May 15, 2021

Aktiviti raya pertama 2021 dan crossing another wishlist?



Hai korang.. selamat hari raya maaf zahir batin.
raya tahun ni seperti mana kita tahu ... rakyat malaysia kena pkp lagi. yang sedihnya last year raya masih boleh rentas daerah untuk raya pertama untuk raya tahun ni. jangankan rentas daerah.. ke rumah jiran pun tak boleh.  jadi selepas baca sop dari gov sis mendapati tiada larangan ke mall. jadi agenda hari ini adalah ke shopping mall. oh ye tahun ni sis raya bertiga. my sister yang tak dapat balik  kampung beraya dengan sis . 2 hari sebelum raya i ambik dia bawak ke rumah sebab kesian . yelah takkan dia nak raya sorang kan. 
theme tahun ni? purple!!! hahaha dia macam pinkish tone sikit . 
pagi raya i bertukar juadah dengan aishah kawan dari blok sebelah. andddd dia bagi i bag guys hadiah birthday haritu . tak sangka jugak dah bulan 5 masih dapat hadiah.




cantikkan ??? 






okay ni lah gambar raya pertama kami. settle bergambar kami keluar ke  sri damansara.
sebab nak ootd. ni  i belanja gambar husband and adik i.


husband i . penat jugak ambik gambar dia ni. active sangat.


ni adik i aqilah. dia ni memang boyish sikit. semoga satu hari masuk hidayah kat hati kau eah .



yeap ni dekat uniqlo first yang ada building  sendiri dekat malaysia. bukan dalam mall
best spot untuk ambik ootd HAHAHA.





selepas tu kami pergi the curve sebab bosan. and nampak spot ambik gambar raya. 
so i layankan jela perangai husband i. actually banyak lagi gambar dia suruh i ambik.
ni sebahagiannya.


acah bakar lemang




kesian dah 2 tahun tak balik raya sarawak. kalau next year covid dah tak ada kita balik
raya sana eah.


selepas itu kami pergi ikea memandangkan raya ikea tak ramai orang jadi rasanya ia masa terbaik nak shopping. selalunya penuh je kan. so i beli dua wardrobe one for me one for husband. 
3 sets wooden hanger, frying pan , scented candle, duvet, bedsheet, quilt cover and etc yang tu je i ingat.
wardrobe tu i beli rakkestad je. sebab bilik i punya theme black. so rakkestad ada black colour.
i ada gak minat satu jenis wardrobe yang besar sikit tapi oleh sebab dia jenis slide i tak jadi beli
yelah common issue wardrobe jenis slide kan dia cepat tertanggal so untuk elak benda tu i beli ni. actually i plan nak beli rakkestad yang besar sikit tapi yang saiz ni je tinggal 

abaikan  benda bersepah tu. haha bilik agak disaster sikit sebab husband i install dia dalam bilik
so memang sepah. tapi dah kemas dah.


haaa i beli jenis ni. murah je. sebenarnya i nak je tunggu rakkestad yang besar tu restocked  memandangkan almari dekat rumah sekarang tak boleh tampung kapasiti baju kitorang and almari lama tu quality dia tak seberapa so i decided beli yang ikea punya.
tak adalah nak kena tukar banyak kali kan.
beli wardrobe from ikea ni one of my wishlist jugak. so guys.... i crossed my 4th wishlist :D
 






semua baru hehehe . kalau korang kenal i lama sikit korang tahu i jenis pantang bedsheet comot sikit. kalau dah basuh2 tak mahu hilang alamatnya ke tong sampah.
nanti tunggu cadar lain restocked nak kena beli lagi sebab cadar ni seeloknya2 ditukar seminggu sekali .

sebelum balik i belikan present untuk aishah. i got her jacket jeans from uniqlo. glad that she like it. 

okay tu jelah my raya activity.

i rasa shopping is my coping mechanism.
rasanya orang lain sama jugak.


tapi alhamdulillah syukur masih beraya jugak. 

kalau ada yang baca ni nak pesan sikit mari kita sama sama baca qunut nazilah selepas solat dan doakan rakyat palestin diselamatkan. Allah amin .


k tu je lah setakat ni dulu

till then ttyl

una mn




















No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta