Assalamualaikum, selamat malam warga dunia!
seperti korang tahu aku ni bukanlah penggemar kpop, korean food semua tu. Namun begitu sebagai universal food lover aku pun mesti terasa nak try korean food ni.
oleh sebab cousin cousin aku semua memang penggemar kpop and suka makanan korea
haruslah aku terjebak sekali.
ahad lepas, satu rumah aku demam termasuk aku sekali.
aku ni seorang manusia yang memang kecik kecik duduk kampung kalau demam mestilah teringin bubur nasi, ikan bilis goreng rangup dengan kicap. Tapi sepupu aku yang kaki korea ni teringin nak makan bibimbap la sup rumpai laut la.
beginilah conversation sebelum pergi tu
bella : jat ... aku teringin nak sup rumpai laut dengan kimchi. sedapnyaaa
aku : haa? menatang benda tu weh?
bella : makanan korea la...
aku : hahaha pelik pelik la ko ni bella. makan je la bubur nasi weh.
bella : tapi aku nak sup....
lepastu aku pun bersiap siap la, dah orang offer nak belanja kan.
sampai sana kau . haaa ambik! memang aku rasa macam kat seoul terus..
location : sebelah starbucks bahagian luar level G di Nu Sentral.
kalau dari dalam bangunan tu sila cari cotton on. sebelah kiri cotton on tu ada lorong .perasan sebelah tu ada starbucks kan? okay sila jalan keluar terus je boleh nampak dah kedai ni.
ini makanan yang aku pesan hari tu. serious sedap gila bi bimbap beef ni.
dah la panas panas. aku tengah taip ni pun kecur air liur guyss T_T
sorry aku tak pandai sangat ambik gambar dari atas ni . tapi inilah rupanya
makanan yang kitorang makan haritu. yang warna putih nama dia
jjin mandu. ye betul korang tak salah baca memang ejaan dia macam tu
aku tahu korang mesti pelik macam mana cara nak sebut dia.
aku sebut camni "jijin mandu"
HAHAHAHA actually aku pun tak tau cara sebut dia. asal ada bunyi sudah.
jangan pulang engko pergi sebut JIN JIN MANDUL.
sampai ke sudah tak dapat makanan tu.
JJIN MANDU ni sejenis dumpling . tepung macam kuew teow tu tapi lebar dalam dia ada isi .
isi dia isi ikan + ayam + sayur. rasa dia?
sedap guys. korang mesti kena cuba. aku tahu ada sejenis makhluk kat dunia ni yang skeptikal
fikir makanan tu semua tak halal. Guys. seriously makanan dia HALAL. tak ada sekelumit perasaan ragu ragu pun masa aku makan kat sana. actually aku dah pergi makan 2 kali minggu ni.
second visit aku pergi dengan dia. aku sengaja pengaruh dia try benda benda ni
sebab sebelum ni aku sama je skeptikal macam orang lain.
for the second visit aku makan benda ni .
korean abc ataupun fruit bingsoo.
harga dia rm11 je. murah kan? sebab fresh fruit dia
dengan ice dia yang creamy tapi tak manis. buat aku rasa ketagih
ni kalau bubuh 14 mangkuk depan aku ni pun tak ada hal lah aku nak habiskan! haha
lepastu aku ada gak ambik bibimbap beef.kalini aku mintak yang tak hot punya sebab aku ada ulcer.
susah pulak nak makan kalau panas sangat.
dia ambik rameon beef. ni la rupanya kalau bukan hot plate tau guys. hot plate bermaksud
keadaan makanan korang adalah panas. dah biasanya hot plate warna hitam.
dia makan ramoen tu sampai sepatah perkataan pun tak keluar.tu kira sedap sangat la tu. Harga untuk bi bimbap beef ni adalah rm21 termasuk gst (kalau tak silap). Untuk rameon harganya adalah rm18 kalau tak silaplah. kalau silap maafkan saya. huhuhu
oh ya kalau korang nak baca review pelanggan setia diorang boleh ke website zomato.com.my
cuma perlu type di search bar nama outlet ni sure jumpa punya.
selain di nu sentral b.bap ni juga beroperasi di ioi mall puchong. so orang puchong tak payah susah susah nak datang nu sentral .
akhir kata selamat menjamu selera dan selamat tengah malam guys! :)
p/s: lepasni apa akan jadi? tuhan je tahu. esok aku last day. sedih pulak nak say bye bye kat diorang
No comments:
Post a Comment