April 1, 2014

Cousin's solemnization day and my 23rd birthday celebration.



Gambar intro je dah besar alam, jadi agak agak sendiri la majlis ni sebenarnya camne :D
captured by : me
location : Taman bernam baru tanjung malim (depan bilik pengantin)
27/03/2014

beberapa hari lepas bersamaan 27/3/14 usia aku telah genap 23 tahun.  Namun aku tak sempat nak celebrate untuk diri sendiri waktu tu sebabnya aku kerja, dan malam tu aku kena rushing naik train ke tanjung malim. Maklumlah , esoknya cousin aku ila, bakal diijabkabulkan sudah tentulah aku taknak terlepas melihat upacara akad nikah dia ye dak?. Jadi dengan keterujaan yang membuak membuak daku pun menaiki train , tapi macam biasalah train akan singgah KL Sentral dulu, nak dijadikan cerita masa aku ambik train dari KL Sentral ke tanjung malim, aku tak dapat masuk coach wanita sebabnya aku tak larat nak kejar maklumlah letih, bila masuk tu aku cari tempat tersorok sikit dengan harapan tiada siapa akan menganggu ketenangan dan kedamaian aku.


Tuntas,
sangkaan aku meleset jauh sehingga ke planet marikh. Baru je aku melabuhkan punggung(ceh ayat novel sangat), tetiba datang satu couple lingkungan umur 13,14 tahun duduk betul betul sebelah aku. Okaylah kalau setakat duduk, aku ni tak adalah kesah sangat. Sekali diorang buat drama kasih sayang pulak kat situ. Kalau engko , apa perasaan bila engko tengah penat gila bapak, ada couple buat perangai haramjadah camtu? Kalau sembang je aku tak kisah la, ni segala aksi suami isteri mereka tunjuk depan aku. Last last aku tak tahan. aku sound , "dik kalau adik rasa tak tahan sangat keluar je la dari train ni, pergi cari mana mana hotel. Takpun engko suruh jelah boyfriend engko ni masuk meminang lekas, jadi tak payah korang berdua buat aksi terkutuk depan akak ni. Akak penat ni dik, jangan sampai korang berdua jadi arwah tak sempat taubat pulak"

lepas tu diorang betul betul keluar dari train, takperlu lah aku mention diorang turun station mana, yang pasti sampai sekarang aku ingat muka mereka berdua.

okay rasa cam tak caya kan aku cakap camtu? hakikatnya itulah perkataan pedas yang akan keluar bila kesabaran aku dah lebih dari limitnya.


okay tutup kisah menggelikan terbabit, lepas je aku sampai kat stesen tanjung malim,  tadaaa surprise pertama aku dapat ialah paksu aku pun join sekaki jemput aku dekat train bersama dua cousin aku yang ohsem lagi comel*kipas* hiks, happy  sangat selalu waktu raya je jumpa sebab dia mengajar kat sabah. Sampai je rumah maklong, aku dapat surprise ke dua! aku dapat cake hari jadi woiii! ;D . Sungguh terharu , sampai rasa nak pengsan *okay ini tipu*


kek yang di maksudkan sedap engko, ada oreo lagi  thank you maklong paklong! ;D


Lepas tiup lilin je aku pun hadap kek tu secara haloba. Punyalah ingat tahun ni birthday paling relak sempoi  sebab aku tak ada masa nak sambut birthday  bla bla, mana nak sangka ada orang sanggup buat surprise cenggitu. Terima kasih facebook, sebab anda orang ingat birthday saya .. mih mih mih.


selesai menketedarah, aku dengan cousin aku gigih nak inaikan cousin aku yang nak khawin tu. actually aku tak ada menginai pun , aku tukar tangkap gambar je, kengkonon live update la .. hikhik, kendian aku pun tidur dengan bahagianya..

28/3/2014
pagi pagi lagi daku dengan yang lain termasuk atuk, opah dan segerombolan makcik dan pakcik melekat sticker dekat door gift.Dekat seribu setengah gak ar doorgift terbabit, mujur kami ramai so tak sampai setengah hari pun dah siap dah..


sang atuk tengah isi cekelat manakala dibelakang adalah gambar pengantin tengah di inai.

malam tu, rombongan pengantin lelaki dari ampang pun tiba tetap tepat pukul 9, dan acara pun berlangsung , tak ada balas balas pantun dah, mukadimah sajelah. Aku tengok mata cousin aku berair, dengan tak semena mena aku pun jadi sebak sekali. Cepat sangat masa berlalu, dulu memasing comot je , dia lah ketua kami cousin cousin ni sebab dia paling tua. Dulu macam macam benda gila dia ajar aku, termasuklah panjat pokok pelam dan panggang ikan tanpa buang isi perut. Pengalaman manis ni aku akan simpan sampai aku mati.Seriously banyak aku nak coretkan kat sini, kalau boleh segala kenangan kitorang bersama aku nak tulis tapi takpayahlah tamak sangat esok lusa boleh cerita lagi.


abang mil dengan ila a.k.a intan. Jangan confused nama penuh beliau nor azila intan, tapi family panggil ila je :)


Ila sah di ijab kabulkan je , tak lama lepas tu pengantin lelaki balik bersama keluarganya, tunggu esoklah sebab esok baru majlis bersanding kan.. Jadi bila majlis akad nikah selesai, aku ika dan fadhilah Berjaya melarikan diri ke tutti frutti. Yelah engko dari siang berhempas pulas , malam kami rilek rilek je lah ye dak?


29/03/14


gambar ketika pengantin bakal diarak ke pengantin lelaki  yang jadi pengapit tu pikah cousin kami jugak ;D


pengapit lelaki tu nama dia amir, juga cousin kami psst dialah yang bertunang haritu , khawin pun tahun ni gak.
happy nye la hati teman , tak lama lagi dapat kami anak buah reramai mihmihmih ;D








antara babak babak pertemuan terbabit, amboi pengapit yang senyum meleret. Sabar ya masa kau akan tiba tak lama lagi. Nampaknya misi diet aku akan gagal lagi, mana taknya asyik jamah nasi minyak dengan kek pengantin je :D

Aku happy betul hari tu sebab lauk yang dihidangkan semuanya sedap sedap belaka, dah sedap banyak plak tu. Memang gembira la hati nurani ni. Ohh yaa masa tu cousin aku 2 orang jadi pengapit. Amir jadi pengapit lelaki, pikah jadi pengapit perempuan. Alhamdulillah kenduri berlangsung meriah lagi dengan kehadiran band FA SO LA studio. 
pengantin turut bernyanyi bersama sementara kami kat  depan tengah menjerit jerit menyanyi dengan bahagia ;D

Mula mula aku tak layan sangat lagu band terbabit kendian, dapat tahu boleh request lagu sampai pukul 4 petang kami dera diorang menyanyi . Keji bukan? ;p . Tapi serious cakap, memang aku betul betul enjoy la sebab kami dah buat macam mini concert la kat situ, siap pengantin menyanyi sekali,photographer pun sempoi siap join sekaki. Ahhh awesome giler la citer dia.


barisan vokalis dan musician Fa So La  klik sini untuk ke page mereka




semoga korang berbahagia sampai bila bila aku suka colour baju ni, warna gold champange ;D


30/03/2014
Majlis selesai dah semalamnya jadi pagi  tu kami pun layan cerita kami histeria dekat smart tv rumah paklong. Asalnya nak tengok malam , tapi internet connection was lembap, so kami pun tengok pagi tu. Kendian, aku pergi laundry sebab hari tu aku dah nak bertolak balik rumah sewa, and aku malas bawak balik baju busuk. Kami pergi bertiga je, aku , jannah dengan fadhilah. 1 jam setengah engko kami tunggu siap dry cleaning tapi apakan daya , 6 minit terakhir ada seorang makhluk tuhan ini telah tersilap masuk coin ke machine aku. maka bertambahlah masa aku dari 6 minit ke 45 minit. T_T dahla kena ganti duit dia, sepatah sorry pun tak ada. Apakah budi bahasa sudah pupus di alam fana ini? Oh tuhannnn sungguh ciskek perangai beliau.


Jadi untuk menghabiskan masa, kami berjalan jalan ke proton city, sempat jugak la kami belasah nugget kat situ. Balik tu kami sambung karaoke di rumah, dari lagu melayu, korea , orang putih last sekali lagu Hindustan plak. Settle karaoke, pak ngah menjemput aku pulang, sedih tu tak yah cakap. T_T ikutkan hati isnin tu nak cuti dah tapi sebab fikir tanggungjawab pada kerja yang bersisa, daku redha pulang ke rumah sewa . Sebelum sampai ke rumah sewa tu sempat gak la jalan jalan seksyen 7 jap kemudian singgah makan kfc setia alam dengan pakngah , mini celebration birthday makngah pulak. Sampai rumah aku terus tidur.




P/s; Okay tu je la serba serbi cerita panjang dari aku, Ini mungkin adalah entry paling panjang yang pernah aku tulis .








No comments: