May 13, 2022

4th Wishlist 2022 Completed Gold Earring

 





hi guys..

so few days ago on 10 May my gold earrings sampai. I beli from facebook dhia asnim. I dah pernah beli bracelete dengan dia on january. This Time around i beli gold earrings pulak sebab i dah lama tak beli earrings. Tbch, ni small wishlist je. only cost me around rm462. murah je kan?



i ambik design channel ni so nampak macam modern la sikit.
salah satu sebab i ambik ni daripada jenis earring jenis c tu sebab i takut tersangkut.
sebab masa kecik i banyak je emas my mom belikan so antaranya emas jenis subang c tu :'D

kalau korang perasan this year wishlist i semua emas setakat ni
ye betul. dah sampai ke 4 wishlist tahun ni semuanya emas.
yang akan datang?

eh mana boleh bagitahu rahsia la HAHA.

i encourage diri sendiri beli emas sebabnya i nak elakkan belanja hangus.
Pandemic ni korang banyak beri impact pada kehidupan kita.
jadi nak taknak suka tak suka kena ada back up.

macam mana pun Allah la sebaik baik penolong .
jadi  selepas doa usaha barulah tawakkal ye.

selain emas i ada la perancangan lain untuk generate income yang i tak boleh cerita.

we need to have limit on everything . 
cukuplah orang tahu i bekerja. husband bekerja.

nak kata kaya tu belum.
nak kata selesa pun belum

setakat ni cukup makan dan cukup pakai.

i just nak pesan pada yang baca blog i terutamanya family and friends

kalau korang nampak i beli emas selalu tu bukan maksud i senang or kaya tau korang
tu maksudnya i cari alternative untuk simpan duit i .
memang betul sebaik baiknya kita simpan 999.
i am working on that too.

tapi beli emas 916 pun tak rugi. 
at least boleh pakai hahaha.
so kalau rasa macam malas nak simpan emas tengok design emas tu rasa
cam okay nampak duit aku pergi mana

faham tak guys?

okay lepas sampai emas tu .
petang lepas habis kerja i terus siap siap keluar pergi cair tempat tindik telinga
rupanya susah nak cari area damansara ni.
sudahnya i tindik dekat lovisa

oleh sebab nak piercing kena beli earring dulu
so pun beli earring ye hanguslah rm100 :"D


ye i know ada je earring rm50 but untuk free piercing
kena beli stud piercing

tak apalah i redha je 

actually ni kali ke tiga i piercing

first masa i kecik . second masa i college
and third time masa sekarang ni.

semua sebab i malas pakai subang.
dah tua ni rasa nak bergaya sikit konon


hahahah

k tu jela korang

 i nak sambung kerja

till then


ttyl

una mn




May 9, 2022

Coffee Sesh With Friend & New Strap For My I Watch

 



Good Morning... semalam kan masa i tengah kerja tiba tiba i dapat whatsapp dari my junior from college.

i panggil dia min. actually rumah dia dengan i  dekat je. lepas sembang sembang as usual mesti min ajak jumpa. selalunya i memang busy tak sempat jumpa dia. semalam kebetulan i tak busy. So i setuju. I ajak dia jumpa lepas i habis kerja. korang tahu kan i wfh. so a few hours before keluar i siap iron baju, tudung .

and around 3 lebih i terus make up sebab i plan habis kerja pukul 4 i terus nak keluar nak pergi car wash dulu. sampai carwash penuh pulak. so i terus proceed ke tropicanna garden mall. 


i ajak min coffee coffee dekat coffee bean je sebab starbucks jauh kat atas. 
kitorang sembang sembang agak lama jugak.We shared stories




i saja nak try salad dekat sini. dressing dia i suka. cuma i tak suka that sunflower seed.
i dont know since when i tak suka kuaci. Min tunjuk dekat i her new i watch Strap
so i pun tertarik nak beli.  


we went to switch. plan asal nak beli sama macam min but dia punya jenis fabric .
i suka colour pink fabric strap tu tapi i takut lama lama dia berbau kepam.
So i pick the most practical one for me. i beli yang reversible magnetic strap.
ada 2 colour so i boleh switch witch  colour i nak. pink or light gray
lepas beli ni min teman i shopping dekat village grocer sebelum balik.
on the way balik i tapau mcd for dinner 
lepas raya ni tak tahulah kenapa mood malas nak masak tu lebih kan?



love the colour and i rasa happy i pick yang ni sebab dia sesuai untuk workout
or jalan jalan






i ada buat video dekat tiktok. 

k tu je la korang

ttyl

una mn













May 5, 2022

Diary Raya Saya : Raya 2022 (29 april- Raya ke 4) entry panjang

 


Hai korang seperti mana title hari i nak tulis diary raya saya. rasanya almost every year i akan tulis diary raya i cuma tajuk berbeza. tahun ni raya sangat sangat berbeza. lepas tahun pandemik (2 tahun beraya di damansara) tahun ni akhirnya i dapat balik beraya di rumah parents i . tak seperti kebiasaan. Tahun ni raya pertama tanpa atuk. rindu tapi Allah sayang atuk . i anggap atuk di tempat terbaik disisinya. dalam kalender sepatutnya kan kita raya 3hb may sama tarikh dengan birthday husband i. tapi raya tahun ni jadi "hurry" raya sebab raya tiba tiba jadi 2hb may. actually i tak adalah rasa macam bengang ke apa dengan jabatan agama. i rasa tak patut nak kata raya scam. Tu kan takdir Allah. korang sebenarnya bengang sebab kena masak last minute marah dekat siapa? Allah ke? 

sentap tak? sentap kan. tetiba tazkirah HAHAHA


okay i digress.

i nak mulakan diary raya i .


29 April 2022



i habis kerja 7.30 pagi i tidur sekejap lepastu around 9 i bangun terus pergi hantar my husband ke airport.
tahun ni kami beraya asing bukan sebab gaduh. sebab i kena kerja pagi raya.
i memang wfh cuma bila kerja i perlu internet connection yang kuat and rumah husband i di miri tak ada unifi and connection pun tak kuat sangat. kesian pulak dekat husband i kan dah lama tak jumpa his mom.
so i biarkan je dia balik miri and i balik rumah parents i.

balik dari airport i sempat singgah indomart dekat bandar sunway guys.
i saja pergi sana sebab teringin nak rasa sosej kanzler tu . sedap jugak.
and i ada beli sosej yang boleh makan terus tu and beberapa keropok from indonesia.
malam tu i still kerja macam biasa.


30 April 2022

i tidur dulu sebelum balik ke rumah parents i di sabak bernam.
dalam pukul 1 setengah adik i aqilah call kejutkan i. 
so i siap siap around 2 lebih i terus gerak pergi rumah dia di seksyen 7 shah alam.
kami balik sekali . kami sampai sabak bernam ngam ngam pukul nak berbuka pukul 7 lebih.
i sangkut jam teruk dekat area kelana jaya and seksyen 7.selalunya damansara-shah alam dalam 30-40 minit je. tapi jadi 2 jam guys. pukul 4 lebih baru i sampai rumah dia. :'D
sampai rumah mama malam tu lepas berbuka i ajak adik i pergi laundry basuh baju kotor i bawak dari rumah.


1 May 2022

I habiskan satu hari dengan tidur. memang terlalu letih sebab jam kan.
malam tu dapat berita esoknya raya. mujur mama dah dengar ura ura raya mungkin awal
jadi dia dah banyak prepare barang.basically i cuma tolong kupas bawang je.




                                                          2 May 2022 (Raya Pertama)


pagi raya pertama i kena kerja sebenarnya. so i habis kerja pukul 4. 
makuda datang dengan fadilah beraya rumah i and pukul 4 lepas i habis kerja terus kami 
bergerak ke kampung . kami tahun ni tak beraya di rumah opah sebab opah pergi banting.
so kami ke kubur arwah atuk , arwah pakngah dan makngah.
bila sampai sana rasa dekat dengan atuk. semoga pengakhiran kita pengakhiran yang baik





fadhilah diantara kubur makngah dan pakngah. secara jujur i memang sedih
tengok gambar ni. tak boleh imagine kalau duduk tempat dia. 
makngah pergi pada september 2018 selepas 2 minggu (awal october) pakngah pula 
dijemput illahi. sebagai anak sedara pun i sedih bila teringatkan arwah pakngah makngah. inikan
pulak anak sendiri kan.



ammar,fauzi, abah,aiman,mama, makuda, pakuda,fadhilah, aqilah, & wawa
alhamdulillah dapat berkumpul.kami sajalah beraya ke bagan datoh .
lama dah tak datang sini. banyak jugak kenangan dekat sini. kitorang dah tak ada kampung .
nak cerita pun terlalu peribadi. orang boleh cakap macam macam tentang keluarga kami
hakikatnya hanya kami dan Allah saja yang tahu.

muka penuh skrin. time ni jarum tudung dah kemana . pin tudung kemana

malam tu kami beli kfc jamu makuda and fadhilah makan. lepas makan makuda, pakuda and wawa balik ke pj. fadhilah stay sekejap untuk main mercun.
malam tu kami main mercun depan rumah parents i. mujur rumah parents i paling hujung so depan tu ada tanah sikit and ada ruang tempat kami nak main mercun. i cuma ada video je main mercun
later i post kat tiktok k. lepas main mercun fadilah dengan adik i aqilah terus gerak ke ipoh.
fadhilah nak beraya rumah abangnya and sekali nak ke rumah adiknya yana di penang. 
aqilah temankan dia ke sana sebab pakuda risau dia drive sorang



3 May 2022 (raya ke dua)

Harini i masih bekerja shift pagi . even wfh kerja tetap kerja. so from 7am-4pm
i buat kerja jelah. raya kedua ni tak pergi mana. i cuma berehat je kat rumah.
petang sikit pak andak makandak satu family datang beraya.
i paling excited jumpa opea (sofea) anak wani my cousin.
my niece sangat comel and very cheeky .


4 May 2022

harini ialah offday. so pagi pagi kami berempat pergi ke Genting Premium Outlet (GPO)
kami naik kereta even pergi berempat sebabnya i nak pick aqilah nantidi rumah maklong.
i sajalah bawak mama abah jalan ke sana ajak diorang shopping. ramai jugaklah guys kat sana.
designer bag punya outlet ramai betul beratur. so kami cuma pergi masuk victoria secret, tefal, cotton on
and beberapa kedai lain.i belanja my mom lotion victoria secret and belanja adik i aqilah yang tak ikut kitorang. dia mintak baju. lepas shopping sikit kami lepak di starbucks sebab haus.




lepas tu kami teruk gerak ke rasa yang tak jauh pun dari gpo . around 40 min macam tu.
kami  pergi beraya rumah pak andak. pak andak jamu kami nasi ayam penyet.
sedap guys . diorang sebenarnya ada buat catering tau. kalau korang nak buat kenduri kecik kecik
ke nak buat kenduri kesyukuran ke contact contact la diorang eah .





lepas beraya rumah mak andak kami pergi rumah maklong.
seronok dapat jumpa cousin cousin i.cuma ikalah tak ada sebab dia turn beraya rumah mertua.
inshallah nanti kita jumpa ya.




ni sebahagian daripada anak menantu,cucu cicit arwah razali. susah sebenarnya nak kumpul sekali
bila ramai dah khawin and kampung pun dah tak ada.
sedih bukan? Hahaha. takpe kampung hilang kita buat kampung sendiri okay?
bila pandang gambar ni rasa macam cepat betul masa berlalu. pakcik makcik, abah mama pun dah nampak tua. semoga kita ada banyak masa terluang untuk ziarah macam ni lagi .



5 May Raya ke 4.

harini i dengan aqilah balik ke rumah masing masing. mama masakkan kami rendang daging.
kami balik dalam pukul 4 petang. pagi sebelum gerak balik kami pergi laundry dulu. 
kami sangkut jem di tanjung karang and kuala selangor. Bila dah masuk latar alhamdulillah tak jem dah.
kami sampai ke shah alam around pukul 7 macam tu . kami singgah ke richiamo coffee untuk dinner.
lepas dinner kami sajalah jalan ke 7 eleven cafe i beli makanan untuk breakfast esok and coffee .
biasalah bila dah tukar shift from kerja malam ke kerja pagi susah nak tukar body clock i tau.



i sampai damansara pukul 9.11 malam. hahaha precise kan siap tulis minit.



alhamdulillah untuk raya tahun ni tak adalah sendu sangat. 
rasa happy ada parents , pakcik makcik yang seronok di ajak berbual.
esok husband balik dari miri . esok maybe nak pergi tengok movie dr strange. 
k tu jelah korang.


i nak tidur ni.


ttyl


una mn














💝 Anniversary Trip To Jakarta