November 24, 2015

aku di zon keliru : terharu campur sedih. susahnya nak buat keputusan .






assalamualaikum, hai.


sebenarnya aku dah buat keputusan . nak kata muktamad tu takla jugak nak kata tak muktamad pun tak boleh. aku sayang tempat ni, kawan kawan kat sini . walaupun aku ni kadang kadang perangai macam perempuan gila, meroyan tak tentu pasal tapi tuntas, aku sayang kawan kawan aku. 
cuma tu la adalah hal sikit yang agak PRIVATE AND CONFIDENTIAL untuk diceritakan disini.


aku nak resign. tu je mampu aku cakap. apa apa pun result dia nanti, aku harap tempat ni kekal maju, berdaya saing and adik adik semua berjaya dalam hidup masing masing. tapi masa aku cerita dekat weng yan  yang aku decide nak resign aku nampak air mata dia bergenang. ala ala sian adik kakak.

kau kena faham walaupun berlainan bangsa aku tetap anggap semua kat situ macam adik kandung sendiri. walaupun ada sesetengah makhluk tu annoying gila. mikey contohnya, tapi jujurlah aku 
sayang dia gak sebagai adik lain bangsa , agama, budaya dan ibu bapa. giteww.





aku buat foundant tadi untuk customer jumaat ni . tiba tiba weng yan buat ni. kau tahu tak terharu dia tu camne? aku rasa cam nak bagi selori bunga je kat amoi tu.



dia ni manja sikit, itulah yang akan buat aku rindu kat tempat ni nanti. dia kata takpayahlah berhenti dia nak sambut birthday dia dengan aku , athira and mikey.


woi tacing woi . sebak. walaupun muka aku macam pembunuh bersiri, susah gak nak senyum, awkward gila tapi dalam hati ada taman bunga tau tak! hahaha



apa apa pun doakanlah yang terbaik untuk aku. kalau dah tertulis dekat atas sana aku STAY sini, aku akan stay sini. Kalau dah takdir aku kat tempat lain , aku terpaksa la pergi. 


tapi walau macam mana pun aku akan tetap sayang tempat ni sampai bila bila. 




November 9, 2015

Book Review : Reinkarnasi By Faiz Ibrahim



Assalamualaikum, hai


aku rasa inilah kali pertama aku buat review untuk sebuah buku. sejujurnya tak banyak lagi yang korang tahu pasal aku ni. mungkin bagi sesetengah orang yang dah lama ikut blog ni ingat aku ni sekadar spoiled brat yang kaki shopping bla bla bla . ketahuilah bahawa aku tak layak digelar spoiled brat sebab aku usaha sendiri nak dapatkan sesuatu, bukan datang dari family kaya dan mahupun berada. 


aku minat buku. buku buku santai yang rare aku suka baca. komik komik apatah lagi. novel cinta? dulu pernah la terjebak baca tapi karya berkualiti jela. aku terjebak pun sebab masa dekat college bilik aku tak ada tv. kalau boring cuma ada internet je. so aku start pinjam buku novel kawan aku. Adalah jugak aku beli sendiri. tapi aku ada dalam 20 buku je tak banyak pun. kawan aku ada sampai seratus lebih. gila kan? 20 buah buku tu bukan semua kisah cinta mengarut . semua jenis fun fun.kelakar. untuk pengetahuan korang, aku memang manusia yang tertarik dengan benda benda kelakar dari benda benda romantik tangkap leleh tu semua. 



okay straight kepada review buku. 


buku reinkarnasi by faiz ibrahim  ni aku baru je beli semalam dekat my news midvalley. aku tertarik dengan cover dia yang swag habis. aku ingat cerita hantu. aku pun beli. nak tengok cover dia?





smart kan? percayalah bahawa isi dia berganda ganda lagi smart.


bila aku baca buku ni , aku rasa sentap, insaf, kekadang tu aku gelak berguling guling 
sebab lawak. aku rasa author dia ni mempunyai sense of humor yang agak tinggi. 
so thumbs up faiz ibrahim! 


banyak dia ingatkan tentang tuhan, lepastu ada banyak coretan kisah hidup dia sendiri. 
bagi pendapat aku bacaan ni ringan je impak dia agak besar.
kenapa? aku tak boleh cerita terlalu peribadi untuk aku ceritakan dekat sini..



okay la aku share one of my fav nukilan dia dalam satu helai ni. agak nakal namun kelakar.
sindir sinis yang kelakar. 





ini cover belakang buku, sekarang korang faham kan kenapa aku suka buku ni?


aku rate buku 4 star. 1 star hilang sebab tak cukup tebal bagi aku. kejap je aku dah khatam
buku ni.



harga dia? rm19 dekat my news. murah je kan?


sesiapa nak beli boleh try bookstore terdekat. atau boleh ke facebook page thebooku .
karya beliau ni agak limited. so siapa cepat dia dapat! XD





November 5, 2015

shopping sehingga rabak.







assalamualaikum hai.


sejak padini buat sale ni memang banyak duit aku mengalir ke arah baju baju dah seluar yang swag tak ingat. aku bukan apa sebagai manusia yang selebet kekadang tu teringin la gak nak bergaya. takkan uqasha senrose je boleh cantik? aku pun nak jugak. kahkah.


sesi shopping kali ni lebih kepada sweaters and long sleeve blouse and trousers. untuk pengetahuan korang sweater yang cantik cantik tu padini buat sale tahu tak! sehelai rm39 je! gila kot. kat instashop pun jual rm50. anddd aku dengar citer h&m pun tengah sale sekarang.adik aku cakap dia beli seluar H&M rm10 je time sale. tak menangis jiwa ini?


aku telah berjaya meranapkan  rm400++ bulan ni di padini. jumlah yang maybe tak banyak bagi korang tapi banyak bagi aku. aku kaki shopping namun ini kali pertama aku rasa puas gila gila. sebab kualiti dia memang tiptop harga murah plak tu. siapa tak suka? hahaha.

aku dapat 2 helai trousers,4 sweaters,1 blouse, 1 tshirt,1 kasut dengan harga rm400++. murah kan? biasa sekarang standart sehelai baju dah rm69 la rm79 la. ni rm39 kira jimatlahh. 


memandangkan adik aku datang melawat aku , aku pun sebagai kakak yang _______ mestilah nak show appreciation terhadap lawatan adik aku tu. maka aku pun belanja la dia satu harini. hahaha

a)baik
b)bijak
c)cantik
d)comel
e)semua di atas







muka bahagia dapat shopping hahaha. 


sekarang adik aku tengah sambung degree kat unitar. semoga kau dapat 4flat setiap sem amin.dah 3 orang adik aku sambung degree? kakak dia? haritu plan nak sambung terbantut. aku teringin nak sambung TESL sebenarnya tapi tengoklah keadaan macam mana. XD

November 2, 2015

hardest decision i have ever made.



assalamualaikum hai.

semalam lepas balik kerja, cousin cousin kesayangan ajak aku keluar date  bagi menghilangkan stress aku yang menggila sejak dua menjak ni. macam macam benda jadi yang terlalu private untuk aku cerita dalam blog ni.yang pasti, aku tengah try nak cari kerja lain. kerja baru lagi? hmm itulah dia.. 
aku dah selesa dengan tempat sekarang, kawan kawan okay. kalau ditakdirkan aku dapat kerja baru nanti sah sah aku menangis sebab rindukan diorang. aku sayang diorang sebenarnya. macam adik beradik aku dah.


Tapi yelah, i've got no choice. mungkin bulan 12 ni last month aku bersama diorang. aku ingat nak masuk part time je kat oulet tu and full time kat tempat lain. tengoklah kalau dapat kerja area bangsar senang sikit.



kenapa aku sayang nak tinggalkan tempat tu? 


1) boss dia baik. yess, aku jarang jumpa boss sebaik yang sekarang ni.dia punya tahap garang tahap fussy aku boleh terima. dia lebih rasional jenis boleh bawak bincang. aku suka. and boss dia comel juga, hahaha seriously miss caren memang comel. ini bukan entry bodek ye. tak ada faedah aku bodek dalam entry yang dah tentu tentu dia tak baca ni.


2)kawan kawan . kawan kat situ banyak yang satu kepala. walaupun dari outlet lain tapi boleh bertegur sapa, bersembang ibarat tiada hari esok. ko bayangkan part timer sunway pyramid pun aku boleh kenal . bayangkan! hahaha. orang kat tempat baru ni kenal aku sebagai seorang manusia peramah, mudah berbual padahal diorang tak tahu betapa awkwardnya manusia ni dulu? tempat ni banyak dah ubah aku :).


3) People Skill aku improved. sebab semakin hari semakin lama confident level aku semakin okay. kadang kadang tu insecure gak tengok badan sendiri yang tak lawa. tapi nak ceritanya dulu aku nak cakap dengan orang pun gagap gagap. sekarang no more.  siap boleh senyum sampai telinga lagi. cakap pun fluent je. ini bukan entry berlagak tapi ini kenyataan. selama  ni aku tulis status bahasa inggeris bla bla bla untuk brush up bahasa inggeris aku. siap berkawan dengan mat salleh yang dah jadi bestfriend aku namun, yang betul betul fluentkan bahasa inggeris aku adalah dengan cara aku bercakap dengan bahasa itu bukan sekadar menulis.practice practice and practice! verbally! XD



4)aku dapat shopping dengan harga jauh lebih murah.sebab apa? sebab aku kerja dalam shopping mall jadi aku lebih alert dengan sale sale yang berlaku kat situ. contohnya sekarang padini tengah buat sale gila gila. aku baru je meranapkan duit aku semalam. namun aku bahagia. banyak gila kot aku dapat. hahaha nanti aku letak gambar kat bawah. selain sebab sale jugak, bila kau dah kerja dalam shopping mall kau akan dapat kawan kawan dari kedai lain yang selalu offer kau harga staff. kau ingat orang lain dapat benda benda camtu? hahaha. kitorang build relationship with each other.



5)aku belajar skill baru. skill aku belajar yang aku takkan dapat dekat luar. aku belajar teknik buat kek secara percuma dan dibayar! hahaha. ko tahu class buat cake yang ada art ni berapa kena bayar? mahal do serious. and because cake cake semua ni handmade maka aku mesti kena tahu dan belajar buat setiap jenis kek. fyi, cake kat situ aku dekat 100++ jenis flavour icing dia. jadi kalau aku sekarang ni nak balik rumah and buat cake sendiri dah boleh dah.aku belajar cara buat icing yang betul, aku belajar cara hasilkan cake yang sedap dan moist. aku belajar cara buat cream cheese. aku belajar cara buat salted caramel. aku belajar cara piping atas cake secara berseni. aku belajar handle manusia. yelah aku kan bahagian management sebenarnya. lepastu aku belajar basic basic perniagaan f&b cara nak handle store, handle inventory. semualah! 


6)last but not least.aku jadi independent. sebelum ni bukan aku tak independent eah. cuma sekarang lebih lagi. aku tahu cara nak survive dekat kl ni macam mana. aku buat banyak kesilapan dan aku belajar banyak jugak dari kesilapan aku and sekarang aku nak perbetulkan balik kesilapan aku tu. korang doakan aku berjaya dunia akhirat ye? semoga aku jumpalah solution untuk masalah aku tu! :)






💝 Anniversary Trip To Jakarta