May 5, 2022

Diary Raya Saya : Raya 2022 (29 april- Raya ke 4) entry panjang

 


Hai korang seperti mana title hari i nak tulis diary raya saya. rasanya almost every year i akan tulis diary raya i cuma tajuk berbeza. tahun ni raya sangat sangat berbeza. lepas tahun pandemik (2 tahun beraya di damansara) tahun ni akhirnya i dapat balik beraya di rumah parents i . tak seperti kebiasaan. Tahun ni raya pertama tanpa atuk. rindu tapi Allah sayang atuk . i anggap atuk di tempat terbaik disisinya. dalam kalender sepatutnya kan kita raya 3hb may sama tarikh dengan birthday husband i. tapi raya tahun ni jadi "hurry" raya sebab raya tiba tiba jadi 2hb may. actually i tak adalah rasa macam bengang ke apa dengan jabatan agama. i rasa tak patut nak kata raya scam. Tu kan takdir Allah. korang sebenarnya bengang sebab kena masak last minute marah dekat siapa? Allah ke? 

sentap tak? sentap kan. tetiba tazkirah HAHAHA


okay i digress.

i nak mulakan diary raya i .


29 April 2022



i habis kerja 7.30 pagi i tidur sekejap lepastu around 9 i bangun terus pergi hantar my husband ke airport.
tahun ni kami beraya asing bukan sebab gaduh. sebab i kena kerja pagi raya.
i memang wfh cuma bila kerja i perlu internet connection yang kuat and rumah husband i di miri tak ada unifi and connection pun tak kuat sangat. kesian pulak dekat husband i kan dah lama tak jumpa his mom.
so i biarkan je dia balik miri and i balik rumah parents i.

balik dari airport i sempat singgah indomart dekat bandar sunway guys.
i saja pergi sana sebab teringin nak rasa sosej kanzler tu . sedap jugak.
and i ada beli sosej yang boleh makan terus tu and beberapa keropok from indonesia.
malam tu i still kerja macam biasa.


30 April 2022

i tidur dulu sebelum balik ke rumah parents i di sabak bernam.
dalam pukul 1 setengah adik i aqilah call kejutkan i. 
so i siap siap around 2 lebih i terus gerak pergi rumah dia di seksyen 7 shah alam.
kami balik sekali . kami sampai sabak bernam ngam ngam pukul nak berbuka pukul 7 lebih.
i sangkut jam teruk dekat area kelana jaya and seksyen 7.selalunya damansara-shah alam dalam 30-40 minit je. tapi jadi 2 jam guys. pukul 4 lebih baru i sampai rumah dia. :'D
sampai rumah mama malam tu lepas berbuka i ajak adik i pergi laundry basuh baju kotor i bawak dari rumah.


1 May 2022

I habiskan satu hari dengan tidur. memang terlalu letih sebab jam kan.
malam tu dapat berita esoknya raya. mujur mama dah dengar ura ura raya mungkin awal
jadi dia dah banyak prepare barang.basically i cuma tolong kupas bawang je.




                                                          2 May 2022 (Raya Pertama)


pagi raya pertama i kena kerja sebenarnya. so i habis kerja pukul 4. 
makuda datang dengan fadilah beraya rumah i and pukul 4 lepas i habis kerja terus kami 
bergerak ke kampung . kami tahun ni tak beraya di rumah opah sebab opah pergi banting.
so kami ke kubur arwah atuk , arwah pakngah dan makngah.
bila sampai sana rasa dekat dengan atuk. semoga pengakhiran kita pengakhiran yang baik





fadhilah diantara kubur makngah dan pakngah. secara jujur i memang sedih
tengok gambar ni. tak boleh imagine kalau duduk tempat dia. 
makngah pergi pada september 2018 selepas 2 minggu (awal october) pakngah pula 
dijemput illahi. sebagai anak sedara pun i sedih bila teringatkan arwah pakngah makngah. inikan
pulak anak sendiri kan.



ammar,fauzi, abah,aiman,mama, makuda, pakuda,fadhilah, aqilah, & wawa
alhamdulillah dapat berkumpul.kami sajalah beraya ke bagan datoh .
lama dah tak datang sini. banyak jugak kenangan dekat sini. kitorang dah tak ada kampung .
nak cerita pun terlalu peribadi. orang boleh cakap macam macam tentang keluarga kami
hakikatnya hanya kami dan Allah saja yang tahu.

muka penuh skrin. time ni jarum tudung dah kemana . pin tudung kemana

malam tu kami beli kfc jamu makuda and fadhilah makan. lepas makan makuda, pakuda and wawa balik ke pj. fadhilah stay sekejap untuk main mercun.
malam tu kami main mercun depan rumah parents i. mujur rumah parents i paling hujung so depan tu ada tanah sikit and ada ruang tempat kami nak main mercun. i cuma ada video je main mercun
later i post kat tiktok k. lepas main mercun fadilah dengan adik i aqilah terus gerak ke ipoh.
fadhilah nak beraya rumah abangnya and sekali nak ke rumah adiknya yana di penang. 
aqilah temankan dia ke sana sebab pakuda risau dia drive sorang



3 May 2022 (raya ke dua)

Harini i masih bekerja shift pagi . even wfh kerja tetap kerja. so from 7am-4pm
i buat kerja jelah. raya kedua ni tak pergi mana. i cuma berehat je kat rumah.
petang sikit pak andak makandak satu family datang beraya.
i paling excited jumpa opea (sofea) anak wani my cousin.
my niece sangat comel and very cheeky .


4 May 2022

harini ialah offday. so pagi pagi kami berempat pergi ke Genting Premium Outlet (GPO)
kami naik kereta even pergi berempat sebabnya i nak pick aqilah nantidi rumah maklong.
i sajalah bawak mama abah jalan ke sana ajak diorang shopping. ramai jugaklah guys kat sana.
designer bag punya outlet ramai betul beratur. so kami cuma pergi masuk victoria secret, tefal, cotton on
and beberapa kedai lain.i belanja my mom lotion victoria secret and belanja adik i aqilah yang tak ikut kitorang. dia mintak baju. lepas shopping sikit kami lepak di starbucks sebab haus.




lepas tu kami teruk gerak ke rasa yang tak jauh pun dari gpo . around 40 min macam tu.
kami  pergi beraya rumah pak andak. pak andak jamu kami nasi ayam penyet.
sedap guys . diorang sebenarnya ada buat catering tau. kalau korang nak buat kenduri kecik kecik
ke nak buat kenduri kesyukuran ke contact contact la diorang eah .





lepas beraya rumah mak andak kami pergi rumah maklong.
seronok dapat jumpa cousin cousin i.cuma ikalah tak ada sebab dia turn beraya rumah mertua.
inshallah nanti kita jumpa ya.




ni sebahagian daripada anak menantu,cucu cicit arwah razali. susah sebenarnya nak kumpul sekali
bila ramai dah khawin and kampung pun dah tak ada.
sedih bukan? Hahaha. takpe kampung hilang kita buat kampung sendiri okay?
bila pandang gambar ni rasa macam cepat betul masa berlalu. pakcik makcik, abah mama pun dah nampak tua. semoga kita ada banyak masa terluang untuk ziarah macam ni lagi .



5 May Raya ke 4.

harini i dengan aqilah balik ke rumah masing masing. mama masakkan kami rendang daging.
kami balik dalam pukul 4 petang. pagi sebelum gerak balik kami pergi laundry dulu. 
kami sangkut jem di tanjung karang and kuala selangor. Bila dah masuk latar alhamdulillah tak jem dah.
kami sampai ke shah alam around pukul 7 macam tu . kami singgah ke richiamo coffee untuk dinner.
lepas dinner kami sajalah jalan ke 7 eleven cafe i beli makanan untuk breakfast esok and coffee .
biasalah bila dah tukar shift from kerja malam ke kerja pagi susah nak tukar body clock i tau.



i sampai damansara pukul 9.11 malam. hahaha precise kan siap tulis minit.



alhamdulillah untuk raya tahun ni tak adalah sendu sangat. 
rasa happy ada parents , pakcik makcik yang seronok di ajak berbual.
esok husband balik dari miri . esok maybe nak pergi tengok movie dr strange. 
k tu jelah korang.


i nak tidur ni.


ttyl


una mn














No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta