December 16, 2013

cara dapatkan perkhawinan ala puteri raja dengan belanja yang lebih murah *hot tips*

Assalamualaikum bakal pengantin.


Disini aku ingin memberikan tips beserta contoh DIY untuk persiapan persiapan majlis korang.
Yer aku mungkin belum khawin lagi tapi tips yang aku nak bagi ni memang tulus ikhlas dari hati nurani aku selepas aku join buat research sekali dengan member aku yang nak khawin dah tu.


CISKEK ! kata ikhlas dari tadi bebel je terbakor woii terbakorr

eh sabarlah jap nak start la ni.



TIPS #1 : Pelamin Sewa Vs Pelamin Buat Sendiri 


Aku syorkan kepada korang yang nak khawin tu, mohon pelamin buat sendiri . haaaaaa...Sebabnya.....
Sekarang Sewa  pelamin dah berapa? U tell me?  tak ada 3k Jangan harap dapat sewa dik .Melainkan korang jenis duit kepuk kepuk tak kisah duit habis it's okay i wont judge you .

Kenapa aku suruh buat pelamin sendiri ? sebab sekarang orang guna sofa sebagai pelamin kan? Bila korang beli sofa ianya akan menjimatkan kos korang di masa akan datang. Kalau sewa habis majlis kena pulang dah segala bunga ros , kerawang pusar-pusar tu, dengan sofa empuk tak ingat tu semua kena pulang awak. Baik awak beli je. Kat ikea sekarang kan ada promotion. Bukan ikea je mana kedai lah You name it .

ini  baru rm1199 harga promosi dekat ikea. Mesti korang rasa ala tak sama macam kat tempat pameran pengantin tu. Ala tak ada duit la nak beli " Tolonglah wake up ... HELLLLO...... tu semua permainan minda korang jelah. beli ini dan korang dapat duduk dengan selesa di majlis korang dan poket korang jugak selesa lepas korang khawin. Kalau nak sangat sama dengan pameran pengantin korang  beli je la bunga ros hidup banyak-banyak decorate sendiri! Jangan malas kalau sayang poket aihh peninglah dengan u guys ni! *tetiba emo*


okay aku bagi contoh design pelamin dari rins suzana
korang amati betul betul rekaan nampak mewah rins ni :)



Tak apa berbelanja lebih sikit , kalau beli lepas khawin semua ni korang punya . Tiru je design design dari wedding planner apa salahnya demi kebahagiaan poket korang jugak kan? Bak kata pepatah orang putih "killing two birds with one stone"

TIPS#2 : Guestbook / Candy Booth


Aku tak tahu siapa start trend ni tapi aku akuilah yer perempuan ni mudah terpengaruh dengan benda benda comel disekeliling mereka tapi ada yang melampau lampau . Sikit sikit dah ler akak tapi kalau nak jugak aku bagi suggestion korang DIY je . Macam mana?


tengok gambar gambar kat bawah



gambar sumber google. Nampak class kan?  irine nadia pun ada beli untuk majlis baby dia tau. Benda nampak classy macam ni tak semestinya mahal :)



baby fiska medina nampak comel. Simple yet classy ni barang TYPO la ni 
credit : irine





Ni pulak  gambar Maria elena punya wedding credit to blog honeykoyuki (fatin liyana adik ipar maria)
Fatin cakap bunga bunga bunga yang nampak cantik gila ni dia beli kat kedai india jual bunga sembahyang tu je. Sekarang korang percaya tak cakap aku betapa sebenarnya untuk mendapatkan hasil terbaik tak semestinya memerlukan sesuatu yang mahal :)



TIPS #3 : Photographer

Aku perhatikan trend sekarang memang pesen habis duit belaka, tapi tak apa kalau korang berduit . Macam aku cakap tadi .. i won't judge you. Tapi problemnya yang duit tak ada tapi sanggup berhabis habisan demi  gambar yang cantik. My dear.. It's okay kalau nak gambar cantik. Zaman sekarang ni photoshop ada, macam macam ada. Kalau rasa memang nak sangat-sangat pakai photographer yang boleh snap cantik tapi nak budget low sikit aku cadangkan korang cari student art and design yang reti tangkap gambar for sure ( mostly pandai siap ada advance skill editing lagi). Sebab ada aku jumpa masih belajar tawarkan service macam ni. Hasil dia? Perghhh macam professional ! 
ececece promote lebih ;D







okay itu je la 3 tips  yang aku rasa sedikit sebanyak mampu membantu mengurangkan belanja khawin korang tak usah la berlebih lebihan sangat . Benda untuk sehari kenapa nak merana seumur hidup gara gara duit tak cukup dikemudian hari kan? :)



P/S: khawin cepat, jemput aku! :D











1 comment:

Wahidah BME said...

Hihihihi. Comelnya post ang una. I like ! Bila pk mmg betol. Segalanya atas pd diri kte sendiri. Nk xnk je kn una ^^ Wt sendiri pn byk kelebihannya.. So una can be wedding planner !!!!

💝 Anniversary Trip To Jakarta