October 22, 2021

My first root canal treatment and how i spend my offdays!!

 


hey guys....

seperti mana yang korang tahu i ada mention pasal treatment root canal . so lepas pergi lau dental ahad lepas i setkan appointment for first root canal on wednesday sebab i cuti rabu khamis for this month.

appointment pukul 10 pagi so i sampai sana sharp pukul 10 and terus buat treatment.  took 40 min and treatment pertama selesai. untuk pengetahuan korang root canal biasanya ada 3 session and untuk sebatang gigi cost dia around rm700-rm1000 macam tu depend pada clinic. lau dental antara yang murah. why i kata murah? sebenarnya i bukan kali pertama di suggest root canal. masa i mula mula habis belajar dulu. dr gigi dekat area rumah i ada suggest buat root canal . but i refused sebab masa tu i tak kerja lagi. and my dad pay for my bill. masa tu root canal rm600 ya. so 9 years ago root canal was rm600. my friend ada buat baru baru ni kena rm1000 ya for root canal. so i agak lega sebab cost dia tak mahal sangat. ubat pun cuma rm60 je. 



luckily my company ada cover dental . even cuma rm300 tapi takpelah. at least i cuma keluarkan rm460 je kan? lau dental ni i sangat suggest korang pergi sebabnya dr dekat situ murah and tak sakit. ada sesetengah dentist i penah pergi. private clinic tapi kasar bukan main. :')


ahamdulillah lau dental dekat sri damansara sangat sangat berhati hati. next appointment i pilih waktu  i offday jugak senang tak payah ganggu hari kerja. 


selepas root canal i ajak my husband pergi sunway pyramid for lunch. kami pergi makan dekat manhattan fish market je sebab dah lama tak makan . korang kalau follow instagram i korang tahu my life all about food.lepas makan kami ingat nak tengok movie tapi tak ada movie best. so we decided to lepak another mall.

of course la kami pergi the curve. the curve ni sebenarnya tak ada attraction sangat . tapi i suka sebab mall dia tak besar and tak serabut.  



kami lepak minum sambil menikmati suasana hujandekat starbucks the street. lepas minum kami balik rumah. tapi sebelum tu sempatla drive thru mcd dulu untuk dinner.



pagi khamis.

tengah i golek golek atas katil yalah hari cuti kan. apa lagi nak buat. husband i tiba tiba cakap. harini dia tak kerja. jom kita pergi tengok movie nak tak ? i pun setuju je la. kami pergi one utama for movie.

kami tengok fast and furious je. actually kami dah tengok online haritu. tapi my husband insist nak tengok dekat movie hall sebab nak feel the imax theatre. i okay je la.  lepastu kami dua dua lapar sebab actually dua dua tak breakfast sebab nak tengok movie awal punya pasal. i ajak husband makan steamboat.plan asal nak makan seoul garden tapi korang tahu jelah seoul garden one utama tu tak besar mana andddd selalu je full. so kitorang decide makan pak john steamboat jela dekat tropiccana city mall. sampai sana kitorang ambik dinner terus memandangkan nak duduk sana lama . yela dua dua lapar gila kan.


kitorang duduk sana sampai pukul 6. siapa macam i suka makan pineapple dengan ayam?i suka grill pineapple dengan ayam lepastu dip dengan sweet chilli sauce. YA Allah guys. rasa dia sampai ke bulan!!!


lepas makan kami jalan jalan kejap dekat situ. actually i rindu nak hiking, camping , mandi waterfall anddddd rindu nak main badminton. dulu masa zaman i remaja (sekolah menengah) sekolah i jenis rajin buat activity macam tu and i semestinya join.. so kami usha usha raket badminton, tent and nak lose weight. sikit sikit pun tak pe. yelah mana tahu bila keadaan semakin baik boleh travel overseas kan?! settle shopping makanan sikit dekat mr dollar kami balik rumah and before that macam biasa drive thru starbucks la guys.



k tu je for now..



ttyl 


una mn

No comments: