hi guys.....
harini macam korang tahu adalah hari pertama full lockdown macam pkp 1 tahun lepas and harini juga adalah hari dimana disney plus dah avalaible dekat malaysia. so pagi pagi tadi i dah subscribe terus untuk 3 bulan. disney plus + hotstar ni sangat murah ye. compare to netflix. i bayar rm54.90 je for 3 months.
apa yang buat i excited?
sebab mostly series dari marvel available dekat disney plus je. macam wanda vision haritu cuma ada dekat disney plus . falcon x winter soldier and yang akan datang ni. LOKI!!! sumpah i tak sabar nak tunggu 9 june. tengah pkp ni kan tak banyak movie baru keluar . jadi dengan adanya disney plus tak adalah sendu sangat hari i hehehe.
kebetulan pulak start esok i dah masuk kerja malam guys. so siang kalau lepas tidur tu.. mesti ada rasa nak tengok series ke movie ke. yang kenal i lama tahu i suka tengok movie . english movie to be exact. melayu adalah tapi yang berkualiti sahaja. macam red film , kru punya ke i suka la.. orang lain punya movie i kurang.
oh ya macam tak sangka next month kereta i dah setahun. sekejap je kan masa berlalu. sekejap je dah setahun kereta i keluar. i rasa pkp ni maybe lama. sebab nak kurangkan angka yang beribu2 ni kan.
i tengah work on wishlist yang agak besar or i can say the biggest wishlist for this year? maybe.
so korang doakan i kuat semangat ya. sebab selalu wishlist i .. i kumpul duit sebulan or 2 bulan je dah settle. yang ini ambik masa lama sikit sebab amount dia agak besar ye. i manusia biasa kerja bukan duit datang dari langit. nak mintak husband dia pun belum kaya lagi. so kita kenalah pandai manage .. begitu.
k la korang i nak sambung tengok disney plus ni
bye bye :3
ttyl
una mn
No comments:
Post a Comment