June 24, 2021

Hobi berubah and rindu life before covid

 


hi korang

dah lama kan tak update. yelah sebab mco tak keluar so tak ada benda nak update

cuma lately kan i perasan i semakin meminati emas. kalau dulu duit i habis ke make up . sekarang make up dah kurang i pakai mana ada je. i still suka make up cuma tak la macam dulu.  i lebih suka skincare sekarang and jugak nak kumpul emas.i tak letak specific target sebab as an adult kita banyak komitmen and benda lain kita nak kena capai kan? i ada berjinak jinak beli bracelete . antara yang i suka tengok angsa emas, merchant9, mira gold, emas anuar and  sri tanah merah.

i tak suka sangat pakai besar besar tapi i ada cita cita nak beli yang besar. maybe i akan pakai waktu raya or maybe i simpan je. tengoklah. sebab bahaya jugak nak pakai yang besar besar tu kan. tapi kalau korang suka pakai emas besar besar i takkan judge pun. sebab i suka tengok.HAHAHA




bagi i sangat penting untuk kita yang perempuan ni ada harta sendiri. Sebab apa apa jadi inshaallah kita boleh jaga diri sendiri. i suka tengok independent women. yang kerja tapi masih okay jaga rumahtangga. 

i am inspired to be that kind of woman. kalau korang jenis rajin ikut perkembangan dunia and  selalu baca hadis akhir zaman korang akan faham jugak betapa pentingnya emas ni. suatu hari nanti sistem perbankan dunia akan lumpuh. dan masa tu emas , perak lah yang orang guna. jadi bersiap sedialah dari sekarang. jangan tanya i bila. i bukan tukang tilik . rajin rajin la dengar ceramah ustaz ustaz ok? keep digging the information.


actually waktu i type entry ni i tengah rindu waktu before covid. i rindu nak keluar tengok movie dengan husband i every week. kadang kadang i keluar dengan cousin. i rindu nak makan makan dekat luar. 

i tak deny yang sejak covid last year .. walapun dunia dilanda malapetaka Allah maha baik pada i . 

rezeki i lancar, melimpah ruah. bukan tak bersyukur.. cuma rindu .biasalah rindu.

rindu nak balik rumah my mom. rindu nak roadtrips. next month kereta i genap setahun umur dia. 



i beli kereta pertama masa pandemik. i banyak bayar hutang ptptn pun waktu pandemik. dari last year sampai bulan ni total i dah bayar rm18k. such a huge amount for me . kalau orang lain maybe pejam mata je rm18k tu kan. so balance ada lagi sikit. nak kata sikit sangat balance tu tak la tapi i usahakan untuk settlekan tahun ni. kalau tak ada aral melintang inshaallah.



ni masa i basuh dia haritu. sekarang pkp carwash dekat rumah i tutup.
i jenis pantang tengok dia kotor . nasib la duduk apartment kan. kalau rumah 
landed boleh la basuh sendiri



 tapi tadi husband i dah bising suruh alih kereta sebab tempat i parking tu tak ada bumbung and banyak taik burung. dia nak i alihkan and dia nak basuh. kita tengok jela dia ni sembang ke tak HAHAHA.
i bulan june ni kerja malam habis kerja pagi dalam pukul 7.30 . so habis kerja memang i tidur sampai petang . so kalau dia nak suruh alih pagi memang taklah i bangun kecuali di kejutkan hahaha.
i dah check schedule bulan 7 i kerja pagi start 7hb. tapi tu la i dah wfh since early last year. shift pagi ke petang ke malam ke sama je for me. i masih di rumah.  memandangkan kes dekat klang valley ni tak turun turun  i rasa maybe kitorang masuk office next year. maybe la i  dont know. so anggap la masuk office bulan 1 tahun depan kan.. 

i ada 6 months untuk kurus. korang rasa i boleh kurus tak?

maybe yes (if i komited .. i've done it multiple time)  or maybe not HAHAHA
sebenarnya i boleh je nak kurus . come on una you can do it. sebab rumah i treadmill ada, dumbell ada.
nak taknak je.


okay la ni challenge i untuk diri sendiri .
kalau i berjaya kurus . bulan 12 i upload gambar  full ootd.  okay set.

korang jangan tanya berat i berapa. sebab i takkan jawab.

HAHAHAHA

k korang tu je la kot for now.

till then

ttyl 

una mn






June 3, 2021

crossing wishlist no 6 on june XD

 




Hai korang .. 

apa khabar korang semua... i just nak share dengan korang my journey to complete this small wishlist.

number 6 ni pun i forwardkan because of circumstances. okay  so this  wishlist pun considered small jugak.

i rasa dalam banyak banyak wishlist yang ini yang paling small and yet i letak agak jauh kebelakang.


nak tahu ke wishlist i apa??!!


i ambik medical card korang!! medical card ni ada saving and also waiver. i think i harus share dengan korang sebab i know not everyone ada opportunity nak ambik medical card even gaji banyak. 

sebab ada tanggungan lain and komitmen lain.  biasanya what holding our back from taking medical card ialah premium bulanan (bayaran bulanan) yang meningkat  every 5 years and tak ada cash value kan?

i ambik medical card from great eastern dari contact i di instagram. actually i kenal dia way back before instagram tapi tak pernah jumpa. cuma i selalu beli barang dengan dia. so long story short i haritu ternampak story dia share pasal insurance yang tak meningkat ikut umur and boleh cover 45 jenis penyakit and very affordable . jangan tanya i berapa premium i sebabnya dia ikut your background. kerja you jenis apa, umur you berapa so kalau you guys minat kejap lagi i letak link instagram dia. so korang boleh pm dia dekat sana 

yang best insurance ni .. dia ada waiver and simpanan. lepas 6 tahun nak keluarkan pun boleh or kalau you nak tunggu umur 61 pun boleh keluarkan and boleh dapat dalam 12k-19 saving ye.(saving ni ikut plan u ambik and class you) dan plan ni dia cover both private and government hospital . 




for me plan ni sesuai untuk rakyat marhaen macam i yang nak medical card and the same time tak ada allocation yang banyak untuk bayar medical card.   oh bestnya medical card ni ada apps jugak , and ada khairat kematian, hibah dan saving. i tak reti nak cerita panjang panjang untuk maklumat lebih lanjut boleh tanya advisor dia sendiri . wani(greast eastern advisor). klik kat nama dia tu k. boleh mintak quotation dulu. kenapa i tak share her number? i didnt ask her permission yet so tak apa korang ada instagram kan dm dia kat sana ya.


i dengan husband baru buat bayaran tadi . so doakan approve eah. sebab both of us tak pernah warded so inshallah la approved (amin sejuta kali) 


ni bukan paid review sebab i tak famous. jadi siapa tak ada medical card silalah buat jika nak. i pun umur 30 baru nak buat sebelum ni rasa cukup je dengan medical company. tapi tu la company cover apa je kan. so better be safe than sorry. 




k korang tu je for now.. nanti kalau i dah dapat medical card i will update you guys. :D

till then 

ttyl 


una mn 




June 1, 2021

FULL PKP AND DISNEY PLUS COMING TO MALAYSIA

 



hi guys.....

harini macam korang tahu adalah hari pertama full lockdown macam pkp 1 tahun lepas and harini juga adalah hari dimana disney plus dah avalaible dekat malaysia. so pagi pagi tadi i dah subscribe terus untuk 3 bulan. disney plus + hotstar ni sangat murah ye. compare to netflix. i bayar rm54.90 je for 3 months.

apa yang buat i excited?

sebab mostly series dari marvel available dekat disney plus je. macam wanda vision haritu cuma ada dekat disney plus . falcon x winter soldier and yang akan datang ni. LOKI!!! sumpah i tak sabar nak tunggu 9 june. tengah pkp ni kan tak banyak movie baru keluar . jadi dengan adanya disney plus tak adalah sendu sangat hari i hehehe.




kebetulan pulak start esok i dah masuk kerja malam guys. so siang kalau lepas tidur tu.. mesti ada rasa nak tengok series ke movie ke. yang kenal i lama tahu i suka tengok movie . english movie to be exact. melayu adalah tapi yang berkualiti sahaja. macam red film , kru punya ke i suka la.. orang lain punya movie i kurang.


oh ya macam tak sangka next month kereta i dah setahun. sekejap je kan masa berlalu. sekejap je dah setahun kereta i keluar. i rasa pkp ni maybe lama. sebab nak kurangkan angka yang beribu2 ni kan. 

i  tengah work on wishlist yang agak besar or i can say the biggest wishlist for this year? maybe. 

so korang doakan i kuat semangat  ya. sebab selalu wishlist i .. i kumpul duit sebulan or 2 bulan je dah settle. yang ini ambik masa lama sikit sebab amount dia agak besar ye. i manusia biasa kerja bukan duit datang dari langit. nak mintak husband dia pun belum kaya lagi. so kita kenalah pandai manage .. begitu.


k la korang i nak sambung tengok disney plus ni


bye bye :3


ttyl 


una mn


💝 Anniversary Trip To Jakarta