November 22, 2021

Jalan Jalan Monday











Hi korang..

seperti mana title.. tadi petang after  doing laundry i ajak husband makan dekat luar. so we went to one utama . kami ke kfry againnnnn. sejak 2 menjak ni kerap pulak mkan kfry. so we order diff sikit la menu.we ordered oreo bingsu , yangnyeom cheesy fried chicken bum buk,  mentaiko dosirak for my husband and for me i got kimchi chicken dosirak. 

lepas makan kitorang pergi sephora sebab i nak cari contour untuk muka i . i beli hoola je for me and i treat my husband perfume . coach perfume new york) sedap gila bau dia i suka. i sampai rasa nak je beli untuk diri sendiri satu. 

secara jujur i suka beli make up mahal i rasa kulit i disayangi. inshallah i akan start kumpul balik make up make up mahal before i return to office. sajalah nak feeling sikit. lagipun make up i banyak dah habis. 
sebenarnya tadi i nak beli benefit brow kit dengan urban decay punya all nighter setting 


spray sekali tadi tapi no stock
takpelah next time je la i beli. tadikan guys ada la orang atome approach i suruh guna atome.
kalau payment guna atome boleh buat 3 months split payment with no interest and boleh dapat rm25 off .
i dengar perkataan rm25 off tu i dah teruja dah. yelah tadi my total rm357 so kalau off rm25 i kena bayar rm332 je kan. tapi entah macam mana account atome i kena block. maybe sebab gambar ic dengan sekarang tak sama. diorang ingat i buat fraud! HAHAHAH kelakar bodohhhh.
yelah maybe sebab i dah naik berat kot so pipi i tembam sangat.
is this the sign suruh i kurus?

oh my god! 
so basically i full payment jelah tadi.
HAHAHA



bukan i taknak kurus tapi makanan semua sedappppp
i nak cubalah kurangkan air manis.
buat calorie deficit ke
or atkin balik




k korang tu je dulu
kejap lagi i dah nak kerja


till then

ttyl

una mn

November 20, 2021

Apple Watch Series 7 Functions

 






Hi guys as i promise masa last post i janji nak share apa yang best pasal apple watch series 7 kan?so today i akan share sedikit sebanyak yang i tahu  and ada yang i dah try sendiri.



1) Ecg 

medical test that detects cardiac (heart) abnormalitiesso dekat apple watch series 7 ni can take our heart rate so boleh indicate heart rate kita normal ke tak. 


2)Blood Oxygen 

ada juga apps untuk check our oxygen level. sekarang kan musim covid so kalau dah ada apple watch ni tak payah beli oxy meter dah untuk check. 


3)Maps 

kalau kata korang pergi jogging sesat ke apa ke . let say korang beli yang gps+ celullar like me and terlupa bawak phone . you can use your i watch to find your way home. 


4)photo

now korang nak snap photo boleh guna iwatch korang sebagai remote . korang boleh acces your gallery jugak through your iwatch.


5)walkie talkie

if you and your friends masing masing ada apple watch and korang pergi jogging tak bawak phone tinggal dalam kereta ke lepastu macam tertinggal kawan korang jauh sangat kat belakang korang boleh just walkie talkie your friend ya.


6)workout

apps ni ramai orang guna . korang boleh set work out reminder . dalam apps workout ni jugak korang boleh detect workout playlist. and ada satu feature untuk detect gym equipment . so basically lepas korang workout data workout korang tu korang akan dapat macam heart rate and berapa distance korang workout.


7)Sleep

untuk mendapatkan tidur berkualiti ada 1 apps nama sleep. korang boleh letak target berapa jam nak tidur. ada schedule and korang boleh set alarm untuk korang bangun. this way korang boleh check sleeping pattern korang and identify cukup ke tak tidur korang. this app sangat sangat bagus untuk orang yang ada insomnia. and sesuai untuk orang kerja odd hours shift basis. contoh macam dr ke nurses ke . kerja malam balik pagi.so body clock diorang terganggu. using this app boleh atur sleeping pattern kita supaya dapatkan rehat yang cukup

sometimes kita tak tahu limitkan our screentime scroll social media sampai pagi.so maybe  this app can be very beneficial to you.


8) Mobility 

mobility ni ada kaitan dengan workout tadi. dia ada list of exercise and track record our data jugak. one of the reason i beli apple watch sebab i ada treadmill dekat rumah. treadmill tu memang ada record i punya burned calory and duration i work out tapi bila i tutup hilang la dia. so untuk penyimpanan data yang lebih teratur boleh pakai i watch. 


9) Nutrition 

ya guyssss korang boleh recordkan nutrition intake korang and boleh sync dengan mana mana apps yang korang ada contohnya korang tengah buat calorie deficit and ada guna certain apps untuk control calorie intake boleh sync ya!


10) Cycle Tracking 

you guys can track your period cycle. yup i am not kidding


11)Communication

answer phone calls and replying to text,whatsapp,email & check calender

ni common use i think everyone know this. 

12) Podcast

you can hear your podcast too but kena connect dengan airpod headphones.

13) Music

need i say more?


13)Find My Device

ni every apple device memang ada . since i ada macbook, iphone, ipad and iwatch bagi i sangat berguna. semua device ni sync sebab pakai apple id yang sama. 



and the list goes on. banyak lagi macam wallet, stocks (if you guys actively investing) and many more.and beza series 7 dengan series sebelumnya dia fast charging guys. memang terbukti fast charging, lebih tahan lasak, and larger display.

if korang tanya i worth it ke? for me worth every penny i spend. tbh ni first time i beli jam sampai 3 ribu lebih. basically the most expensive watch i ever bought . berbaloi ke tak atas masing masing. i need to fully utilize function dialah. 

i memang peminat apple and i suka beli barang apple so far yang i tak ada lagi imac. sebab i dah ada macbook. imac ni inshaallah dah masuk rumah sendiri i beli. kalau investment i dah letup letup ke i beli la.



salah satu sebab i beli dia cute and i just can beli banyak band yang i suka  and looks like i am wearing different watch everytime .  i am so joining the wagon sebab ramai apple watch owner buat macam tu. 




k tu jelah korang for now 

till then


ttyl


unamn







November 18, 2021

9th Wishlist Completed (Apple Watch Series 7 Stainless Steel & Gold Milanese Loop)



 





Hi guys .. 
seperti mana title ... alhamdulillah i berjaya settlekan wishlist i yang ke 9!!!!
to be honest wishlist ni yang sepatutnya i settlekan next year.  sebab kan i forwardkan wishlist next year ke tahun ni iaitu beli rumah.. so konon-konon nak switch place la. 
tapi tuntas....

yang bernama nur izzati husna ni implusive. if i want it i get it (gitcheww) 
secara jujur i dah mulakan pencarian since i keluar dengan my cousin bella haritu. bila i dah pegang pegang dekat machines rasa nak beli pulak. tapi waktu tu memang tak ada stock. 
infact masa i short staycation dengan husband i haritu pun kitorang cari memang sold out.
i did try my luck nak beli online even sebenarnya i tak suka beli gadget  online.
sebab pertamanya i kurang sabar, bila kurang sabar jadi overthinking kalau  lambat sampai.so i kept checking with reselllers.
bila i dah try nak beli online takdapat dapat i dah rasa dah ni kalau i tak beli confirm hari hari i akan terfikir fikir 
nak beli ke tak nak beli ke tak . Jadi untuk ketenangan fikiran i ambik keputusan untuk beli.

ni  macam biasa i buat video.unboxing by akak machines. 
(korang baca entry sampai habis dulu baru tengok video so feel sikit)

tadi  husband i habis kerja awal. so dia balik kerja awal
i pulak harini dgn semalam memang off day i .
i decide makan kat luar je harini. so i ajak husband. makan meatball dekat ikea.




sampai sana i park dekat ipc and singgah machine ipc centre dulu.
tapi kecewa jawapan dia sama. sold out stock belum sampai.
so kami pergi makan dulu...
lepas makan i ajak husband pergi the curve. yelah sebab sebelah  ipc je kan.
sampai machines the curve i tanya sales person tu dia cakap
cuma ada yang stainless steel je.


okay korang kena tahu yang harga apple watch series 7 tak sama ya . ikut case and band korang pilih.
i nak yang paling murah sebenarnya. yang rm1749 and gps. 
tapi tadi cuma ada yang paling mahal .rm3249  yang ni gps+ cellular. cantik tu cantik cuma harga dia  la mengucap sikit. demi tak menghampakan diri sendiri
i beli jela.i fikir balik i dah sampai sini malam ni taknak mimpi lagi. for my own
peace of mind i beli.
nanti later if i nak tukar band cantik cantik boleh beli lain.

tadaaa cantik kan?

sales person tu suggest i ambik dengan protection dia sekali .
so i ambik jela. kot pecah ke apa dalam 2 years diorang ganti baru.
sebab ikutkan dia memang ada warranty setahun tapi yang tu cover software je.
pecah pecah tak cover. memandangkn i ni agak ganas. 
so i beli jela sekali protection.


kalau dekat website camnila rupa dia.for me kalau korang ada duit lebih
baik ambik yang stainless steel macam i ni sebab case dia tahan lama menurut kata sales person tu la.
later i maybe nak beli satu original strap lavender colour. dekat machines tak ada jual.
kalau i nak kena order through apple malaysia website. i tengok rm199 je harga dia.




resit ni i membuktikan i tak bergurau. i tak kisah kalau orang cakap
kau ni una resit ni pun nak upload. sebab beli sendiri and hargai titik peluh sendirilah
i upload. kalau hasil mintak parents ke orang ke  baru malu nak upload.



Welcome To Family Baby .

so complete dah apple product yang i nak. 
macbook air, iphones, ipad air and apple watch .
i will use all these as long as they are functioning well.
macbook air, iphones 12 pro and ipad air keluaran 2020 so basically 
cuma apple watch ni jelah 2021 punya.

ni sebenarnya salah satu suntikan semangat untuk i kurus before return to office. i am not sure bila
kitorang masuk office. tapi sebaik baiknya i lose weigh before i masuk office.
semoga una bertambah tambah sihat , cantik dan menjadi kaya aminnnn.
teringin jugak nak pakai cantik cantik pergi office. and salah satu sebab 
kesihatan .



please expect me membebel pasal function dia on next entry.
maybe la maybe when i discover function dia yang bagi i menarik 
i akan share dengan korang. setakat i tahu dia boleh 
check hearbeat and one of famous function i watch ni let say 
nauzubillah mintak jauh simpang malaikat 44 kalau i accident ke apa 
dia boleh alertkan my waris by sending them my location.
fast charging and large display. no need beli 45mm
i beli 41mm je pun okay je dekat tangan i.

k tu jelah  for now


till then


ttyl

una mn



November 11, 2021

Unplanned Staycation at Dorsett Hotel KL (entry panjang dari biasa)

 



hey guys...

2 hari lepas kan masa lepas i habis night shift  around 7.30 am macam tu i suddenly rasa burned out sangat sangat. maybe sebab dah lama terperuk dekat rumah even adalah keluar rumah every week kan. tapi sebab i wfh so i punya stress tu level dia lain sikit. dia macam memerlukan percutian. sebelum ni i ada plan dengan husband nak pergi cameron highland tapi haritu ada kes tanah runtuh and memandangkan sekarang musim hujan i tak jadi pergi. nak pergi langkawi sekarang tengah musim tengkujuh and ramai orang. with covid still with us i tak beranilah nak bersesak sesak. so kitorang pergi short staycation je dekat kl yang tak sampai setengah jam pun dari rumah i .  kami duduk dekat hotel dorsett dekat bukit bintang hotel yang sama kami pergi masa bulan 3 haritu.


dah nama pun last minit plan , memang packing barang pun last minit and i pulak tidur dalam 2 jam lebih macam tu sebab baru habis kerja kan then terus bangun siap siap untuk pergi our staycation!!!



but before that kitorang singgah dotty's dekat ttdi.

ni sweet potato fries  i order sedap jugak. tapi kalau crispy macam nandos lagi sedap.

 i makan challys cajun chicken.  sumpah sedap gila. i makan habis licin okay.



ni husband i punya dia makan salted egg pasta streaky beef. ni pun sedap jugak


for dessert i order sizzling brownie

lepas makan kami terus ke hotel. kami sampai dalam 3.30 petang sebab hujan lebat tak boleh drive 
laju laju. sampai hotel kami berehat and malam tu around 7.30 pm kami keluar ke pavillion. kami jalan kaki je sebab dekat je. kami dinner dekat food court sebab my husband nak makan 
ayam penyet .settle makan kami pergi jalan jalan jap. kebetulan i nak beli apple watch . but again! habis.
lepas jalan jalan kami pun lapar balik . tapi tak adalah lapar sangat . so kami decide pergi coffe cofee dekat dome pavillion. 



i order hot chochlate, scones, maccadamia cheesecake , and butterscotch latte for  us.
i tak suka cake tu sangat maybe terlalu banyak cream cheese. untuk yang lain semua da bomb dot com terutamanya scone dia. hot chochlate dia pun okay je tak terlalu manis macam tempat lain.
lepas makan. kami pun balik! 


semalam which is 10/11/2021 lepas breakfast kami pergi swimming dekat level 4.
masa birthday haritu kami tak swim sebab  banyak activity and tak bawak swimming suit.
korang tahu kan 5 star hotel or mana mana  tempat biasanya kena pakai proper attire untuk swim.
so kalini kami siap beli new swim suit lagi. oh ya sebabkan pandemik nak pergi pool kena book awal dengan receptionist untuk slot. i ambik slot pukul 10 pagi.






i berkira kira nak letak gambar ni. kalau tak letak tak ada kenangan hahahha. 



kami tak swim lama pun sebab petang tu nak keluar . around 1 hour macam tu kami naik and rehat . dalam pukul 1 lebih kami keluar  ke klcc untuk lunch and movie!
macam haritu jugak i pergi naik grab je sebab malas nak keluarkan kereta dari parking hotel.
sebab parking hotel ni rm10 tau per entry . so kalau korang keluar nanti balik hotel kena bayar rm10 lagi. 
klcc dengan hotel kami dekat je . i bayar grab cuma rm5. bijak kan i? 
so sampai klcc kami makan dulu . i makan fuel shack sebab i suka pineapple burger dia (aloha chicken). 
lepas makan kami tengok movie venom .


after movie kami pergi jalan jalan kejap dalam klcc and guess apa yang i terbeli?
ya.. i beli perfume. isetan ada buat promotion dekat centre tu. 
i beli chloe perfume je guys. harga asal chloe ni rm362 for 50 ml .
tapi semalam i kena baya rm303 je and dapat free gift lagi. 
this is why i suka beli perfume original. sebab freebies and bau dia tahan lama.





okay sambung...

lepas tu kami pergi kampung baru naik lrt je sebab only satu station je kan. 
we went there untuk suraya seafood. alhamdulillah tak ramai sangat and sop terjaga.
ni kedai fav kami . kalau dating klcc dulu mesti malam tu singgah makan sini. 
dekat area kl susah nak dapat masakan panas yang sedap lagi lagi seafood. 
so if korang nak pergi google je suraya seafood kampung baru.


and todayyyy hari dimana i kena check out!
pagi pagi lepas breakfast kami pergi swimming dulu
this time kami breakfast awal sikit pukul 7. 



and kami pergi mandi pool pukul 9.


jangan tanya kenapa ada droplet. hahaha i bawak phone i berendam sekali dengan i.
i pakai waterproof case so yeah.
selepas sejam berendam . kami pun naik kemas barang untuk balik.
but before that kami singgah dome but this time dome ipc centre 





i order hot chochlate 1, 2  butterscotch latte ( because 1 is mine) 
vegetarian bruschetta and scone.
kami ke sana sebab nak beli stock makanan our hamster.
and that is how our shortgetaway ended!!

hahahha.

i betul betul rasa energy i recharged. boleh senyum buat kerja lepas ni.
korang kalau penat bekerja gembirakanlah diri sendiri k. shopping ke apa ke
stress lama lama pun tak best.


till next time.



ttyl

una mn 















November 7, 2021

Girls day out

 



Hey Guys 

siang tadikan i keluar dengan my cousin bella since  kami dah lama tak lepak sekali. last kami keluar before puasa kalau tak silap. nak tunggu fadilah , ika and wawa free sekali memang susah since kami punya working hours tak sama. ika office hour sebab dia seoarang guru, fadhilah in f&b, i pula content moderator (social media company ) and bella pulak nurse at dialysis centre. bella fix cuti ahad , ika cuti sabtu ahad. fadhilah macam biasalah kalau tak ada staff dia  la kena kerja long hours and i shift basis.

offday i dua hari seminggu tapi cuti i semua tak boleh suka suka tukar. so basically nak buat plan dengan i la paling susah. they have to follow mine or i yang kena apply cuti . even i masih wfh since pandemic started tak bermakna la i can suka suka keluar macam tu eah. time kerja i memang melekat dekat my "home office" 



okay back to story...kebetulan i kan night shift  habis kerja 7.30 pagi tadi i terus tidur  and pukul 11 macam tu i bangun siap siap terus keluar pergi rumah bella dekat sunway and pick her up. kami pergi pyramid je sebab senang . just nak catching up with her kan.  mengimbau zaman anak dara i dulu masa kami masih serumah.  she always drove me around kl city tengah malam. our late night driving ,  food hunt , late night movie. kinda miss doing all that with em.sejak i khawin kitorang jarang la keluar sama sama. kalau dulu almost every week keluar macam tu. sekarang 2,3 bulan sekali sebab i kena bahagi masa antara husband i, diri sendiri, kerja dan cousins. dengan jadual kerja kami yang busy lagi. know know dh nak hujung tahun hahahah






kami pergi makan dekat secret recipe je tadi since dua dua lapar and tempat lain macam lama je nak tunggu. lepas makan kami pergi jalan jalan cuci mata dekat sephora. masuk machines ingat nak beli i watch . sini la i spill . actually i watch ni la wishlist tahun ni yang i swap place dengan rumah tu. 
kan i cakap masa i berjaya beli rumah  yang i forwadkan wishlist ni and satu wishlist tahun ni i letak tahun 2022 . so i watch tu i dah letak untuk salah satu wishlist next year.
lepas i check i punya duit rasanya boleh je nak settlekan i watch tahun ni.
tapi bila i pergi machine tadi warna i nak  tak ada and tinggal satu je stock band hitam yang bagi i tak menarik.
memang betul boleh beli band colour lain dekat shoppe tapi guys
korang tahu kan jam dia kalau hitam, tepi keliling dia hitam for me tak cantik.
kalau macam dia gold ke cantik. so i decided tunggu je la sampai dia ada stock

lepas tu we went to channel tengok perfume .  after that we went to starbucks lepak kejap and then jalan jalan kejap lagi and i send her home sebab malam ni i kan kena kerja so kena balik awal nak rehat dulu.

ni taip post ni sebenarnya i tengah kerja tau  guys sebab sekarang que tak banyak.


i know maybe some of my friend yang banyak kali ajak i keluar mesti terasa bila baca ni, 
sebab i can make time with ma cousins but not them. 
first of all, maybe we are not that close. or maybe sebab i lebih selesa keluar dengan cousin sendiri


hopefully lepas ni we can hang out often la .
bukan tak best keluar dengan husband cuma bestnya lepak dengan perempuan sebab we can speak about 
make up, skincare benda benda perempun suka.
tu je


kla guys task dah makin banyak

till then


ttyl


una mn


November 6, 2021

My skincare finally arrived!

 



Hi guys...


harini i tak ada apa nak cerita sangat. i just living my normal wfh life. i ada beli skincare 2,3 days ago and finally sampai. i masih stick with kayman and the ordinary.  ikutkan hati i memang nak pakai satu brand je but entahlah i memang serasi dengan kayman. this time untuk produk ordinary i just beli hyaluronic acid, niacinamide, retinol and aha+bha peeling solution. alpha arbutin i tak beli sebabnya i pakai kayman punya rose glow toner and dalam tu dah ada alpha arbutin. untuk produk kayman kalini i cuma beli coal face soap dengan skintella repairing serum dia je sebab rose glow toner tu ada lagi separuh. 




so far ni lah i punya skincare. untuk moisturizer i pakai ceramide cream and untuk sunscreen i pakai 
biore je sebab i suka sebab dia tone up kan skin kita kan. dulu i pakai sunplay from banana boat yang 110 spf tu. tapi bila i dah baca baca actually 50 spf pun dah okay. 110 spf macam nak pergi pantai pulak hari hari hahaha.

i ada fikir nak beli kayman punya hydrating lotion as my moisturizer sebab dia sembur sembur je terus serap serum serum i pakai kat atas ni texture dia macam water yang thick sikit . sikit jelah tapi . so kalau
nak tambah another layer macam tu takut tak beul betul masuk my skin. i hope korang paham la eah apa i jelaskan. maybe lepas ni i nak cari lip product pulak. 


i  haritu adalah masuk sephora 2,3 kali .nak shopping make up tapi tak tahu nak beli apa .
puas i pusing. salah satu sebab covid kan dah pakai mask. and another reason tak boleh try tester and tester pun tak ada even nak apply kat tangan pun untuk tengok whether sesuai ke tak.
sudahnya i tak beli apa apa. eyeshadow i banyak lagi so i memang takkan beli la for now. tunggu expired dulu huda beauty i dengan focallure baru i fikir nak beli.


k la korang tu je for now.
i nak start kerja dah.
harini i shift malam even masih wfh
kerja tetap kerja. 



till then ttyl


una mn












💝 Anniversary Trip To Jakarta