September 18, 2015

Food Review : Sangkaya Coconut Signature Ice cream ( MUST TRY)







assalamualaikum, 

hai korang! harini aku nak buat food review sikit. Sebagai seorang manusia yang suka makan, 
adalah wajib bagi aku untuk cuba something yang unik and menyelerakan. today aku nak review satu 
jenis ice cream (dessert) yang dah jadi kegilaan para hipster.

Tak lain tak bukan SANGKAYA SIGNATURE COCONUT ICE CREAM.


sangkaya signature ni agak unik sikit sebab dia serve dalam tempurung kelapa pandan. harga untuk signature ni rm10.50 je. mungkin bagi sesetengah orang agak mahal tapi percayalah korang hanya akan rasa benda tu mahal bila korang tak cuba. once dah cuba, korang akan faham yang signature coconut ice cream memang patut pun harga dia macam tu. kira reasonable la. 

aku dah makan dua kali! sebab benda ni memang sedap gila . rasa nak je aku jumpa founder dia lalu mengucapkan terima kasih sebab mewujudkan ice cream sedap gila camni.


ni gambar masa first time makan  2 hari lepas. sebab aku peminat hershies syrup tu aku picit ikut suka hati je coklat pun aku tabur ikut suka hati je . XD



aku makan dekat midvalley sebab dekat tempat kerja aku sekarang kan?outlet sangkaya ni berdepan dengan famous amos. klik sini untuk maklumat lanjut




topping dia ada macam macam. untuk yang tadi tu.. aku makan aku lebihkan kelapa goreng. memang mengimbau nostalgia betul. selalu dulu dekat kampung opah suka buat kelapa goreng makan dengan lempeng XD.

ini gambar session tadi. hahaha nampak menyelerakan kan?  




selain di midvalley sangkaya ni ada di banyak mall lain . antaranya setia city mall, sunway pyramid, nu sentral,ioi city mall, selayang mall, the mines dan banyak lagi tempat lain. dekat website dia ada bagitahu senarai lokasi sangkaya ni jenuh ler aku nak menaip semua ye tak?


oh ya dengar cerita diorang tengah buat contest. so boleh check instagram diorang jugak to keep you updated . klik sini





P/s : selamat bersangkaya! XD








1 comment:

Cik Miela said...

Cuti hari Malaysia hari tu merasa aiskrim sangkaya dekat Queensbay huhu

💝 Anniversary Trip To Jakarta