February 24, 2022

Uncharted Movie & my recent purchase at dior!


hi guys..
semalam kan  macam biasa i dengan husband decide untuk keluar tengok movie.
kami pergi tengok uncharted lakonan tom holland and mark wahlberg. 
cerita ni pasal cari harta karun guys best la jugak korang kena tengok. 
plan asal nak lepak ou je sebab senang dekat. tapi tiba tiba kitorang teringin nak try jolibee.
kan jolibee ada bukak dekat sunway pyramid. 

tapi bila sampai sana guys mashallah beratur . waiting time dia 1 hour. oleh sebab kitorang dah lapar sebab tak breakfast lagi so kitorang akhirnya makan dekat ayam penyet sahaja. 

sebab makanan lain dah selalu sangat  makan order. so why not?
actually i rindu nak makan empal penyet dekat warong leko the curve. tapi warong leko dah tutup.
kebetulan dekat ayam penyet tu ada jual empal penyet . 
okaylah rasa dia sedap jugak cuma empal penyet warong leko tetap di hati.


lepas makan kami jalan jalan. i pulak memang mood nak shopping tu ada.
masuk jd sports tapi tak ada yang berkenan di hati. 
masuk bath and body works lotion yang i nak dah habis.

lepas penat pusing tengok masih ada masa lagi sebelum showtime. so kitorang lepak dekat costa coffee. 
kenapa tak lepak dekat starbucks? sebab starbucks senang je nak pergi.
dekat dengan rumah i ada yang drive thru lagi. kadang kadang i order grab.
costa coffee ni i susah nak jumpa haha .
air dia pun sedap sedap jugak.


i lupa nama air ni apa. tapi dua dua air ni sedap.
i punya strawberry la senang cerita. hahaha


okay lepas tu kami pun masuk tengok uncharted. 
movie end around 6pm macam tu
kami sambung jalan jalan lagi sebab macam i cakap kan i memang
ada mood nak shopping cuma tak tahu nak beli apa.
actually bukan tak tahu. tahu tapi berkira.

i kan tahun ni kena simpan banyak duit
tapi kan dikala fikiran confused tak tahu nak apa kaki i lebih dulu sampai hahahhaha.
husband i sampai boleh agak. 
nak apa? beli jela jangan kedekut dengan diri sendiri.

i fikir betul jugak kan?

kenapa i tak mintak duit husband?

sebab i faham ekonomi sekarang macam mana.
kami berdua pernah susah awal khawin seboleh bolehnya nak elak la susah lagi.

so kaki i bawak i pergi dior hahaha!!



sampai dior i dah tahu dah i nak apa sebenarnya. i nak lip tatto tapi habis. 
bukan buat tatoo tau nama lipcreme tu lip tatto.
so i beli liquid lipstick rouge dengan lip maximizer tu.
as free gift i dapat sample perfume dior, foundation and serum .


beauty consultant tu pujuk i beli diorang punya limited bb cushion
i kan wfh so i rasa rugi pulak nak beli. kenapa? sebab currently i pakai 
too faced foundation (born this way ) and estee lauder.  
kalau ikutkan memang cantik tapi i jenis sayang duit hahaha.
tbh i ada duit cuma bukan untuk kegunaan itu.
tu sebab i cakap kalau korang kenal i lama sikit korang tahu i jenis berjimat.

i rasa bila dah meningkat usia ni i minat make up simple simple je kot.
clean make up look. inshallah i cubaaaa tak membazir beli pallete eyeshadow banyak banyak dah.

semalam i habis tak banyak pun. 
rm308 je dekat dior. 
rm158 for liquid lipstick rouge tu and rm150 for lip maximizer tu.

secara jujur mood nak shopping still tak hilang maybe i beli sikit sangat so rasa tak puas . tapi kalau beli banyak banyak karang terusik saving pulak.

oh ya nak tegur sikit my contact.
i know you read this.

if you see me thriving and cant be happy for me just do me a favour
shut your mouth.


please dont assume orang tu tak simpan duit hanya sebab dia suka shopping.
keep your unwanted life advices to yourself.

let me live in peace.




sekian bebelan saya



till then 


ttyl

una mn














 

No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta