June 15, 2015

Wedding bestfriend dan jalan jalan




2 hari lepas iaitu 13 jun 2015 merupakan hari yang paling "hectic" bagi aku. penat tapi seronok. ada wedding 2 orang kawan kami 1 dekat shah alam 1 lagi aku tak tahu nama tempat dia tapi yang pasti dia lalu simpang nak ke elmina dan aman putri. first wedding kami pergi mestilah kat shah alam. wedding sahabat baik dunia akhirat aku wahidah md esa. dia pun ada blog gak. klik sini.
wahida ni kawan baik pertama aku masa mula mula aku pindah sekolah dulu. kami 1 dorm.
bila teringat balik kenangan 3 january 2008 serious boleh buat buku. Hahaha itu nanti aku buat satu special entry untuk perkenalan kitorang.kiranya dah masuk 7 tahun persahabatan kitorang.
dia bertemu jodoh dengan seorang jejaka bernama hafiz dari pulau pinang. hafiz ni kira macam first special someone yang boleh treat her well. kira diorang memang secocok habis la. sebelum sebelum ni kira cinta monyet la. yang first serious relationship ialah  dengan hafiz ni. aku dapat tahu hubungan diorang pada tahun 2010. masa first wahida jatuh cinta serious aku boleh detect weh. nampak tak betapa powernya aku ni? macam ada detector kan?


berbalik kepada majlis tadi. dia buat majlis simple je no pelamin. cuma ada meja makan beradap dan meja guest. but not bad. actually aku suka benda simple macam ni. wahida cantik disolek oleh seorang kakak cantik isteri kepada photographer. suami wahida pakai baju melayu dengan sampin je
semalam. pasangan macam diorang boleh dijadikan contoh .





ni gambar wahidah dengan aina raihana . gambar aku  dengan dia tak boleh upload
hahaha sebab muka aku fail. mata terkedip lala terpejam la.
padah mintak si dia ambikkan gambar. aku ni cerewet hahaha (mengaku)





ni pulak ada video aktiviti 2 hari lepas. 


second wedding pulak bestfriend encik boyprend bernama rosmini. diorang ni bff kat sekolah.
aku kenal gak rosmini ni cuma tak rapat. so aku pun ikut sidia pergi wedding ni.
yelah kitorang dulu kan satu sekolah. cuma aku mechanical, encik boyprend  pulak electical 
and rosmini civil. bagi yang tak tahu ye..
i know my bf since form 5 sebab satu sekolah.
masuk private college yang sama baru masuk course sama iaitu civil engineering.

semalam battery phone aku dah nazak so aku pun tak sempat nak snap photo minie.

selesai wedding terus kami berdua ke setia city mall. niat di hati nak tengok movie insidious ramai giler orang okeh. tinggal seat depan pun kami ambik je sebab dah nak tengok sangat kan. 
anyway cerita semalam pun okay. best giler. aku ada buat review . tengok previous post. 

ada jualan murah ke apa benda entah aku tak beli. yang pasti aku suka belek belek komik macam ni. tapi cd cd pun ada jual weh. tapi cerita yang aku cari tak ada
lepas tengok movie jalan jalan and isi perut dulu dekat subway sebab aku bajet bajet diet konon. hahaha. lepastu aku pun balik. sampai rumah agak lewat dan letih. bila kau balik dengan letih tetiba kau nampak sebesen baju penuh pakaian tunggu untuk dilipat. tugas aku kat rumah ni memang lipat kain, kain semalam banyak plak tu pasal " superstar" ada kat rumah . pukul 2 baru aku siap lipat.
sebab aku lipat sambil baring dan berguling. 



sekian itu saja aku nak cerita. lain kali aku mengomel lagi :p





No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta