October 30, 2021

Second Root Canal Treatment ,Gigi Coffee completed my 8th wishlist !!!

 



Hey guys!!!

diam tak diam dah hari sabtu! harini dengan esok adalah hari i berehat sebab i ambik annual leave. 

last wednesday 27 october adalah second root canal treatment.second treatment mengambil masa 15-20 minit sahaja lebih cepat dari first treatment yang mengambil masa 40 minit. selepas my root canal treatment we went straight to nu sentral sebab i nak makan dekat bbap!! hahaha tapi sedihnya bila sampai sana bbap dah tak jual bingsu lagi.  so tak jadi makan bbap kami pergi makan dekat dubuyo nu sentral jugak.



so inappropiate i know. he did that face to annoy me. if you guys see a decent picture of him
it might be 100 pix later :'). apparently i dont have much energy to snap that much pix since i'm hungry and my cheek still kebas after root canal. 

the i'm so done with him kinda face. nampak tak my left cheek swollen a bit?
maybe you guys cant tell sebab i gemuk so ... yeah. :")

 plan haritu nak tengok movie dune.Ya Allah guys.... bila my husband check showtime dia lambat lagi showtime paling cepat for that movie ada dekat one utama. tak fikir banyak lepas makan we went straight to one utama. since showtime pukul 2  and kami sampai sana awal . we decided to lepak kejap dekat gigi coffee. korang tak tahu gigi coffee tu apa ? ni haaaa. bukan gigi as of teeth pronounciation dia "jiji"



the one i'm holding "buttercream latte  and dekat meja tu caramel cream" 
dua dua sedap.  murah sikit la dari starbucks. sikit jela tapi.
after watching dune  we decided to shopping  baju. disebabkan i park dekat rooftop old wing 
i malas nak jalan pergi padini of whatever baju store yang ada dekat new wing . korang tahu kan ou tu besar gila. so kitorang gerak ke next mall which is ipc shopping centre! 

i actually banyak baju dah i cari seluar and skirts. 
at first i nak beli skirts dekat uniqlo but we all know their skirt agak senteng and i tak suka
nak pakai seluar panjang ke apa kat dalam. so after puas mencari i found just a perfect skirt and seluar at 
lc waikiki. i jenis tak kisah pakai brand murah . padini ke brand outlet ke. asal cantik selesa i sapu.

i tak beli banyak pun i beli 3 je. 1 skirt and 2 seluar. 
murah je guys and skirts dia you can wear to the office and casual jugak. sebab dia 
boleh match dengan office look. 
tiga tiga helai ni harga sama. rm60 each. murah kan???? 
ikrrrrr.. yes gurl so if you guys nak beli silakannnn..







 




later that night we had dinner at nandos  ipc. and shopping barang dapur sikit dekat bens and balik
kitorang beli stock 2,3 hari masak je sebab kitorang malas nak pergi hero haritu. lagipun gaji i tak keluar lagi masa tu so malas. i memang perangai pelik sikit. even husband i bagi duit.. kalau nak beli barang dapur ke bayar bills ke i akan tunggu gaji i keluar jugak dulu so senang  i nak atur payment.
i kan menteri kewangan keluarga hihi.
husband i cuma hulur duit and i manage semua. 


andddd guysss... malam sebelum tu sebenarnya  my agent whatsapp me and asking about whether i nak proceed dengan hibah rumah. and i agree.  i ambik hibah atas nasihat banker yang approvekan loan rumah i. 
dia cakap ramai orang beli rumah buat silap dah sign rumah , tapi tak beli life insurance. 
i dah ada medical card but i still need hibah so if whatever happen to me meninggal ke disabled ke , insurance akan bayarkan rumah tu. so tak adalah waris terbeban dengan hutang.


begitu concept dia.  i know some of my friend skeptikal pasal insurance. fikir camni" oh kalau kau mati seronoklah husband kau una"

salah tu ye sempit fikiran tu.  Korang tahu kan dalam agama islam...
jika kita ada hutang boleh kata tak dapat masuk syurga. 
you want me to risk that?


NO!


i know lah i tak baik mana but impian setiap muslim nak masuk syurga kan?
ke korang taknak?
i'm not the right person to tell you about this but you boleh tanya ustaz kalau tak percaya 
apa i cakap.  i ambik islamic loan . so basically any conventional insurance i tak boleh ambik. thats why i chose hibah.
korang yang nak beli rumah kena tahu tau pasal ilmu ni.
tanya yang pakar takut salah beli.


dengan settlenya pembelian hibah i haritu i officially managed to cross my 8th wishlist guys!!! ya.. my 8th wishlist ada beli insurance hibah. actually
plan asal i nak settlekan my 8th and 9th wishlist sekali.
tapi macam biasa hidup ni mesti ada ujian sekali sekali.
hiccups everywhere. so i kena tangguh 2,3 weeks or sebulan .
korang doakan yang last wishlist i settle cepat eah and di permudahkan .

marilah kita recap wishlisht tahun 2021 ni
yang i dah berjaya capai / beli!


1) gelang emas dan cincin emas
2) treadmill
3) Ipad Air 4th Gen sky blue  2020
4) Aircond Inverter
5) Ikea Wardrobe
6) Medical Card
7)Beli rumah sendiri (condo) siap 2024
8) Hibah


what is the 9th wishlist???

i rasa korang tahu kot.
yang jarang baca maybe tak tahu.

so takpe time will tell


till then


ttyl

una mn

















October 22, 2021

My first root canal treatment and how i spend my offdays!!

 


hey guys....

seperti mana yang korang tahu i ada mention pasal treatment root canal . so lepas pergi lau dental ahad lepas i setkan appointment for first root canal on wednesday sebab i cuti rabu khamis for this month.

appointment pukul 10 pagi so i sampai sana sharp pukul 10 and terus buat treatment.  took 40 min and treatment pertama selesai. untuk pengetahuan korang root canal biasanya ada 3 session and untuk sebatang gigi cost dia around rm700-rm1000 macam tu depend pada clinic. lau dental antara yang murah. why i kata murah? sebenarnya i bukan kali pertama di suggest root canal. masa i mula mula habis belajar dulu. dr gigi dekat area rumah i ada suggest buat root canal . but i refused sebab masa tu i tak kerja lagi. and my dad pay for my bill. masa tu root canal rm600 ya. so 9 years ago root canal was rm600. my friend ada buat baru baru ni kena rm1000 ya for root canal. so i agak lega sebab cost dia tak mahal sangat. ubat pun cuma rm60 je. 



luckily my company ada cover dental . even cuma rm300 tapi takpelah. at least i cuma keluarkan rm460 je kan? lau dental ni i sangat suggest korang pergi sebabnya dr dekat situ murah and tak sakit. ada sesetengah dentist i penah pergi. private clinic tapi kasar bukan main. :')


ahamdulillah lau dental dekat sri damansara sangat sangat berhati hati. next appointment i pilih waktu  i offday jugak senang tak payah ganggu hari kerja. 


selepas root canal i ajak my husband pergi sunway pyramid for lunch. kami pergi makan dekat manhattan fish market je sebab dah lama tak makan . korang kalau follow instagram i korang tahu my life all about food.lepas makan kami ingat nak tengok movie tapi tak ada movie best. so we decided to lepak another mall.

of course la kami pergi the curve. the curve ni sebenarnya tak ada attraction sangat . tapi i suka sebab mall dia tak besar and tak serabut.  



kami lepak minum sambil menikmati suasana hujandekat starbucks the street. lepas minum kami balik rumah. tapi sebelum tu sempatla drive thru mcd dulu untuk dinner.



pagi khamis.

tengah i golek golek atas katil yalah hari cuti kan. apa lagi nak buat. husband i tiba tiba cakap. harini dia tak kerja. jom kita pergi tengok movie nak tak ? i pun setuju je la. kami pergi one utama for movie.

kami tengok fast and furious je. actually kami dah tengok online haritu. tapi my husband insist nak tengok dekat movie hall sebab nak feel the imax theatre. i okay je la.  lepastu kami dua dua lapar sebab actually dua dua tak breakfast sebab nak tengok movie awal punya pasal. i ajak husband makan steamboat.plan asal nak makan seoul garden tapi korang tahu jelah seoul garden one utama tu tak besar mana andddd selalu je full. so kitorang decide makan pak john steamboat jela dekat tropiccana city mall. sampai sana kitorang ambik dinner terus memandangkan nak duduk sana lama . yela dua dua lapar gila kan.


kitorang duduk sana sampai pukul 6. siapa macam i suka makan pineapple dengan ayam?i suka grill pineapple dengan ayam lepastu dip dengan sweet chilli sauce. YA Allah guys. rasa dia sampai ke bulan!!!


lepas makan kami jalan jalan kejap dekat situ. actually i rindu nak hiking, camping , mandi waterfall anddddd rindu nak main badminton. dulu masa zaman i remaja (sekolah menengah) sekolah i jenis rajin buat activity macam tu and i semestinya join.. so kami usha usha raket badminton, tent and nak lose weight. sikit sikit pun tak pe. yelah mana tahu bila keadaan semakin baik boleh travel overseas kan?! settle shopping makanan sikit dekat mr dollar kami balik rumah and before that macam biasa drive thru starbucks la guys.



k tu je for now..



ttyl 


una mn

October 19, 2021

Balik rumah parents and sakit gigi

 

gambar sebelum balik.

Hai korang

rabu last week 13 october 2021 klang valley tak ada air. nak tak nak i kena balik.

nak tidur hotel rasa membazir pulak since i kena kerja and tak ada berjalan pergi mana pun. since i masih wfh i decide untuk balik rumah parents i di sabak bernam. on the way balik i sesat  sampai ke port klang sebab highway latar tutup and i salah ambik simpang dekat klang tu. lepastu sampai sungai besar jalan tutup sebab ada construction i ikut jalan dalam yang i tak familiar. sudahnya i sesat dekat bno.mesti korang pelik macam mana boleh sesat sedangkan balik rumah parents sendiri. ya guys.. sebab i duduk situ dalam 3,4 tahun je.i banyak habiskan masa dekat tempat lain. 12 tahun rumah opah (sebab membesar sana), balance tahun lain i masuk asrama . jadi harap maaf la kalau korang tanya i apa best dekat situ i memang tak tahu.





ikutkan i boleh balik awal lagi tapi i lepak rumah cousin i dulu main dengan kucing 
dekat sunway . since my mom suruh i ambik barang before balik



i boleh kata jarang balik . lepas sesat tu i doa banyak banyak supaya jumpa jalan. sebab dekat situ line tak stabil. rumah i pulak bukan dekat kampung tapi taman perumahan dekat dengan pekan sabak bernam.alhamdulillah akhirnya i jumpa jalan balik. 13 and 14 tu i memang offday. i habiskan masa bersembang dengan mama abah. belanja diorang minum air bubble tea yang ada dekat pekan tu.my mom bekas nurse so dia jarang la beli air air manis macam tu. saja bagi diorang try .










hari jumaat i wfh from sabak bernam. alhamdulillah sana dah ada unifi before ni streamyx memang line lembap sikit. peliknya unifi rumah parents i line dia lagi laju dari unifi rumah i padahal i duduk damansara. and bill bayar sama je. heran kan?

jangan pelik kenapa i pakai dua laptop. dell tu laptop kerja i company bagi. macbook tu i punya yang i beli last year tu.  memang habit sambil buat kerja dengar lagu or cerita hantu dekat youtube.

sabtu pagi i balik sini sebab husband i cakap dah ada air. husband i tak ikut balik sebab dia kena kerja . and dia tak wfh. so air dia tadah untuk dia sorang je. balik sini i kerja macam biasa and gigi i start sakit. memang berdenyut denyut sakit. sebab i ada gigi berlubang guys. tu la makan. benda manis banyak2 lagi.



esok tu i pergi cari klinik gigi and dapatla satu klinik gigi di sri damansara appointment pukul 12 pm dekat lau dental.

sampai sana dr cakap gigi i tak boleh nak filing or cabut takut i lebih sakit. dia bagi i ubat and mc suruh 

rest and lepas 3 hari baru datang balik.  so ceritanya esok i akan datang sana untuk treatment root canal pukul 10 pagi. maybe 2 session or 3 session. 

ubat antibiotik haritu i kena bayar rm60 je. untuk root canal sebatang gigi rm700. tampal i lupa tanya dia berapa kos. so nasihat i kalau korang sayang duit tampal la gigi k.

sebelum infection macam i. tapi kalau korang banyak duit tak apa.



i sebenarnya macam dah sampai seru untuk kurangkan manis. insaf tengok bill dental i tu satu jugak.

mujurlah company i ada la cover sikit . so nanti lepas treatment  boleh claim dental dekat AIA.

korang doakan urusan i berjalan lancar tau. inshallah tak ada aral wishlist i yang ke 8 dan ke 9 akan settle waktu terdekat ni .



k tu je 

ttyl


una mn


October 8, 2021

Ptptn debt journey (milestones that i proud of) part 2

 


Hi guys..

today i nak share dekat korang my debt journey. macam i i tulis previous entry klik sini

daripada hutang i berpuluh ribu early last year  rm25.7k sampailah pada bulan ni

i berjaya bayar rm2000 lagi and reduce the amount to under 2k .  inshallah tak ada aral melintang

maybe tengah bulan ni i bayar rm500 lagi so the amount would become lesser than 1k. senang sikit i nak settlekan masa gaji october ni. ptptn debt ni satu satunya wishlist yang i gembar gemburkan sebelum completekan tahun ni. lain semua i senyap senyap je kan. 



so if i manage to bayar another rm500 so balance i untuk settle this end of the month only rm900 je.
finally i can taste the freedom . sikit jela.. sikit.

korang doakan i supaya murah rezeki selalu . mana tahu i boleh settlekan car loan i awal?
yelah sebab i dah ambik new commitment kan?
walaupun lambat lagi bayar.  kalau i settlekan hutang kereta i awal rasa aman sikit.
hutang banyak banyak ni sebenarnya tak best. 
what to do hidup di tengah bandar ni nak beli tanah buat rumah sendiri pun lebih mahal  kan?


apa  apa pun i bersyukur dengan apa yang i ada.


semoga nur izzati husna kaya dan berjaya.


k tu jelah korang


ttyl 

una mn



October 6, 2021

Signing Snp with lawyer for my first house and trying royce chochlate!



Hi korang 


first of all alhamdulillah .... syukur sangat sangat pada Allah finally and officially i  am a house owner.

macam i cakap entry lepas kan loan i dah lulus on 27 september. so harini i baru sempat nak pergi sign snp , loan agreement , house rules yada yada yada... i punya appointment dengan eunice from  mak ng & lim 

pukul 10.30 pagi. office dia dekat ioi boulevard . sampai je  eunice terus proceed brief i before i sign each form. settle sign  i kena buat initial (sign every printed pages)  bayangkan start 10.30 settle pukul 12. lama tak?

untuk first house ni i tak joint loan dengan husband . because he is planning to buy his own house too. inshallah nanti. so this condo is fully under my name . sorry korang. of course i excited :') 



banyakkan ?


lepas sign i dengan husband pergi restoran jaring untuk lunch.
restoran fav i dekat sunway sebab dia ada lauk lauk kampung yang sedap.
lepas makan dekat sana kami decide nak pergi jalan mall kejap. jadilah cuci mata.
kami pergi tropicanna mall je. 

kami lepak dekat coffe bean  saja nak try air baru dia. sekali tak ada stock la. air charcoal apa benda entah nama dia. so i pasrah ambik jela apa apa yang ada. i jarang minum coffee bean selalunya starbucks je.


lepas tu kami decide nak balik je . but before that
 kami pergi beli chochlate yang viral dekat tiktok tu.

royce chochlate. chochlate kayangan. mahal ya rm52.
memang tak boleh beli selalu. i hope i tak addicted.
chochlate ni sedap cuma tu la harga dia :')




actually yang viral tu mild chochlate tak silap nama dia. tapi kat tropicanna ni dah sold out.
promoter tu cakap yang ni rasa dia sedap jugak. so i gave it a try


ni dah makan dua baru teringat na ambik gambar.  chochlate dia kecik je guys .
so kalau korang berduit nak beli selalu tak apa. for me, i personally belum kaya. inshallah
harap kaya boleh beli selalu.


selain royce tadi i beli llao llao jugak
tapi i lupa snap gambar boomerang je ada.
tapi korang tahu kan llao llao cmne tak payah gambar kot.


i anggap ni little celebration untuk meraikan i berjaya beli rumah . 

tadi jugak dah contact my insurance agent wani  nak ambik life insurance dengan dia. before this i dah ambik medical card dengan dia proses sangat smooth tau.
adviseable anyone yang dah beli rumah untuk ambik so incase apa apa jadi
dengan kita, insurance bayarkan our house. 

kalau korang minat nak beli insurance premium tak meningkat boleh
contact my agent wani.  
klik sini untuk fb dia

klik sini untuk instagram dia.


i lately suka buat video banyak banyak 
kat tiktok kalau nak follow , follow @unamn91
sajalah simpan memory video banyak banyak sebab i suka buang gambar
dekat gallery.



alhamdulillah tinggal satu je lagi wishlist tahun ni

wish me luck korang


ttyl 

una mn.

UPDATE

after  9 months signed SNP i received my documents
from lawyer on 28 July 2022.

read more here














October 1, 2021

My coping mechanism and hello october!!!

 



hi guys..


diam tak diam dah masuk october. i sebenarnya  cuti 4 hari. 29 and 30 i punya annual leave today and tomorrow my actual offday. 3 harini i tak lekat dekat rumah. on 29 i keluar beli groceries and lepak makan ice inside scoop . since i lama dah tak makan. selalu i makan llao llao je.





on 30 october which is yesterday  adalah our day out. since yesterday i punya pay out. 
we went out for movie. i tengok shang chi guys!! anyone yang minat marvel wajib tengok okay.
i tengok dekat tgv one utama. then lepastu kitorang pergi ipc sebab i nak try makan sukiya. 
semua sebab tiktok ! hahaha


for me okay la. tapi tak boleh lawan pak john steambot or seoul garden.
hihi. minus point sebab tak ada sweet chilli sauce. 
after lunch kami pergi shopping sekejap and beli makanan hamster and balik


today....


basically i duduk rumah je mula mula and husband kerja.
entah macam mana pukul 2 macam tu i tiba tiba teringat yang i tak try lagi makan taco bell.
since baru je buka border boleh rentas daerah kan. sebelum gov tutup balik border i fikir why not?
so i call my husband suruh dia balik awal.
dia sampai rumah pukul 3 and kami terus keluar pergi cyberjaya. 



sampai sana seorang dari setiap family je dibenarkan beratur.



since i tak tau lagi nak makan apa i pilih i yang beratur.sampai dekat menu i jot down everything i nak makan and send my husband a text. after that i suruh dia beratur and i masuk duduk dalam kereta.
penat oi berdiri lama. 



siapa nak try jangan risau. harga dia mesra dompet je. 
dengar ura ura akan buka di tropiccana. i cant wait! dekat sikit!!!

HAHAHA.

i hope dekat puchong buka satu . yelah i kan dah beli rumah dekat puchong.
i memang suka makan taco and burrito. tapi takpe 
lambat lagi pun tunggu rumah siap.



we bought almost everything on the menu


rice bowl

loaded nachos


for me semua sedap. memang sure i akan beli lagi.
balik dari cyberjaya kami singgah pasar malam dulu before balik rumah.
actually i nak insaf tau nak kurangkan makan luar.
korang doakan impian i ni berjaya.
yelah makan ni adalah my coping mechanism kan? :')


HAHAHAHAHA!

cant wait for 6 october!

ada apa?

eh rahsia la.


takpe korang tunggu jelah 6 oct nanti tahu jugak.

 k tu jelah korang

ttyl

una mn






💝 Anniversary Trip To Jakarta