Assalamualaikum, hai
aku rasa inilah kali pertama aku buat review untuk sebuah buku. sejujurnya tak banyak lagi yang korang tahu pasal aku ni. mungkin bagi sesetengah orang yang dah lama ikut blog ni ingat aku ni sekadar spoiled brat yang kaki shopping bla bla bla . ketahuilah bahawa aku tak layak digelar spoiled brat sebab aku usaha sendiri nak dapatkan sesuatu, bukan datang dari family kaya dan mahupun berada.
aku minat buku. buku buku santai yang rare aku suka baca. komik komik apatah lagi. novel cinta? dulu pernah la terjebak baca tapi karya berkualiti jela. aku terjebak pun sebab masa dekat college bilik aku tak ada tv. kalau boring cuma ada internet je. so aku start pinjam buku novel kawan aku. Adalah jugak aku beli sendiri. tapi aku ada dalam 20 buku je tak banyak pun. kawan aku ada sampai seratus lebih. gila kan? 20 buah buku tu bukan semua kisah cinta mengarut . semua jenis fun fun.kelakar. untuk pengetahuan korang, aku memang manusia yang tertarik dengan benda benda kelakar dari benda benda romantik tangkap leleh tu semua.
okay straight kepada review buku.
buku reinkarnasi by faiz ibrahim ni aku baru je beli semalam dekat my news midvalley. aku tertarik dengan cover dia yang swag habis. aku ingat cerita hantu. aku pun beli. nak tengok cover dia?
smart kan? percayalah bahawa isi dia berganda ganda lagi smart.
bila aku baca buku ni , aku rasa sentap, insaf, kekadang tu aku gelak berguling guling
sebab lawak. aku rasa author dia ni mempunyai sense of humor yang agak tinggi.
so thumbs up faiz ibrahim!
banyak dia ingatkan tentang tuhan, lepastu ada banyak coretan kisah hidup dia sendiri.
bagi pendapat aku bacaan ni ringan je impak dia agak besar.
kenapa? aku tak boleh cerita terlalu peribadi untuk aku ceritakan dekat sini..
okay la aku share one of my fav nukilan dia dalam satu helai ni. agak nakal namun kelakar.
sindir sinis yang kelakar.
ini cover belakang buku, sekarang korang faham kan kenapa aku suka buku ni?
aku rate buku 4 star. 1 star hilang sebab tak cukup tebal bagi aku. kejap je aku dah khatam
buku ni.
harga dia? rm19 dekat my news. murah je kan?
sesiapa nak beli boleh try bookstore terdekat. atau boleh ke facebook page thebooku .
karya beliau ni agak limited. so siapa cepat dia dapat! XD
3 comments:
Buku ni best, menarik. Bahasa pun mudah nak paham, tapi maksud mendalam .. :) btw. Salam kenal, first time singgah sini :D jwmput datang rumah http://kimchaa.blogspot.my
heheheh kan memang best buku ni XD
Belum baca. Tapi, ada gak dengar2 yg buku ni best. :D
Post a Comment