January 4, 2021

Aktiviti Awal 2021 and kejar wishlist baru?

 

hi guys

lama I tak update blog kan? 

sejak atuk sakit i macam hilang mood nak buat semua benda. tapi Alhamdulillah atuk pun semakin pulih.

31 december lepas habis kerja i dengan husband balik ke rumah my mom di sabak bernam. sajalah balik sebab my mom dah pencen sambal tu ingat nak melawat atuk sekali. atuk dah balik kampung mujurlah tak jauh Sangat sabak bernam dengan kampung atuk dalam 40 minit je. kami berdua decide tidur 2 malam di rumah mama. keesokan harinya awal awal lagi kami dah bertolak ke kampung. sempat la bersembang lama dengan atuk. 


lepastu kami berempat ( mama, ammar (my lil brother), me and my husband decide pergi teluk intan Sebab my husband orang sarawak kan sajalah bawak dia jalan jalan Perak. sampai je sana kebetulan ada expo guys! so hasilnyaaaaa I beli carpet bulu yang cantik dan 10 helai baju kelawar. very comfy . sis suka 

cantikkan ? boleh la buat flat lay macam gambar dalam pinterest. 

my percubaan nak buat flat lay. hehhehe sayangnya iPhone X dengan iPhone 7 tu dah rosak. 
sorry kalau quality gambar non had. I snap pakai iPhone 6 lama husband I punya. I memang apple lover kalau boleh semua benda I nak beli tapi syukurlah I ada kesedaran . benda kurang penting lambat lagi i beli. inshallah nanti ada rezeki lebih kita lengkapkan collection 



Abah tak ikut Sebab Abah pergi kebun . dah pencen ni memang tu jelah kerja dia. fauzi pun tak ikut busy check assignment student dia. aiman pulak sibuk bercuti dengan kawan. aqilah pulak tak balik. so hanya kami berempat termasuk my husband

since my husband sarawakian so wajib I bawak dia jalan jalan Perak


2 January kami bertolak dari sabak bernam ke Damansara . pukul 11 kami sampai Damansara terus ke hero market beli groceries. I memang particular pasal benda ni. sebelum pergi bersuka ria kena settle bayar or beli benda penting dulu. pada awalnya nak ke ikea sampai parking dapat tahu ikea tutup pasal kes covid terus pergi ke Sunway Pyramid . sampai sana kami makan tony romas.



ingatkan lepas makan nak shopping dekat situ sekali. Sebab i dah janji dengan husband nak belanja dia baju. Oleh Sebab terlalu crowded kami pergi the curve Sahaja. mula mula berat hat Sebab ikea yang kena tutup tu sebelah je kan. tapi kami fikir kami singgah tak lama so redah jela.


gambar lepas shopping. happy nampak? tak beli banyak pun. kami memang suka uniqlo so selalunya kami beli ikut suka tapi memandangkan kami tak ada outfit yang sama we decided to buy flannel shirt and denim jacket sama. i ada tambah satu long trousers. I rasa everyone pun memang suka dengan uniqlo so I don't need to say more. baju I beli berapa tahun lepas pun elok lagi walaupun selalu pakai. warna. dia still cantik.


I habis dalam rm449 je. Sebab time tu tak ada e member sale sangat. kita tunggu nanti CNY . mana tahu CNY ada sale. 



and this is me stocking up apa yang penting saja. I dah tak masuk sangat sephora. masa I pergi pyramid pun I mampu lalu tanya masuk. sebab make up I banyak lagi and everyone pakai mask rasa membazir pulak. kalau korang perasan unicorn yang dekat car keys I tu dah tukar colour. dulu warna pink sekarang I tukar purple. Sebab Kepala unicorn tu dah terbelah dua I kena beli baru. nasib baik murah! 
I beli dekat ninso kota Damansara je. husband I beli  jajan so i kirim sekali . i tak ada gambar Sebab i duduk dalam kereta Sebab letih. HAHAHA



settle shopping uniqlo tu kami makan dessert pulak. 
memang unhealthy I'm sorry I have such a sweet tooth. doakan I kuat semangat nak kurus k guys.
this year I'm turning 30. macam tak percaya tapi kena percaya. 
this means kesihatan kena jaga, kulit kena jaga, 
rumah kena beli. income kena banyak eh macam macam lah tapi tape . take one step at time kay?

2021 wishlist dah start kena kejar.(I takkan cerita wishlist i apa so jangan tanya) korang pulak macam mana?
baru 4hb sempat lagi tau nak pasang azam.
If you are struggling I doa  hidup you semakin okay.


k lah guys I nak prepare nak kerja sekejap lagi.


ttyl

una mn














No comments: