10 pagi
Botak sampai dengan muka toya dia. ya  toya tuan tuan dan puan puan , Seperti tak ada apa apa berlaku. Aku dalam hati memang angin. Tadi cari aku sangat... ni dah depan mata tak ada pulak kau nak cakap apa-apa?Pipah kata dia nak aku cari apa status breaker semalam kat area mana dia kerja. Siapa guna bla bla bla. Okay.. mencari tu bukan susah, aku boleh call je tanya supervisor kat site tapi kenapa perlu last minute dan anggap aku boleh pergi investigate dalam sekelip mata. HAPE DIA INGAT AKU NI CHARLIES ANGEL?dahla semalam suka suka nak suruh aku jaga site dekat labu . 

DIA INGAT AKU TAK ADA KERJA LAIN?????

Pukul 11 dan ke atas 

aku dan pipah bertungkus lumus buat kerja masing masing. pipah ajar aku buat calculation . Alhamdulillah aku dapat belajar sikit dan itu satu  perkara yang aku syukuri hari ini. Kerana aku baru sempat nak belajar benda tu selama ni mr neo yang buat . So aku pun baru nak gembira dan nak hantar segala detail temasuk calculation tadi kat second floor (bilik mr neo yang dikongsi bersama botak dan mr ho) Bila aku sampai atas mr neo suruh aku hold dulu .Tak lama kemudian aku dengar dia kena marah dengan mr neo . Dengan sepantas kilat aku turun ke bawah . aku pandang pipah , pipah pandang aku. Muka masing masing dah cuak. 
"weh una kau siapkan kerja kau cepat, aku call sally.. kita kena keluar makan cepat ni" pipah dah start cuak sebab kat atas bunyi meja diterbalikkan. 
"Ah sudah korang wrestling ke kat atas tu?"aku ni pun dah masa masa macam tu masih sempat mengomel pipah buat muka geram. "Weh cepatlah weh.....!"
aku pun try secepat mungkin siapkan kerja yang itu dan secara tiba tiba si botak turun tanya satu soalan dekat kami. "Ciskek muka  nak cari gaduh dah kenapa dia ni?" tapi aku berani cakap dalam hati je la.. " You orang ada apahal? ada masalah?" Aku macam terheran sekejap dia ni bela jin ke? takkan umpat dalam hati pun dengar ? " Aku tak pandang muka dia .. ah tak kuasa! 
pipah cakap " tak ada Mr C*** ni you check dulu arr.. Lepas si gila tu naik atas aku dengan pipah dengan jayanya keluar makan awal . TAKUT PUNYA PASAL! 



dan oleh sebab kami keluar makan awal dan segela keserabutan dan masa yang kami curi kami dengan jayanya balik pukul 7 harini  2 jam stayback pun belum cukup nak siapkan report untuk meeting minggu depan. Aku cuma mampu berdoa je lah semoga kerja kerja aku tu cepat siap yelah esok nak kena compile dah , nak bagi Clerk of work sign dan verified segala kerja yang berjalan dekat site tu . Clerk of work pulak jenis banyak songeh gatal pun boleh tahan, itu yang stress terlebih lebih tu . 


Sebenarnya banyak benda aku belajar sejak aku kerja dekat sini . ada yang baik ada yang memang tak tahu nak cakap macam mana. Hehehe aku tak boleh nak tulis semua kat sini sebab banyak P&C . Cuma aku nasihatkan kepada mereka mereka yang belum bekerja dan ada hati nak kerja kat site. Be well prepared dari segi mental dan fizikal sudah tentu. Tapi mental adalah perkara utama sebab kadang kadang bukan kerja yang buat kita stress tapi perangai manusia. Dan jangan terlalu ambil serius untuk semua perkara, take time untuk relaks  dan balik kerja tulis dalam blog macam aku . Hahaha! kalau tak tulis pun try luahkan segala perasaan benda sepak terajang kat tempat kerja ni jangan terlalu diingat  lepaskan je semua. Dan bersedia untuk  esoknya punya makian pula.



aku teringat satu pepatah mat mat motor punya lingo

"hidup memang palat , tapi hari esok masih ada"



Tapi aku ada pepatah baru untuk korang 

well tak adalah macam pepatah sangat


"kenapa perlu sedih jika boleh gembira?"
kenapa perlu tertekan hanya kerana kerja
hidup cuma sekali, habis waktu kerja pergi joli


jap bukan joli mabuk mabuk tau

joli cara saya : makan tidur selamanya



sekian ,

salam penuh keterujaan

Una Mn









No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta