December 31, 2015

Review: The Best Korean Cuisine In Kuala Lumpur



Assalamualaikum, selamat malam warga dunia!
seperti korang tahu aku ni bukanlah penggemar kpop, korean food semua tu. Namun begitu sebagai universal food lover aku pun mesti terasa nak try korean food ni.
oleh sebab cousin cousin aku semua memang penggemar kpop and suka makanan korea
haruslah aku terjebak sekali. 


ahad lepas, satu rumah aku demam termasuk aku sekali. 
aku ni seorang manusia yang memang kecik kecik duduk kampung kalau demam mestilah teringin bubur nasi, ikan bilis goreng rangup dengan kicap. Tapi sepupu aku yang kaki korea ni teringin nak makan bibimbap la sup rumpai laut la. 

beginilah conversation sebelum pergi tu

bella : jat ... aku teringin nak sup rumpai laut dengan kimchi. sedapnyaaa 
aku : haa? menatang benda tu weh?
bella : makanan korea la...
aku : hahaha pelik pelik la ko ni bella. makan je la bubur nasi weh.
bella : tapi aku nak sup....

lepastu aku pun bersiap siap la, dah orang offer nak belanja kan. 
sampai sana kau . haaa ambik! memang aku rasa macam kat seoul terus..


location : sebelah starbucks bahagian luar level G di Nu Sentral.
kalau dari dalam bangunan  tu sila cari cotton on. sebelah kiri cotton on tu ada lorong .perasan sebelah tu ada starbucks kan? okay sila jalan keluar terus je boleh nampak dah kedai ni.








ini makanan yang aku pesan hari tu. serious sedap gila bi bimbap beef ni.
dah la panas panas. aku tengah taip ni pun kecur air liur guyss T_T






sorry aku tak pandai sangat ambik gambar dari atas ni . tapi inilah rupanya 
makanan yang kitorang makan haritu. yang warna putih nama dia 
jjin mandu. ye betul korang tak salah baca memang ejaan dia macam tu 

aku tahu korang mesti pelik macam mana cara nak sebut dia. 

aku sebut camni "jijin mandu"

HAHAHAHA actually aku pun tak tau cara sebut dia. asal ada bunyi sudah.

jangan pulang engko pergi sebut JIN JIN MANDUL.
sampai ke sudah tak dapat makanan tu.

JJIN MANDU ni sejenis dumpling . tepung macam kuew teow tu tapi lebar dalam dia ada isi .
isi dia isi ikan + ayam + sayur. rasa dia?


sedap guys. korang mesti kena cuba. aku tahu ada sejenis makhluk kat dunia ni yang skeptikal
fikir makanan tu semua tak halal. Guys. seriously makanan dia HALAL. tak ada sekelumit perasaan ragu ragu pun masa  aku makan kat sana. actually aku dah pergi makan 2 kali minggu ni.

second visit aku pergi dengan dia. aku sengaja pengaruh dia  try benda benda ni
sebab sebelum ni aku sama je skeptikal macam orang lain.

for the second visit aku makan benda ni .



korean abc ataupun fruit bingsoo.
harga dia rm11 je. murah kan? sebab fresh fruit dia 
dengan ice dia yang creamy tapi tak manis. buat aku rasa ketagih
ni kalau bubuh 14 mangkuk depan aku ni pun tak ada hal lah aku nak habiskan! haha

lepastu aku ada gak ambik bibimbap beef.kalini aku mintak yang tak hot punya sebab aku ada ulcer.
susah pulak nak makan kalau panas sangat. 




dia ambik rameon beef. ni la rupanya kalau bukan hot plate tau guys. hot plate bermaksud 
keadaan makanan korang adalah panas. dah biasanya hot plate warna hitam.
dia makan ramoen tu sampai sepatah perkataan pun tak keluar.tu kira sedap sangat la tu. Harga untuk bi bimbap beef ni adalah rm21 termasuk gst (kalau tak silap). Untuk rameon harganya adalah rm18 kalau tak silaplah. kalau silap maafkan saya.  huhuhu



oh ya kalau korang nak baca review pelanggan setia diorang boleh ke website zomato.com.my
cuma perlu type di search bar nama outlet ni sure jumpa punya.


selain di nu sentral  b.bap ni juga beroperasi di ioi mall puchong. so orang puchong tak payah susah susah nak datang nu sentral .




akhir kata selamat menjamu selera dan selamat tengah malam guys! :)



p/s: lepasni apa akan jadi? tuhan je tahu. esok aku last day. sedih pulak nak say bye bye kat diorang







December 24, 2015

Tutorial online shopping di Zalora (Entry Bergambar)



Assalamualaikum,
selamat tengahari korang dan salam maulidur rasul. Hari ni ahkak nak "Payung" sikit
tutorial pembelian dari zalora. Meskipun kaki shopping sekalian dah biasa beli dari zalora namun janganlah anda begitu angkuh . bagilah daku chance nak buat entry ni untuk rujukan mereka mereka yang nak beli tapi tak yakin. nak beli tapi takut atau tak reti. 

okay cut the crap, mari terus kepada tutorial shall we?







first step, sila pergi ke laman web zalora dan daftar akaun korang. free je sign up silap silap boleh dapat discount voucher lagi. sekarang  kan tengah YES(year end sale) so sure banyak barang barang murah gila korang boleh dapat. kalau dah sign up proceed kepada login. 


dah sign up? dah log in. sila jangan lupa ya letak alamat korang. better letak alamat rumah yang berpenghuni la. jangan la pulak korang duduk universiti, parents pergi travel ko letak alamat rumah . lepastu kau nak expect barang kau sampai cepat. =-=' sila lah logik sikit. lepastu alamat tu biar jelas, janganlah tulis short form. ko ingat posmen tu semua ada masa nak cari maksud shortform kau?
kau ingat diorang tak ada kerja lain? *eh emosi tiba tiba*




lepastu korang scroll la carilah baju mana yang korang berkenan. oleh sebab aku minat baju 
ni . nampak macam kewl gila kan ( read : cool). nak order tu kau click la add to bag.
jangan pulak click add to wishlist. memang masa checkout tak adalah benda tu keluar. 
ingat tau. add to bag tau. lepastu jangan lupa  pilih size yang betul. korang boleh check ukur lilit sekali so tak adalah sampai sampai size tu terlalu besar or terlalu kecik untuk korang.


okay ni adala payment method. so korang kalau prefer cod. boleh la click cod. tapi aku prefer by post je. so aku proceed dekat online banking. siapa ada credit card pun boleh jugak.online banking korang boleh guna maybank2u, RHBnow,CimbClick,Ambank,Hong Leong dan Pbe Bank sahaja.



after check out, buat payment semua dia akan keluar macam ni. 
ni tandanya order korang dah confirm. nanti korang boleh track barang korang tu dekat mana.
mudah gila kan?




nanti barang aku dah sampai aku update lagi. ni honest review tau.  kalau aku rajin aku pergi la posing dekat mana mana dinding macam remaja hipster dekat luar sana. ekekeke



p/s: k guys aku nak pergi kerja ni. 


December 23, 2015

3 PUMA SHOES FASHION LOOKS



hello, assalamualaikum selamat pagi warga dunia
eceh macam satu dunia pulak baca blog kau una. pagi ni aku nak buat review sikit satu jenama kasut kesayangan ramai. apa lagi kalau bukan PUMA?


Puma ini dia sejenis kasut yang ada banyak varieties tau guys. berbagai bentuk yang boleh fit lifestyle kita. Kalau korang dah bosan nak pakai high heels,flat shoes atau sandal korang kena try puma ni sebabnya korang bukan je boleh nampak stylish tapi korang membahagiakan tapak kaki korang! comfort is the key guys! tak guna jugak kalau beli kasut harga beribu ribu tapi end up dalam kotak je betul tak betul tak?Haaaa... so apa apa pun cari yang selesa. Oh ya lupa nak bagi tahu sekarang zalora ada menawarkan harga special tau so sila click link ini Puma shoes collection (click la click la mesti tak menyesal) 


sebenarnya ada banyak cara korang boleh mix and match pemakaian kasut puma ni dengan outfit korang. antaranya dekat bawah ni. 

without a further a do. let get's started! 


1.    Casual




 okay girls, ini adalah contoh cara korang boleh gayakan puma shoes ni dengan outfit korang.style gila kan? berdarah hidung member member korang tengok korang bergaya macam ni. haruslah berebut rebut rakyat jelata nak beli kasut ni selepas ini. (sesungguhnya aku pun dah tergoda dengan design kasut ni) ko tengok tapak pun dah tahu selesa guys. dah la selesa, cantik plak tu . nampak tak colour dia yang super bright tu? aku tahu korang dah terkinja kinja dah tu. sabar sabar habiskan bacaan korang dulu macam mana pun hehe.




2.    Sophisticated


ramai orang berpendapat kalau nak nampak sophisticated je kea pakai high heels. sebenarnya boleh je kalau nak pakai sport shoes dan nampak elegan. key dia ialah pemilihan baju yang sesuai, colour dan style dia. contohnya macam dekat atas nilah. korang boleh nampak macam seorang perempuan yang lembut dalam masa yang sama stylish dengan kasut puma ni. Nampak tak colour dia yang lembut tu boleh match dengan banyak outfit korang. korang bukan je boleh pakai pergi kerja. pergi mall pun boleh guys. sure nampak memukau gila.


3.    Feminine



siapa kata pakai sport shoes tak boleh nampak feminine? korang tengok model dekat atas ni.
dia gayakan kasut puma ni dengan  dress . still ada feminine look kan?
tahun 2015 ni menyaksikan banyak perubahan fashion dekat dunia ni. Dan Puma antara leading shoes brand yang aware dengan perubahan fashion dekat dunia. korang boleh jumpa ke sport shoes yang stylish macam ni dekat luar? kebanyakannya design sama je. Okay untuk try this look korang boleh padankan dengan apa apa dress or midi dress. kalau nak pakai dengan skirt labuh pun boleh .
yang penting kena confident. lagi lagi bagi  hijabista dekat luar tu. jangan takut nak bergaya. tak adanya orang pandang pelik. nampak lebih elegan and feminine adalah. Kasut kasut dari  Puma ni boleh serlahkan gaya feminine korang tau. Tengoklah dengan dia punya tapak macam heels tapi selesa tu. aishh takkan tak teringin kot?


hahaha aku tahu korang teringin sebab aku pun sama. dah teringin jugak! 

So apa lagi?

bila lagi nak ber PUMA?




tak tahu nak beli dekat mana? beli jelah dekat zalora!  dijamin murah, berkualiti dan original.


p/s: phewww tak sabarnya nak tunggu duit gaji masuk! aku nak beli satulah! 

December 21, 2015

Music and me : kenali siapa insomniacks






hello happy cracky people! 
sebelum aku nak introduce korang kepada ahli group insomniacks ni , apa kata korang bukak video dekat atas ni dulu. 


okay dah  dengar cover diorang? 
i know what you guys think.cool gila kan? susah nak jumpa orang boleh cover lagu blink182 ni dengan jayanya dan sesedap ini. and kalau korang perasan diorang ada tambah lirik sendiri dekat belakang.



aku dapat tahu pasal diorang ni start diorang buat cover dengan johanis sani. siapa tak kenal jo?angkat tangan? okaylah  siapa yang layan vine dekat sini dan familiar dengan viner acidgaf?

yelah acidgaf tu jo lah.


semua orang tahu jo ni suara dia sedap. come on... walaupun dia ni ramai haters sebab keseksian dia tapi please put aside those negativity. as a music lover, i appreciate her talent and selalu la jugak aku pergi layan cover dia dekat youtube. so start dari situ aku discover this group.




insomniacks dianggotai oleh

syed amir iqbal,danial,iskandar dan gavin

dari kiri iskandar,syed mir iqbal(iqie),danial and gavin


okay aku faham diorang ni muka cute cute hensem hensem. dah dah la tu cair adik adik sekalian. 



oh ya kalau ada sesiapa nak contact group ni untuk advanced booking or any other event related  . boleh la ke instagram diorang di @insomniacks.my
 ataupun email je di insomniacks.my@gmail.com


social media diorang pun boleh jugak. lagi senang for fast reply.
tapi jangan pulak korang sesaja mintak no gatal berkenalan . akak hempuk korang nantik dik.

hahahaha


ni link twitter &  personal instagram mereka mereka ini.

danial: https://twitter.com/danialdoodye , ig @danialdoodye97
syed mir: https://twitter.com/IqieMercury , ig @iqie
iskandar: https://twitter.com/iskandaaaaaar , ig @waiskandar
gavin: https://twitter.com/GaVvinZz , ig @gav27_


oh ya budak budak ni student lagi, so kalau ada event organizer nak cari someone untuk memeriahkan majlis korang, boleh la panggil diorang ni. support sikit adik adik ni. support usaha mereka yang berbakat ni macam support industri muzik tanah air jugak kan?



p/s:  rindu pulak nak tengok orang busking.  :)

December 19, 2015

FOOD REVIEW : 4 FINGERS MIDVALLEY YANG MENGGIURKAN




assalamualaikum , hai!
lama dah kan aku tak buat food review? sebabnya aku biasa makan benda benda sama je. semalam aku teringin pulak nak try satu kedai baru ni. so aku ajaklah member member aku pergi. siapa lagi kalau bukan mikey dengan weng yan. mula mula tu aku ingat macam mahal sangat tapi bila aku phamplet dia lahai! standart je harga dia. so why not?


PRICE 

untuk seorang makan complete set rm20.90 . satu set ada 6 pieces ayam. 6 okay! ada fries, ada air.
ala kira macam ko makan kfc gak la. cuma rasa dia berbeza. jauh beza dari mcd,kfc,texas semua tu.


rasa dia memang win! kau tengok jela gambar kat bawah ni k?


oh dia pun ada set jimat untuk 3 orang . rm54.70 je untuk 3 set . mengandungi 18 pcs ayam
perisa dia kami campur campur. sos dia punya nama memang aku tak ingatlah . dah nama pun baru sekali makan kan?







TASTE 
rasa 4 fingers ni of course la sedap. apa yang unik dia kat sini rasa fries dia. dia ada dua perisa samaada kimchi atau seaweeed. bagi manusia yang tak suka kimchi atau seaweed jangan risau rasa dia tak strong sangat pun. cuma just nice . tak terungkap kesedapan dia tu.


aku puji ikhlas ni kau tahu. kau ingat owner 4 fingers tu ada payung aku makanan free ke?
(ekhem kalau anda baca entry saya , nak payung pun takpe saya suka benda benda free ni)

ni muka peneman aku semalam. actually ni semua idea aku dengan mikey. lagipun ni kan last month aku kat sini. so kira macam spend masa masa la konon ni har har har



lagi satu uniknya kat sini. lepas je kau order makanan dia bagi kau air dengan 
benda ni. mula mula aku cam terpinga pinga gak. rasa nak mengamuk pun ada! 
woi mana makanan aku woi! aku nak makanan ni apa benda bulat kau bagi aku ni?
(aku memberontak dalam hati). aku usha pelik je kat cashier tu.

CASHIER TU TENUNG AKU, AKU TENUNG CASHIER TU

last last mikey ambik benda tu dari tangan aku.

dia kata  : hei una, u  jangan bagi malu i. ni benda bila bunyi nanti baru kita pergi ambik makanan kita.
nampak ni! baca!




hahaha tersipu sipu aku kat situ. terus senyum kengkonon ayu padahal kau...

sikit je lagi nak bertukar jadi hulk. aku kan kalau dah lapar macam tak betul sikit.


oh ya location lain 4 fingers ni aku tak tahu. kalau nak datang midvalley je k?


dia terletak dekat lower ground. kau jangan cari kat tingkat lain sampai kiamat la kau tak jumpa.


hahaha.


k aku nak update entry lain plak kejap lagi. bye bye korang XD



December 15, 2015

Jangan Buruk Sangka pada tuhan, unselfish love dan cara hidup lebih gembira! :)







aku kan bila nak move on dari sesuatu. aku suka delete gambar gambar berkaitan dengan past life tersebut. menyesal? memang adalah jugak rasa menyesal tu. tapi tak banyak , sikit je la.



tapi fikir fikir balik, buat apa aku nak simpan benda benda yang menyakitkan hati sendiri?
lebih baik buang. dengan cara tu aku lagi gembira, dapat hidup normal semula .



kalau aku tengah moral down ke, semangat tak kuat ke. aku akan bukak youtube cari video michelle phan. michelle phan ni meskipun bukan islam, tapi kan dia punya positif side tu kau boleh contohi.


dia tak pernah buruk sangka pada tuhan. tak kisahlah walaupun dia christian tapi kan dia memang memandang positif pada semua perkara.



kalau benda buruk jadi pun dia masih boleh senyum,boleh yakinkan diri dia sendiri yang itu bermaksud ada something lebih baik menanti dia nanti. benda ni yang ramai MANUSIA kat dunia ni fail nak buat.

aku sebagai muslim malu jugak dengan dia. solat tapi untuk menjadi setenang dia boleh kata kalau score mustahil tu 100% markah aku 90% dah. hahaha




jadi `aku punya life goals sekarang ialah nak jadi setenang dia dan tak bersangka buruk dengan ketentuan tuhan. terimalah buruk baik takdir aku. dengan itu aku menyeru kepada readers (kalau ada), kawan kawan semua bersangka baik pada ALLAH. ko jangan jadi hamba tak bersyukur eah! babap nanti kang! biasa diaaaa ni. *tetiba*


tapi ini BUKAN bermakna aku terima bulat bulat. usaha la bebeh..


tolonglah jangan salah tafsir ayat aku kat atas ni. Terima dengan hati terbuka lepas berusaha Bermati matian bukannya suruh kau tawakkal tak usaha langsung.


hey kemon! takkan benda ni pun aku nak ajar! (jerit)


tengok aku baru nak bertenang tadi kan. ni kenapa jadi mazmumah balik ni?





p/s: crush, aku suka tengok kau happy. ALLAH, tolong happykan crush aku ye? bagi dia sebanyak banyak kebahagiaan kat dunia ni! walaupun dia bukan untuk aku AMIN :)




note : kalau suka dekat seseorang, DOAKAN dia bahagia inshaallah Allah bahagiakan diri kau sekali. macam tu baru unselfish love.aku sebenarnya dah mintak cousin aku yang dekat mekah sekarang doakan kebahagiaan dia dekat depan KAABAH. semoga segala yang terbaik jadi milik dia. Dan untuk aku pulak? segala yang terbaik dunia akhirat untuk aku, aku mintak supaya aku happy sepanjang hayat. cukup. benda tu pun dah melebihi dari segala harta dunia atas dunia ni.



December 14, 2015

if you have a dead wish, please don't drag everyone with you




harini aku tak berapa sihat. semua berpunca daripada seorang lelaki yang sembur asap rokok dekat bus stand pagi tadi. macam nilah. aku sebenarnya tak kisah dan tak ambik peduli jika sesiapa nak merokok. it is their choice. tapi..... spesis bangang macam pagi tadi tu aku tak boleh tahan



aku dah duduk jauh jauh tau. tak tahu apa masalah mamat gila tu datang dekat sembur asap rokok dekat muka aku. sharing is caring hanya boleh dipakai jika kau nak kasi info bermanfaat ke apa. 

ini kasi asap. kepala hotak kaulah. ingat aku hadap sangat bau nafas rokok kau tu?


akibatnya pagi tadi aku terkejar kejar ke farmasi beli ventolin evohaler. 


aku dari kecik ada masalah paru paru. benda ni aku tak suka nak cerita. sebab penyakit aku bukan serious sangat. dulu ye la serious. tapi harini punya hal boleh buat jadi serious balik

6 kali weh. 6 kali aku sedut pump tu harini.


aku tak suka bergantung pada benda ni , tapi harini tahap terdesak dia tuhan jelah tahu.


sekarang dah okay sikit.


moga lepas ni tak adalah spesis bangang macam ni lagi.




December 12, 2015

Midvalley Education Fair, APEL MBA dan aku yang tengah keliru!





tadikan lepas habis kerja aku pergi midvalley exhibition centre sebab ada education fair.mula mula tu niat saja je nak jalan jalan. tiba tiba tergerak hati aku apa salahnya usha cost untuk degree sekali? beberapa tahun lepas  aku dah dapat tawaran utm space untuk sambung study tapi disebabkan aku tak dapat pergi daftar dekat utm skudai, impian aku terkubur macam tu jela.
aku ni anak first wei. macam macam kena fikir. nak nak sekarang ni kan. alhamdulillah hasil pengorbanan aku mengutamakan adik adik sekarang ni adik aku 3 orang tengah sambung degree. 
ini semua permintaan mama aku. 


kau sebagai anak mesti rasa nak happykan orang yang kau sayang betul tak?  and this is the only way.
oleh sebab aku dengan mama tak berapa rapat so ini jelah kot cara nak happykan hati dia.
selalu jugak dia call tanya ,"kakak bila nak sambung study?" ." kakak tak teringin nak sambung lagi ke? mama support"


aku bukan apa duit ni memang boleh cari, tapi mampu ke mama aku ni nak support 4 orang sekali degree dan sorang lagi yang sekolah menengah. mama aku ni nurse je. ayah aku polis.

bukan bisnessman or tansri puan sri. kami orang biasa. aku pun tak adalah terkilan sangat tak dapat sambung study ni, aku buat untuk tambah ilmu je. itu niat aku.




eh terflashback lama plak. maafkan saya

berbalik pada education fair tu

dalam banyak banyak aku tertarik dengan tawaran westminister college.Boleh skip degree terus MBA.syarat dia aku kena buat Apel dekat MQA. bayar dalam rm300 macam tu . pass exam tu aku boleh ambik MBA in Bussines . (MBA STANDS FOR MASTER IN BUSSINES)


jauh gila kan? Engineering pergi bussiness? haha tak apalah asalkan belajar. lagipun seronok gak. NO EXAM AT ALL! BASED ON ASSIGNMENT AND THESIS ONLY!


for sure assignment dia melambak gila and susah gila nak mati. class pun agak okaylah schedule dia. 
aku tengah buat pertimbangan . nak ke tak nak?


biasalah orang dewasa banyak komitmen. so apa pendapat korang?


should i go for it?



yang sedang keliru ,

Una Mn :)

December 11, 2015

job hunting lagi. kembali ke construction ke aku lepas ni?



hai korang
salam jumaat.
lagi beberapa hari je lagi aku akan meninggalkan outlet tersayang. sedih? adalah sikit.
aku rasa tempat ni banyak dah ubah aku. ubah aku jadi berani bercakap. kurangkan kadar awkward dalam diri aku ni. confident la senang cerita. banyaklah mematangkan aku. sebab responsibilty yang diberi tu kot. 



oh ya aku sekarang tengah keliru nak kembali ke cosntruction ke nak pergi bidang lain?
secara jujur pengalaman aku dengan construction boleh la. dekat 2 tahun jugak. nak kata expert tu taklah. tapi tahulah jugak sikit sikit tu.


aku tak minat construction sebenarnya . aku minat property, tapi nak masuk property susah sikit.
so pandai pandai la kan nak cari.


so here the list.


1)construction
2)sales and marketing
3)management


so 3 benda ni yang aku identify aku boleh buat. sales depend on product. aku sendiri kena yakin dengan produk tu baru boleh jual. kalau sendiri tak yakin macam mana ada orang lain nak yakin plak kan?




construction? aku kena brush up few skill, contohnya autocad,sketchup 3D.adobe .

benda benda ni penting untuk aku.


management? hurmm macam bidang kerja aku sekarang lah aku fikir 2,3 kali la jugak since aku perempuan dan bakal berkhawin entah bila maybe 2,3 tahun lagi. aku dah ada calon guys meskipun tak tahu beliau jodoh aku ke tak. beliau kata beliau tak suka aku tak ada masa di rumah.


so kena fahamlah kan?


jadinya. mana mana pun rezeki aku nanti aku redha jelah since aku pun dah gatal kaki nak travel sangat next year.


doa korang amat amatlah dialu alukan.


p/s: okay nak sambung cari kerja ni. XD


December 9, 2015

perasaan misteri dan movie love,rosie




aku ni spesis manusia kaki movie tau aku jarang nak layan cerita cerita cinta ni.
tapi kalau ada yang best aku akan tengok..


tadi aku trylah tengok love, rosie.

memandangkan kisah hidup aku tengah sedih jugaklah sekarang ni. banyak jugaklah air mata aku keluar.


dia kira macam kalau orang tanya kenapa bengkak mata, boleh nak bohong cakap aku tengok movie..
padahal sebab terbawa perasaan sedih tu sekali..


hurmm things are getting complicated. aku sampai tak tahu nak luahkan macam mana. banyak sangat benda aku simpan dan aku pendam selama bertahun tahun ni.

aku syak kalau aku buat novel, boleh kalahkan karya novel siti rosmizah yang meletup letup tu.
tak cukup tisu korang nangis nanti.


hahaha melampau lampau metaforanya kau ni una.


aku doakan kau bahagia. aku tahu kau tengah kusut sekarang. aku pun sama. tapi bila aku tengok kau senyum tu aku lega dah la. macam mana pun hari hari aku doa supaya kita berkawan baik sampai bila bila. walaupun aku pemalu nak tegur kau dulu tu memang taklah. tapi kadang kadang aku appreciate jugaklah effort kau nak bertegur sapa dengan aku.

kalau kau baca ni, kau fahamlah bahawa aku suka dekat kau. 
ni aku tujukan dekat kau je tau. bukan orang lain. yang lain tu baca tak payahlah perasan hahaha


eh eh tapi kau jangan risau aku tak unsur paksaan nak suruh kau balas ke apa aku tahu kau dah berpunya dah aku respect benda tu. aku tak suka kacau hak orang ni.


sebab tu kalau kau perasan aku bercakap dengan kau aku pandang tempat lain. kau sorang je aku react macam tu. orang lain mana ada. kan kan?




hmm lega pun dapat luahkan perasaan kat sini . kau ingat senang seorang bernama nur izzati husna ni nak confess benda benda camni?


susah tahu tak?



hahaha anyway, we can't be partner in life but i hope we could be bestfriend until we die,

stay safe, jangan memandu laju laju.
ramai je manusia sayang kau kat dunia ni.



aku tahu kau baca benda ni. mesti kau clueless kan?


hahaha mesti kau syak diri kau tapi kau tak berani nak agak kan kan?


ye kau lah tu siapa lagi.


p/s: amacam gais misteri tak entry aku kali ni?

December 8, 2015

single and move on? susah kan?



benda aku nak cerita kali ni adalah benda realiti  benda melibatkan perasaan.


masa sekolah dulu "K" bukan nama sebenar suka pada kawan dia nama dia "j" bukan nama sebenar

K dengan j ni kawan baik tak adalah rapat sangat tapi bolehlah kawan baik. K ni seorang budak perempuan yang suka dress up perempuan , tapiiiiii perangai dia spesis kasar sikit. tak adalah kasar sangat spesis hard to get lah orang cakap badan tak kurus tak gemuk. sedang sedang je. tapi dia rasa diri dia gemuk sebab dalam ramai ramai kawan dia je yang besar.



pernah dengar pepatah tak perempuan dengan lelaki tak boleh berkawan rapat sangat nanti salah seorang jatuh cinta? tak pu dua dua sekali jatuh cinta

cerita dia macam ni. K simpan perasaan suka dekat J dia taknak cakap sebab dia takut J jauhkan diri daripada dia. sebab sayangkan persahabatan tu dia diam je.

sampailah masing masing lost contact, K jumpa orang lain dan couple dengan orang tu. 
baru baru ni K break up dengan boyfriend dia . perasaan dia pada J?


dah tak adalah sebab dah lama kan.

baru baru ni K terjumpa J balik dekat media social lama diorang borak.


borak punya borak.. 

tiba tiba J cakap

"sebenarnya dulu aku suka kat kau. tapi aku malu nak cakap. takut kau reject aku... 

k: lah yeke dulu pun aku suka kat kau.. aku pun malu nak cakap.

J: ah kau perangai tak berubah , kau saja je kan nak kencing aku.. hahaha


k: tapi betulllahhhhh... buat apa aku bohong kau?

j : tapi sekarang tak kan?

k: sekarang taklah dulu jer.


cuba bayangkan kalau k dengan j masing masing confess masa sekolah silap silap k dengan j ni dah khawin dah pun sekarang.


only one confesssion to get you out of friendzone.


tapi perasaan manusia ni cepat berubah. apa aku cerita ni berdasarkan pengalaman sendiri. siapa j? biarlah rahsia. kitorang kawan je pun sekarang. 



sekarang ni aku pun dah single. hidup aku lebih tenang sekarang cuma masalah dia ... peristiwa kat atas ni berulang tapi dengan manusia lain..



susah kan? aku sukaaaaaaa sangat sangat kat dia.

susah nak cakap tahap suka tu macam mana.


tapi untuk mengelakkan patah hati baik aku tak buat apa apa . since that guy tak suka dekat aku pun.
dia hensem  banyak perempuan suka. aku ni badan dah la tak macam dulu. shape tak ada. gemuk tak lawa semua



baik aku try move on sebelum kejadian lebih buruk terjadi. 





💝 Anniversary Trip To Jakarta