September 27, 2014

Shopping Lagi Di SincerelyByUshawls





Assalamualaikum,
Hai korang!  harini aku telah berjaya sekali lagi MERANAPKAN purse aku bila kawan aku yang tengah pregnant sekarang ajak aku kesitu. Aku tahu kalau aku kesana je tak sah aku tak beli walaupun satu. Sila lah layan gambar gambar di bawah ya gegadis cantik sekalian alam.





Antara section yang comel comel dekat sini

Yang ini salah satu tarikan la jugak. Chiller dekat  second floor ni penuh dengan makanan makanan yang sedap.
Rasa nak je makan semua . Amboi halobanya !


Antara collection square scarf yang menanti korang disana. Aku dah memiliki satu jenis printed scarf ni waktu  sbu launching haritu.Mujur poket aku dah bagi warning masa tu kalau tak balik rumah makan maggie la jawabnya. Hehehe rasa nak histeria, rasa nak peluk satu satu shawl tu adalah satu benda normal bila korang dah masuk butik ni. Semua benda nampak kiut . Termasuklah adik adik yang kerja jaga butik tu. Rasa nak je bungkus diorang sekali. Eh? :D


Memandangkan belum gaji lagi, ini jelah aku mampu beli. Ini pun ihsan duit bussiness aku tau. Duit gaji aku lama dah Habis . Aku beli cardigan dan sehelai Shawl Plain Mustard. Cardigan ni vendor dia ialah Dolce Amira dan shawl ni pulak SBU collection.Maklumlah bulan ni nafsu shopping tu melampau lampau. Nanes la macam ni T_T



Kiri adalah gambar ibu mengandung yang mengidam nak kesini tu. Tu tengah rambang mata la tu. 
Silap silap baby dalam perut tu yang bisik kat mak dia suruh beli shawl yang mana ekekeke. Kanan pulak tempat shawl shawl digantung kemain cantik. Dah kata dah semua benda dalam ni cantik. 
Tengok patung tu pun rasa macam nak bungkus kan? :")


Sabun permaisuri negara pun ada dekat sini. Sabun Cathy Doll sabun emas yang popular dekat instagram sebab dijuaL oleh secantik comel aaakid. Rasa nak try tengok macam mana  kalau putih boleh la beli bebanyak . Nak jadi permaisuri negara jugak uolzz..




Yang belum datang lagi ke sini , bolehlah datang . Jangan risau harga  affordable. Mampu milik. Oh lupa yang aku
pergi ni SBU shah alam. Ada Signboard besar besar nama SincerelyByUshawls.Bangunan sebelah kedai mamak pelita.
Inshaallah  tak ada aral aku mesti datang sini lagi, Bukan jauh pun 10 Minit je dari rumah sewa aku. Lepas ni kalau ada kelapangan waktu
aku nak ke House Of Doll, Wander by TudungPeople pulak :D



P/s: Duit oh duit turunlah dikau seguni dua, daku ingin shopping lagi.


2 comments:

Anonymous said...

Una una. Bila nak belanja aku shopping moping ni.

Tulusly,
Hajar DDA :]

Unamn said...

hehehe mailah sini.. hajar komfirm aku belanja :D

💝 Anniversary Trip To Jakarta