August 7, 2014

My new Obsession : kenapa perempuan gila nak cantik?, senarai produk yang bagus dan tak bagus.

assalamualaikum..

hai korang! lama tak menulis kat blog ni. rasa janggal pula. Hmm diam tak diam puasa pun dah habis.. raya pun dah berlalu. Seiring peningkatan usia. Fine line pun dah appear di bawah lingkaran mata! Eyebag pun semakin gelap... mungkin sebab collagen dalam badan dah berkurang. Kepada sesiapa yang suka tidur lewat tu hentikanlah.. sebab eyebag ni dia nak muncul bukan sekelip mata..Dia muncul bertahun tahun lepas tu. Aku syak ni sebab waktu aku study dulu selalu tidur lambatlah ni sebab tu jadi macam tu. Jeragat pun kemain lagi  muncul tanpa segan silu. Muka macam dah dimamah usia. Dengan saiz badan umpama beruang kutub yang memburukkan lagi keadaan. Bila pergi mana mana...
mesti orang panggil kak,makcik walhal umur baru cecah 23 tahun. Terhina bukan?  yang panggil kak dengan makcik tu pulak rambut dah tumbuh uban .. eeee bagaimanalah tak pilu rasa hati ini? menggigil je tangan menahan rasa...

amboi ayat novel sangat ... macam drama swasta pulak.



Ni gambar terbaru gua. Masa lepak taman petang tadi. Inilah rupa sebenar tuan blog selama ini.
Ya  manusia penuh ketulan daging dan lemak ini adalah saya. Selalu tangkap gambar close up terus muka kan? sekarang gua reveal muka sebenar gua. T_T
Macam zombie kan muka tanpa make up ni? Tapi takpelah zombie zombie pun ini adalah tubuh yang dipinjamkan olehNYA kepada aku. Aku je tak pandai jaga *teriak kuat kuat* T_T
aku ni bukanlah apa .. naklah jugak merasa jadi gegadis ayu. Hati pun tak adalah nak berniat  yang tak elok.. Nak cantik cantik pun bukan nak mengorat jejaka idaman.. cantik untuk diri sendiri. Bila scroll gambar gambar kat instagram " eh lawanya dia ni, dia makan produk apa? nak nak pulak bila terscroll gambar fathia. Automatik menjejes air mata dan air liur. "awat segak sangat tak tau" cemburunyaaaa. Tapi sampai bila nak cemburu cemburu je kat orang ? tak teringin ke nak memperbaiki diri sendiri? detik hati aku.
 
oleh sebab sejak dua menjak ni ramai asyik tegur, " eh kau taknak kurus ke?"
eh muka dulu licin sekarang banyak jeragat la.. tak takut ke? Teguran teguran tu membuatkan aku trauma nak berjumpa makhluk makhluk kat bumi ni. Tapi aku sedar, kita kat atas dunia ni kenalah ambil sisi positif dari setiap teguran jika teguran tu kearah kebaikan.





demi memperbaiki diri sendiri aku pun belilah satu produk ni. Dengar cerita bagus juga. Kcolly sweet 17 collagen. Hasil review artis artis, kawan kawan blogger. Aku pun ambik inisiatif cuba produk ni. Harini baru hari ke 3 aku consume produk ni. Jadi sepanjang 3 hari ni tak ada lagi perubahan dari segi warna kulit , sebab masih baru lagi kan? . Tetapi dari segi kesihatan aku kagum, kcolly ni buat kita rasa haus dan consume banyak air putih. Bila minum banyak air , automatik kita rasa cepat kenyang. Dan yang paling aku suka ialah urine aku biasanya berwarna agak kuning (sebab selalu minum air bergas, minuman manis) kini berwarna putih. Itu adalah satu perubahan yang sangat positif bagi aku.Lagipun bila consume kcolly ni kita tak boleh minum minuman bergas, dan bercaffein lagi. Harap harap aku istiqamah dan konsisten dengan produk ni. Jadi lepas ni boleh lah aku kurangkan dan kalau boleh berhenti terus minum minuman berkarbonat ni.

Oh untuk  mengurangkan berat badan ni pula, kalau boleh aku dah taknak consume mana mana produk lagi. Sebabnya, aku dah serik . Dulu macam macam produk aku ambik tapi kebanyakan produk ganggu period aku. Dan salah satu produk tu disahkan beracun . Mujur aku cuma consume satu botol. Produk apa? apa lagi kalau bukan "figure up". Cousin aku makan sampai masuk hospital. Kesian kat dia. Masa aku makan bukan main lagi pening kepala aku ni. Tengok nasi langsung tak lalu makan. Semua makanan aku tak selera. Aku tak tahu apa kandungan dia. Risau pula aku nak try lagi. Oh cuma ada satu produk bagus keluaran dr rodzmey. Dulu waktu study aku ada makan. Jusmate 5. Produk ni betul betul bagus, Sebulan aku turun 5 ke 10 kg . Tapi lepas tu aku berhenti makan padahal ada 1 kotak lagi tak habis. sebab apa? sebab aku sayang nak makan ubat tu sebab aku dah stop jogging masa habis belajar.Duduk rumah tidur jer. Bila start semangat nak jogging balik, nak makan ubat tu tengok tengok dah expired date. Nak buat macam mana? silap sendiri. Hehehe .sekarang ni bila nak beli ubat tu lagi rasa sayang pulak duit. Sebab ubat tu mahal. RM200 sekotak. 3 kotak = rm600. Dulu tak sayang duit sebab duit parents. Sejak bekerja ni baru tahu betapa susahnya cari duit. Tu yang tak sanggup nak beli lagi hehehe. Apa apa pun kalau jusmate5 tu masih ada lagi, korang belilah kalau nak. Mesti tak menyesal. It's works great on me . Kalau nak minum , minum sebelum jogging. Sure rasa bertenaga.


ini bukan entry berbayar yer, ini testimoni ikhlas dan telus dari aku.

oh berbalik kepada k colly.

Berapa harga kcolly ni?

Market price = rm169
tapi korang boleh jumpa yang murah di instagram. Aku beli kat kedai jamu jer. Pastikan original. Bagi korang yang memiliki smartphone, sila download apps scanner life , dan scan barcode sebelum beli di kedai. Kalau tak dapat scan jangan beli. Untuk mengetahui samaada kcolly tu original atau tidak. Dia ada barcode kat  jar dan expired date bahagian bawah botol . Tulisannya jenis timbul timbul. Ingat ya jangan mudah terpengaruh dengan kcolly yang terlalu murah. Setakat ni ada yang jual rm98,rm100,rm110,rm130. I got mine for rm110.


Dekat mana nak beli kcolly ni?
trusted seller di instagram = fannalatiff (fathia pelakon tu punya sister)
atau toko toko jamu, kedai kedai ubat yang berdekatan cari je, ikut je kaedah yang aku bagitahu tadi.


Pantang larang semasa makan collagen ni
1) Jangan minum air kelapa. Ini tak ditulis di jar kcolly namun aku ambil insiatif untuk tambah tip ni supaya korang tak minum air kelapa. Seperti korang tahu, function kelapa ni untuk penawar kepada demam, keracunan makanan dan juga ubat ubatan. Bila korang minum/makan kelapa ni, automatik kesan ubat ubat tu jugak hilang. You get me? . So avoid kelapa.

2) Jangan minum minuman bercaffein. Ikut sahaja arahan ini dan jangan banyak Tanya haha. Sebabnya aku tak tahu . Kena Tanya pembuatnya.

Macam mana nak dapat kesan effektif?
Sila minum banyak air sekurang kurangnya 3 litre . Kalau tak mampu 3 litre seeloknya 2 litre lebih. Ibarat korang minum 2 botol besar air mineral tu. Kira jadilah tu.





No comments: