September 30, 2015

farewell gff, new responsibilities and tangan lelaki lagi lembut dari perempuan?




assalamualaikum, hai! 


harini aku sedih + serabut + sedih. sampai otak pun confused nak sedih ke nak serabut ni?harini adalah hari dimana nolly akan pass semua kerja dia dekat aku. sebelum ni aku dah take over secara berperingkat. tapi harini semua sekali dan secara rasminya aku akan jaga tempat tu secara solo. mujurlah masih ada mikey and naga. tapi camne pun aku sedihlah gak. sempatlah nangis nyorok2 tadi.

tbch ,

aku adalah seorang manusia keras kepala,susah nak terima nasihat. bila kerja dekat sini alhamdulillah, boleh ubah benda benda tak berapa nak elok tu. sikap tu adalah sikit. Dia bagi kritikan membina la dekat aku. sebelum ni aku peduli apa kritikan membina ke kritikan meroboh ke, asalkan kritikan aku benci.(mazmumah kan perangai? =-=') 



guys, we are adult now. mungkin normal seorang dewasa akan berubah sikap. tapi seriouslah weh, dia pandai negotiate.Alhamdulillah, aku boleh dah kot menganggap diri sendiri professional.(boleh la sikit) please la setuju please! *asah kapak*


time kerja kerja, time kat luar kita kawan. 


dia berhenti pun bukan atas kerelaan sebenarnya. sebab dia dah nak khawin.perempuan kan kena ikut suami..


apa apa pun aku happy untuk beliau. semoga kekal sehingga ke syurga dengan bakal suami.

aku pun tak tahu berapa lama aku kekal kat tempat ni. apa apa pun aku appreciate semua orang yang crossed hidup aku sekarang.


tak kiralah yang pernah bertegur sekali dua je or yang tak bercakap langsung . semoga friendship kita kekal sampai syurga . amin..



aku kan kalau boleh nak je friendship kekal sampai kitorang dah khawin anak 3,4 orang
.
mesti comel je masing masing nanti tunjuk pasangan dengan anak anak. aihh kelakar aihh..


i cannot imagine. 



ahh berangan la kau una. sampai sekarang pun kau tak nampak bayang cincin nak khawin, ada hati fikir pasal anak 3,4 orang. 



oh ya, esok cake dah reshuffle. aku yang kena bake esok ni. doakan semoga kek kek aku tak jahanam esok dan icing menjadi secantik piping shahrul .

hahaha . jangan tak tahu walaupun fakta mengatakan tangan perempuan lembut dari lelaki, 
tetapi dalam hal ni aku rasa tangan shahrul tu lagi lembut dari tangan aku mahupun naga.


aku tak berharap lebih lebih. cuma harap semua berjalan lancar.esok ada ordering ni.


p/s: to N, i will miss your laugh, stupid jokes, giggles, advices, the good and the bad side of you. because we are friends now. and it will remain the same. PROMISE! 


till next entry.



September 27, 2015

una mn life update : shopping in tight budget and project funding




hello my precious.


sejak dua menjak ni nafsu nak shopping membuak buak. scroll la apa apa media social sekarang bersusun promotion. rasa nak menyorok dalam gua je . menggelejat diri ini nak shopping. tapi daku sedar daku tak banyak duit. tapi dalam konon konon sedar diri pun ...


dalam masa seminggu ni pengeluaran wang agak deras jugak. lebih deras daripada niagra fall.(menangis sekali lagi)


masa keluar dengan cousin haritu aku dah sambar beg bonita after less dapat la rm100++. 



lepastu dalam hari rabu or selasa hari tu. aku pergi masuk bershka dan tergoda dengan baju baju dekat situ. namun , harga kat situ yang melampaui batas and size pun nasib baik tak ada. aku pun nekad ke padini. dekat situ aku jumpa banyak gila baju yang murah murah. namun, kalau yang murah murah kau nak sambar sampai 14 belas helai no point! so aku ambik sehelai je... aku ingat semua tu terhenti dekat situ je, semalam lepas ke puncak jalil aku ke pyramid. niat asal keluar biasa je. tapi dia ajak aku teman dia shopping. 


untuk pengetahuan korang, aku ni seorang die hard fans sweat shirt and sweaters. and kebanyakan sweater aku pun sweater lelaki . sekarang korang paham aku jenis girl yang macam mana kan?
bila dah teman dia tu ko ingat aku nak diam je ke bila ada sale gila gila? kami ke terranova sunway pyramid. Ya Allah, guysssss terranova punya sweat shirt and sweaters warna dia bapak cantik! 


korang kalau tak pernah pergi lagi sila lah pergi! semalam ada sale  buy 1 piece and second one get 50% off. aku ambik brooklyn sweat shirt in black manakala dia plak ambik green sweaters . material dia memang gebu, sedap pakai. 







lepas ke terranova kami ke h&m. macam biasa, section pakaian lelaki gak aku minat. design pakai perempuan dia not bad gak tapi sizing dia aku tak berkenan. ada yang aku boleh pakai tapi too fit. banyak crop top. aku bertudung mana sesuai pakai macam tu. 


our brunch semalam.sedap guys. go give it a try if you havent try it yet


sale semalam memang gila gila bak hang. mujur aku tak de duit sangat so kat h&m aku just cuci mata dulu . gaji masuk nanti siaplah! 




so this month aku dah nak kena start menyimpan for future project. aku harap aku sedar diri and kembali ke main track, niat sebenar aku kerja sekarang and teruskan menabung untuk funding project aku nanti. 





apa apa pun, aku dah nak kena siap pergi kerja ni guys, 




till next entry,


assalamualaikum, bye bye! XD







Free Review : why iphone user should go to chamo_kl?




hello weekenders!

assalamualaikum,

semalam adalah hari off aku. aku telah berjaya mencari solusi kepada masalah charging iphone aku. 
just a short circuit yang effect pada motherboard. aku pergi ke puncak jalil tempat di mana chamo_kl berada. that guy was very honest in term of service . kalau masalah dia A dia takkan cakap masalah dia B ad suruh tukar benda C. sekarang korang kena faham kalau korang ada masalah iphone sila lah pergi kepada BELIAU. murah, cepat, berkesan. maaf cakap, mungkin lebih effective daripada pergi machine .


only god knows how much i spent this month for my iphone maintainance. this is the first time lah iphone buat hal. selalunya dia memang seketul phone yang baik, tidak meragam dan comel juga ( gelak serba salah)



aku dah tahu lama dah pasal chamo_kl ni. sebab mula mula aku ushar instagram page diorang sebab nak tukar cover set yang rare rare sikit. tapi oleh sebab aku seorang manusia yang berjimat cermat (konon) aku batalkan hasrat aku tu.  korang jangan tak tahu aku seorang manusia yang paling tak suka benda dah modified ni khususnya phone,kereta dan motorcycle. for me original is way better.




mula mula aku pergi sana dengan hasrat nak tukar battery je terus. tapi sampai sana brother tu tak payah. 


aku : ermm kalau nak tukar battery boleh kan?
bro tu : boleh .,.. tapi awak jugak yang marah nanti kalau battery baru awak buat problem nanti. masalah dia bukan kat battery , tapi dekat your charging ic  bla bla bla. and because ada short circuit

aku : angguk angguk walaupun aku pun tak paham sepatah haram hal hal tu.

sebab yang bermasalah skang cable aku yang aku beli dari machine, brother tu just bagi cable dia kat aku. how sweet . eh eh bukan how generous. cable dia tu mahal ko tahu tak . dia bagi aku murah je. 



untuk yang tak tahu dekat mana chamo_kl ni . chamo_kl ni terletak di taman puncak jalil, seri kembangan. terletak dekat tingkat atas. betul betul atas 7 eleven. sebelah tu ada kedai mamak. 



kedai ni bukak pukul 12. untuk maklumat lanjut sila ke instagram diorang . klik sini 
ataupun korang boleh ke facebook page diorang klik sini.


aku memang ada plan nak tukar battery sebab battery cepat drain, tapi mengikut kata pakar, tak payah dulu so tak payah la..




oh ya, dengar cerita rose gold dah masuk pasaran singapore. siapa dah beli?






September 20, 2015

kejadian memalukan gila babi namun kelakar tak ingat dunia ( at least aku rasa kelakar okay)



good morning!


semalam banyak benda kelakar jadi namun agak memalukan jugaklah. benda benda macam ni korang memang tak dapat elak! aku antara salah seorang manusia yang selalu membuat kesilapan yang memalukan diri sendiri sampai rasa nak lari ke bulan . tapi seyes ahhh. hidup ni boring kot kalau tak ada hari memalukan diri sendiri macam tu. kira tahap termalu tu boleh dikatakan boleh la menjadi bahan untuk berbual dengan anak cucu kalau tua nanti.


kahkahkah!

first macam ni!

SEMALAM... staff aku ada buat mistake yang tak boleh diterima akal.maka sehari suntuk 
aku terfikir nasib diorang and apa aku nak jawab dekat GM nanti . oleh sebab aku kusut pasal hal tu, benda tu telah memberi kesan kepada seluruh mood aku pada haritu. so segala benda yang aku buat semalam tak berapa nak menjadi. 

aku terpaksa full day semalam sebab ada staff tak dapat datang. korang paham kan kerja bidang f&b ni macam mana? tak kiralah jawatan ko apa sekalipun. apa-apa hal jadi kat outlet kau orang pertama kena back up dulu. so dengan redha aku full day. malam tu aku kena jadi partner dengan akmal.



akmal datang pukul 6 setengah(sebab dia budak part time). masa malam ni lah start kejadian memalukan tu terjadi.  aku tengah dekat kitchen. basuh basuh something sambil tu aku nyanyi lagu korea bae bae . alah lagu big bang tu... . akmal dekat depan pack cupcake customer. kitorang ada buat lucky draw tau. previous customer ada dapat 1 single cupcakes percuma. aku nampak ada satu single cupcakes tersorok dekat tepi tu . aku ingat aku nak jerit lah tanya dekat dia. 


dialog dah prepare dalam kepala " weh.... tu siapa punya tu?"


tapi korang tahu apa aku sebut? korang tahu?????


instead of weh... aku tersebut dan terjerit sekali... " BAE!!! KEK SIAPA TU"



AND SEBUTAN BAE TU MACAM SEBUTAN "B" PUN ADA"


korang faham kan? B tu apa? ( B tu macam korang panggil husband korang" 


B.....

YA ALLAH.. MALUNYA AKU!


B? B? 

B ? una ? B?


aku dah menyumpah nyumpah diri sendiri dalam hati. akmal terdiam kejap. mesti dia terkejut dengar aku panggil dia B.
then aku try act cool tapi sumpah tak jadi...


ada awkward moment sebentar tapi... tak cukup dengan kejadian tu. tak lama lepastu..
aku decide nak cuba tenangkan keadaan. aku ni memang spesis pemalu sebenarnya tapi ye lah kan ..

orang kalau dah termalu bila dia nak cover up , dia end up memalukan diri sendiri lebih teruk lagi.




sebelum akmal datang... aku ada beli kat news lipton ice tea taw. sekarang kan ada promo buy 1 free 1 .sebagai penggemar green tea and ice lemon tea mana mungkin aku lepaskan peluang sebegitu rupa.

masa akmal datang tinggal sebotol je air tu . yang sebotol lagi pun dah tinggal separuh.
lepas kejadian memalukan yang terpanggil dia B tu aku decide nak topap bahan untuk icers esok. aku tolonglah diorang buat chochlate cream cheese


akmal nampak aku punya air tu . dia teringin kot. dia pun pergi news. tapi dia beli heaven on earth yang buah markisan tu . sambil tu dia cerita air dia tu sedap gila.. aku pun macam okayyy..



sambil aku buat cream cheese tu.. akmal tolong cairkan chochlate chip.. sambil tu kitorang sembang pasal kasut nike la, rosherun la. keje aku dah settle tinggal tunggu chochlate dia je nak cair. aku berpaut tangan kat cermin tu. dekat tepi cermin tu aku nampak botol air tea tu la kan.


aku capai pastu aku minum je. eh sedap nya teh ni.. tapi kenapa rasa dia lain?


spesis orang yang gelojoh ni kan dia main sebattttt je nak minum... bukan nak tengok botol dulu.


rupanya! tu botol akmal!


aku pun apa lagi merah muka malu rasa cammmmm arghhhhhhhh!!!!!

apa benda ko buat ni una? budak tu dah minum separuh kot! separuh!

means aku minum bekas dia. aku taklah geli ke apa..


tapi kan.. cam malu lah jugak..


aku : akmallll sorryyyyyyyyy aku terminum air kau!!!!! ( jerit dengan muka merah sampai tekup tapak tangan kat muka malu punya pasal!)

akmal : gelakkkkk (dalam 5 minit dia gelak)  lepastu dia geleng2 kepala tak cakap apa2


aku keluar duit 3 ringgit. weh aku ganti balik duit kau. ambik lahhhhhh.



dia taknak. aku pandang lantai. tak sanggup aku pandang muka dia. mesti dia menyesal dapat manager perangai entah apa apa kahkahkah! 

aku letak duit tu kat tepi. memang dia tak ambik weh. lepas coklat dia siap, aku pun beat lah sekali.


orang dah termalukan buat buatlah busy. then dia tanya aku..

dia: sedap kan air heaven on earth tu?dulu aku suka lipton tapi sejak aku minum air ni aku tak minum air lipton tu dah. 

aku : ( angguk angguk je sebab dah malu)

ciskek.. aku lagilah rasa serba salah. dia paksa aku ambik balik duit aku tadi tu..nasib baik beliau manusia yang cool.  habis kerja aku suruh dia balik dulu.


sepanjang jalan nak balik.. aku gelak sorang sorang. aku syak orang yang bertembung dengan aku mesti ingat aku gila.



lepas ni kalau nak minum air camtu lagi.. aku akan pastikan aku check botol dulu! malu woi...



P/s: kadang kadang seronok gelakkan kesilapan sendiri. una, una apa entah perangai! XD








September 18, 2015

Food Review : Sangkaya Coconut Signature Ice cream ( MUST TRY)







assalamualaikum, 

hai korang! harini aku nak buat food review sikit. Sebagai seorang manusia yang suka makan, 
adalah wajib bagi aku untuk cuba something yang unik and menyelerakan. today aku nak review satu 
jenis ice cream (dessert) yang dah jadi kegilaan para hipster.

Tak lain tak bukan SANGKAYA SIGNATURE COCONUT ICE CREAM.


sangkaya signature ni agak unik sikit sebab dia serve dalam tempurung kelapa pandan. harga untuk signature ni rm10.50 je. mungkin bagi sesetengah orang agak mahal tapi percayalah korang hanya akan rasa benda tu mahal bila korang tak cuba. once dah cuba, korang akan faham yang signature coconut ice cream memang patut pun harga dia macam tu. kira reasonable la. 

aku dah makan dua kali! sebab benda ni memang sedap gila . rasa nak je aku jumpa founder dia lalu mengucapkan terima kasih sebab mewujudkan ice cream sedap gila camni.


ni gambar masa first time makan  2 hari lepas. sebab aku peminat hershies syrup tu aku picit ikut suka hati je coklat pun aku tabur ikut suka hati je . XD



aku makan dekat midvalley sebab dekat tempat kerja aku sekarang kan?outlet sangkaya ni berdepan dengan famous amos. klik sini untuk maklumat lanjut




topping dia ada macam macam. untuk yang tadi tu.. aku makan aku lebihkan kelapa goreng. memang mengimbau nostalgia betul. selalu dulu dekat kampung opah suka buat kelapa goreng makan dengan lempeng XD.

ini gambar session tadi. hahaha nampak menyelerakan kan?  




selain di midvalley sangkaya ni ada di banyak mall lain . antaranya setia city mall, sunway pyramid, nu sentral,ioi city mall, selayang mall, the mines dan banyak lagi tempat lain. dekat website dia ada bagitahu senarai lokasi sangkaya ni jenuh ler aku nak menaip semua ye tak?


oh ya dengar cerita diorang tengah buat contest. so boleh check instagram diorang jugak to keep you updated . klik sini





P/s : selamat bersangkaya! XD








September 15, 2015

aku di zon keliru , machine guy and what kind sorcery is this?




hai salam midnight

aku dah beberapa hari dalam keadaan celaru sebabnya iphone aku buat hal
then tadi aku pergi midvalley machine centre. dia kena seberang bridge yang depan fos tu.
sampai situ lepas daftar. aku di assist oleh seorang brother ni. aku pun cerita masalah aku.
muka aku dah macam perempuan meroyan ditinggal suami dah. ko boleh paham kan perasaan meroyan tu macam mana? 


machine guy : ye cik, apa saya boleh bantu? ( dia senyum tengok muka aku yang macam pompuan gila tu)

aku : phone saya buat hal. charge maintain 1% je kenapa eah?

machine guy : kita cuba dulu ye cik? ( beliau senyum seolah olah tiada masalah besar di dunia ini)


lepas tu dia panggil customer lain. sebab diorang boleh layan 2 customer dalam 1 masa. aku duduk diam kat situ dalam beberapa lama gak. lepastu  secara magiknya aku tengok battery aku naik. 

ciskek betul perangai beliau.


dia suggest aku tukar adapter! 

YA ALLAH ADAPTER JE KE? AKU FIKIR ROSAK SEBAB AKU CUCUK CABLE DEKAT LAPTOP PUN DIA TAK NAK CHARGE!


ILMU HITAM APAKAH INI?

aku menjerit di dalam hati. lama aku tenung muka beliau. beliau tengok aku ..

beliau tanya..


kenapa cik? ada apa masalah lagi saya boleh bantu?


hmm tak ada apa apa,. ni berapa nak kena bayar ni encik?


tak payah free je. bukan buat apa apa pun. beliau gelak tengok muka aku yang blur tu

then aku ke machine beli adapter pulak. 2,3 hari lepas aku beli cable.

ko boleh bayangkan berapa banyak duit aku dah  habiskan bulan ni? T_T tssk tssk




aku balik outlet aku charge.. lama gak.. dia naik. then dia start buat perangai. then dia okay balik.

ni sekarang aku kat rumah sedap menaip entry ni sambil mengecas phone untuk kerja esok. tetiba dia buat perangai gak. aku di zon keliru. haruskah aku kembali ke centre terbabit?

haruskah?



aku syak kalau aku pergi kali ni tukar battery confirm kena rm397 tu.
matilahh nakkk ...



p/s: kau kena tabah una benda benda camni memang selalu jadi. apa kau nak heran sangat? =-='

September 13, 2015

what is like after a month shifting path and my masterpiece


hello guys.
assalamualaikum, 


seperti aku pernah cerita di entry sebelum ni . aku telah pun berubah bidang. What is like after a month working?


never better! everyone are just like best friend eventhough they were some masih dalam proses
nak try kenal rapat lagi.



we are all like brother and sister. selesa sembang dengan diorang macam siblings dah. eventhough masih ada yang krik krik. hahaha



me? 
i am doing good. still working on my masterpiece. Masih polish lagi EQ . aku anggap ni semua macam training . kan aku pernah cerita aku ni pemalu. kalau dah rapat gila tu sikap malu tu lama lama hilang. 


buat masa sekarang aku fokus cara nak manage the whole outlet, upselling and more like human management. yup guys, i said human management.



mesti korang fikir, apa benda la dia ni.. bajet bagus plak nak human management bagai. 
when you're given that kind responsibilities, nak taknak human management ni korang kena pandai. 
hmm manusia ni macam macam jenis perangai. kalau kau belum jumpa manusia perangai pelik pelik bermakna kau baru kenal 1% jenis manusia di dunia ni! XD


for me,..


i;ve seen a lot! hahaha. aku suka gila judge orang.. not that kind judgment yang nilai orang tak tentu pasal. Judge orang for a good reason. untuk judge ni korang kena ada ilmu. tak boleh pakai hentam je.=-='




oh ya berbalik pada kerja. haritu kami ada meeting dekat hq di cheras. Best jugaklah meeting relaks je tak ada main hentak hentak meja main baling baling report macam kerja lama. kalau kerja lama , ko lambat elak nahas la kau. kahkahkah! 

so our main focus of course untuk bagi semua orang kenal dengan cupcakes kami.



rasa macam pergi kem motivasi pun ada, tapi takpe at least aku punya confident level tu improve.

bila guys dah beredar. girls having photoshoot and videoshoot. that videoshoot were unplanned. i am actually record that video secretly.


cam haram perangai aku kan?

lepas meeting kitorang ke midvalley and having dinner together. only me, my cousin fadhilah, nolly my bebeh and mikey .dinner dekat food junction je.


after dinner we head home and tidur macam perempuan gila. 


that's all.


today sales quite good. i'm trying rocketing the sales up. so wish me luck k guys?

XD



September 12, 2015

Movie Review : The Transporter Refueled






the transporter refueled mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengambil "upah" menjadi seorang "pemandu berprofil tinggi"yang sering terlibar dengan kegiatan jenayah. pada suatu hari , frank ditawarkan tawaran kerja baru oleh seorang perempuan bernama Anna . Frank yang amat selektif dengan kerjanya menolak apabila merasakan dirinya seakan ditipu. Namun dia tidak mempunyai pilihan, apabila nyawa ayahnya menjadi taruhan. Frank di zon keliru, dia rupa rupanya terlibat dalam komplot menjatuhkan mafia dan gangster besar russia iaitu karasov.Menyedari nyawa dia dan bapanya yang terancam, Dia tidak mempunyai pilihan selain daripada membantu anna dan kawan-kawannya. Mampukah frank menyelamatkan nyawa ayahnya? dapatkah anna menjatuhkan gang russia itu dengan bantuan frank?



haha actually cerita dia menarik lagi. tapi kalau aku cerita semua tak bestlah. pergilah tengok sure tak menyesal bebeh.jalan cerita simple senang nak faham XD



genre : action movie
star rated : 4 1/2 star
cast : ed skrein as frank martin
         ray stevenson as frank senior
         loan chabanol as anna
         gabriella wright as ginna
         tatiana pajkovic as  maria
         wenxia yui as qiao
         radivoje  bukvic as karasov



best ke cerita ni? best . lagi lagi kalau orang yang minat audi. dalam cerita ni banyak exposed kegunaan audi dan betapa awesomenya kereta tersebut. XD



September 6, 2015

sunday short update and happy solemnization gff! XD







orang yang rapat dengan aku tahu yang music dengan aku sukar dipisahkan.
even aku kerja sekarang pun hampir sepanjang hari menyanyi.
biarpun suara macam pontianak tercekik tulang


kerja sekarang ni level stress dia tak sehebat dulu.kebanyakan masa aku cuma letih dan enjoy je.
enjoy? ye enjoy. seperti aku cakap confident level semakin pulih. biarpun tudung senget senget.
muka pucat macam tak mandi seminggu. yelah sejak kerja ni aku tak sempat nak jaga diri sangat. pergi kerja make up. tapi on the way ke tempat kerja tu , all the make up washed out already sebab?

i'm human.. and human are sweating. most of human did sweat a lot right?


mesti korang dah  boleh imagine betapa comotnya aku ni dalam dunia nyata.
aku tak salahkan korang. itu semua kenyataan weh! kenyataan! terima je la.


oh ya, semalam aku kena buat closing dengan akmal. all this while i thought dia ni cam senyap gila. first tengok jadual. matilah nak. nak tunggu habis kerja krik krik krik for a freaking 5 hours.ko ingat aku tahan ke? (MENANGIS DALAM HATI)



tapi bila dah kenal okaylah, boleh gak bersembang tapi kena ada topik. hehehe. dia ni bukan jenis pemalu macam senior aku sorang tu si shahrul izwan.sorang tu memang jenis muka senyum je. so kalau jumpa pun cakap sepatah then senyum sepanjang hari. bagus bagus mengikut sunnah!


tak macam sesetengah orang tu (merujuk kepada diri sendiri)
aku ni antara dua je. samaada aku senyap gila, sampai nyamuk lalu pun boleh dengar ataupun
aku bising gila menyanyi macam perempuan sewel.


after all aku masih ada sifat malu guys. kau jangan ingat aku tak reti malu eh?
sepak karang apa pun tak dapat -,-'


so how's life?
i'm doing good. cuma tu la bila busy banyak benda aku dah missed. antaranya majlis khawin kawan aku sendiri. sedihhhh gila tak dapat pergi. aku nak tunggu beliau balik kl then i will treat her later. 
semoga husband dia memberi keizinan. XD



gambar curi dari page makandam  =-=' 
sorry sangat ecahhhhhhh.

p/s : a few months before 2016 . am i really turning 25 next year? -,-'

September 2, 2015

me and music : edisi muzik yang menyentuh hati dan colleagues yang gila gila








assalamualaikum,
hello korang!

hidup sebagai seorang non kpoppers yang dikelilingi kpoppers agak tough sebenarnya. aku taknak cerita tahap macam mana "susah"nya. tapi sejak aku kerja kat sini hari hari kdrama je kat tv . so aku cuma ada youtube tempat melepas "tension" aku.


tapi satu haritu... tiba tiba aeon midvalley tu play lagu satu artis korea. outlet cupcakes aku tu depan je dengan aen tu. mula mula time dia rap tu aku buat bodoh. konon konon jelik. dalam hati dah menyumpah nyumpah.

another kpop songs... " sambil mengeluh"


thennnnnn... masuk part rhythm tu aku dah macam orang gila dah.puas tanya mikey. mikey lagu siapa ni mikey? tapi mikey tak tahu... T_T. lama gak aku mencari baru harini dapat! ko bayangkan betapa terujanya aku gais??? bayangkan! whoever created that rhythm probably genius. sangat sangat menyentuh hati aku. that tune and lyrics ngam! ada soul!


tu la orang kata kalau benci jangan benci sangat. actually diorang punya penampilan tu aku tak suka.
heeee :D. aku tak suka mamat pakai lipbalm.eyeshadow,eyeliner. aku suka lelaki nampak cam man sikit.




nak tahu lagu apa? so far ada 3 lagu yang berjaya "tumbangkan ego" aku .

1) love girl - cn blue
2) eyes nose lips - taeyang
3) bae bae bae - big bang

lagu yang aku baru dengar and currently addicted tu.. lagu bae bae bae by big bang




only 3 lagu ni jer berjaya ketuk hati aku buat masa sekarang. so sesiapa nak tackle aku tu boleh nyanyi 3 lagu ni.tapi jangan salah sangka. aku masih seorang non kpoppers. kalau dulu tu benci benci benci. sekarang aku lebih terbuka. after all aku minat lagu je penyanyi tak minat. tak obses sampai rasa nak khawin dengan diorang. tak tahu nama diorang siapa. lalu sebelah pun tak kenal .HAHAHA.


aku sangat sangat suka music dia. that's why aku terus gila nak cari. dengar lagu tu terus rasa macam tengah jatuh cinta. entah apa apa perangai. sampai dekat tong sampah pun aku senyum. kalau tong sampah tu bernyawa sah sah dia ingat aku jatuh cinta kat dia. teheee ;D




tadi masa kat tempat kerja ada benda lawak yang jadi. Nolly suruh mikey perah lemon(oleh sebab mikey tak berapa busy). 

norli : mikey, you ambik lemon lemon ni perah cepat. masuk botol k? you kan suka perah perah ni.

mikey : start gelak sampai merah merah muka.

aku : beberapa saat kemudian aku pun start gelak sekali... Nolly ni gila ke silap cakap dekat mikey ni? XD


then.. masa nak balik pukul 5 tadi. aku suruh diorang perform sale harini. mikey tengah perah lemon kat kitchen. dengan bebalnya aku pergi tanya dia .


aku : macam mana? okay tak perah lemon lemon tu?
mikey : okay... sangat syok!

aku : senyap sekejap. otak tengah blur. lepastu aku terus menjerit. oiiii!!!! i tanya pasal perah lemon. yang you ingat tanya pasal perah apa? Y-Y


lepastu tak lama kemudian... Nolly yang dah settle kemas barang dia.. pergi tanya soalan yang sama. 


tapi soalan kali ni lagi dahsyat.

nolly : camner dah perah lemon lemon tu? apesal tak pakai apron ni?

dan nak tahu jawapan dia apa?

mikey : biarlah dia cakap dia selesa macam tu.



MERAH TERUS MUKA AKU!

PEBENDA WOI GURAU GURAU CAMTU!!!! T_T


tak suci otak aku dah.. istighfar istighfar.


nasiblah cakap dengan lelaki ni. benda dah habis murni pun boleh di cemarinya! XD


moral of the story : jangan tanya soalan pelik pelik dekat lelaki! XD







💝 Anniversary Trip To Jakarta