November 18, 2021

9th Wishlist Completed (Apple Watch Series 7 Stainless Steel & Gold Milanese Loop)



 





Hi guys .. 
seperti mana title ... alhamdulillah i berjaya settlekan wishlist i yang ke 9!!!!
to be honest wishlist ni yang sepatutnya i settlekan next year.  sebab kan i forwardkan wishlist next year ke tahun ni iaitu beli rumah.. so konon-konon nak switch place la. 
tapi tuntas....

yang bernama nur izzati husna ni implusive. if i want it i get it (gitcheww) 
secara jujur i dah mulakan pencarian since i keluar dengan my cousin bella haritu. bila i dah pegang pegang dekat machines rasa nak beli pulak. tapi waktu tu memang tak ada stock. 
infact masa i short staycation dengan husband i haritu pun kitorang cari memang sold out.
i did try my luck nak beli online even sebenarnya i tak suka beli gadget  online.
sebab pertamanya i kurang sabar, bila kurang sabar jadi overthinking kalau  lambat sampai.so i kept checking with reselllers.
bila i dah try nak beli online takdapat dapat i dah rasa dah ni kalau i tak beli confirm hari hari i akan terfikir fikir 
nak beli ke tak nak beli ke tak . Jadi untuk ketenangan fikiran i ambik keputusan untuk beli.

ni  macam biasa i buat video.unboxing by akak machines. 
(korang baca entry sampai habis dulu baru tengok video so feel sikit)

tadi  husband i habis kerja awal. so dia balik kerja awal
i pulak harini dgn semalam memang off day i .
i decide makan kat luar je harini. so i ajak husband. makan meatball dekat ikea.




sampai sana i park dekat ipc and singgah machine ipc centre dulu.
tapi kecewa jawapan dia sama. sold out stock belum sampai.
so kami pergi makan dulu...
lepas makan i ajak husband pergi the curve. yelah sebab sebelah  ipc je kan.
sampai machines the curve i tanya sales person tu dia cakap
cuma ada yang stainless steel je.


okay korang kena tahu yang harga apple watch series 7 tak sama ya . ikut case and band korang pilih.
i nak yang paling murah sebenarnya. yang rm1749 and gps. 
tapi tadi cuma ada yang paling mahal .rm3249  yang ni gps+ cellular. cantik tu cantik cuma harga dia  la mengucap sikit. demi tak menghampakan diri sendiri
i beli jela.i fikir balik i dah sampai sini malam ni taknak mimpi lagi. for my own
peace of mind i beli.
nanti later if i nak tukar band cantik cantik boleh beli lain.

tadaaa cantik kan?

sales person tu suggest i ambik dengan protection dia sekali .
so i ambik jela. kot pecah ke apa dalam 2 years diorang ganti baru.
sebab ikutkan dia memang ada warranty setahun tapi yang tu cover software je.
pecah pecah tak cover. memandangkn i ni agak ganas. 
so i beli jela sekali protection.


kalau dekat website camnila rupa dia.for me kalau korang ada duit lebih
baik ambik yang stainless steel macam i ni sebab case dia tahan lama menurut kata sales person tu la.
later i maybe nak beli satu original strap lavender colour. dekat machines tak ada jual.
kalau i nak kena order through apple malaysia website. i tengok rm199 je harga dia.




resit ni i membuktikan i tak bergurau. i tak kisah kalau orang cakap
kau ni una resit ni pun nak upload. sebab beli sendiri and hargai titik peluh sendirilah
i upload. kalau hasil mintak parents ke orang ke  baru malu nak upload.



Welcome To Family Baby .

so complete dah apple product yang i nak. 
macbook air, iphones, ipad air and apple watch .
i will use all these as long as they are functioning well.
macbook air, iphones 12 pro and ipad air keluaran 2020 so basically 
cuma apple watch ni jelah 2021 punya.

ni sebenarnya salah satu suntikan semangat untuk i kurus before return to office. i am not sure bila
kitorang masuk office. tapi sebaik baiknya i lose weigh before i masuk office.
semoga una bertambah tambah sihat , cantik dan menjadi kaya aminnnn.
teringin jugak nak pakai cantik cantik pergi office. and salah satu sebab 
kesihatan .



please expect me membebel pasal function dia on next entry.
maybe la maybe when i discover function dia yang bagi i menarik 
i akan share dengan korang. setakat i tahu dia boleh 
check hearbeat and one of famous function i watch ni let say 
nauzubillah mintak jauh simpang malaikat 44 kalau i accident ke apa 
dia boleh alertkan my waris by sending them my location.
fast charging and large display. no need beli 45mm
i beli 41mm je pun okay je dekat tangan i.

k tu jelah  for now


till then


ttyl

una mn



No comments: