April 30, 2015

Cyber Bullying,bantah GST dan Sedekah Pahala





aku tak pernah faham kenapa perlu ada sikap sikap "suka membuli" dalam kalangan malaysia ni.
benda ni dah lama, dari kes budak budak video yang dimalukan teruk sampai  kes terbaru melibatkan peserta dewi remaja. pernah tak terfikir tentang emosi dia? apa yang dia buat sampai perlu dimalukan begitu sekali?  tak memahami GST bukan satu DOSA besar . kita kena terima hakikat bahawa ada sesetengah daripada kita sibuk kadang kadang tak ada masa pun untuk diri sendiri. ada je yang jenis tak tengok berita. wujud golongan sebegini. well at least, dia tak membahayakan atau menganiayai orang lain . Malaysian should stop giving attention to unnecessary thing. Banyak benda lain yang korang boleh buat, boleh contribute to the nation and of course yourself. contohnya membaiki diri, cari cara nak hapuskan gst contohnya dengan buat bantahan di bantahgst.com 
kan lagi elok? Banyak sangat ke pahala awak tu yang awak nak "sedekah" pada dia?



kalau dulu aktiviti umpat mengumpat ni kat kampung je banyak, dunia dah modern patutnya benda benda macam ni stop. The question is " WOULD YOU STOP?"

elakkan bercakap benda kita tak tahu, elakkan timbul fitnah.
kalau hati tu meronta ronta nak cakap jugak ask yourself these question.

1. kalau aku sebarkan benda ni apa manfaat yang aku dapat?
2. adakah dengan bercakap tentang hal ini dapat tambah ilmu pegetahuan aku?
3.Bila aku bercakap tentang ni effect tak pada dosa pahala aku?
4.Kalau aku tak sebarkan benda ni adakah ia mendatangkan kerugian pada aku dan negara?



bukannya apa , fikir dari sisi seorang manusia . awak pun selalu buat silap, apa perasaan awak kalau kesilapan awak dan kesalahan awak di HIGHLIGHT di seluruh media sosial?


dunia ni kejap je, jangan sampai kena merangkak kat padang mahsyar nak cari dia balik.

aku perasan rakyat malaysia ni banyak yang hati dia SAMA. kalau bab mengumpat no 1. kalau sehari tak mengumpat orang jiwa tu tak tenteram. 
bahaya "penyakit" ni. jaga hati jaga lisan. 

sekian,
assalamualaikum.




P/s: Stop cyber bullying.

No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta