Hai korang
so harini offday kedua i.. i ambik peluang untuk pergi me time .
perempuan biasanya akan ada hari yang dia kena me time pergi spa or salon kan i tak terkecuali .
i pergi hannan medispa je sebab tu yang paling dekat dengan i. i saja nak try ice globe facial dia.
kebetulan ada promo lagi cuma rm99 . selalunya every month i pergi mani pedi sekarang i rasa i boleh buat kat rumah je sebab i dah barang barang dia kat shoppe.
i pun tak berapa suka colour kuku. style i suka pun cuma french nail . so rasa membazir pulak pergi spa .
i suka buff je bagi kilat. husband i pun pandai gunting rambut tau korang . i sangat jimat bab self care ni hahaha. dia more like husband care.
dia pandai buff kuku i, pandai gunting rambut, dia jugak tolong warnakan rambut i and coin massage .
so kalau i bazir pun dekat muka la dengan massage kalau i nak betulkan urat ke or saja nak fancy fancy.
oh ya i melalut.
okay tadi before i pergi facial i basuh kereta i yang dah berbulan tak basuh. sebab asyik hujan kan
even sekarang masih je lagi selalu hujan tapi i rasa semak tengok kereta tu kotor so i bawak la dia pergi carwash.
i sampai ipc i terus ke hannan medispa. i duduk dalam beberapa minit diorang bawak i masuk check skin dulu. macam yang i buat haritu la saja nak tengok skin progress. surprisingly skin i makin okay.
even lately i macam tak berapa jaga sangat my skin.maybe sebab i sesuai dengan current skincare . so i will stick to it.
lepas habis facial i pergi masuk popular. sajalah nak cari buku. i sebenarnya rindu diri i yang dulu.i masa kecik memang suka sangat dengan buku. tak kisah la komik ke buku ilmiah ke i confirm ambik dan baca. my fav place nak baca buku cuba teka kat mana? library? no....
rumah opah sedara i .. i panggil opahlang. opahlang ni ada ramai anak lelaki
dia adik kepada opah i. so rumah dia memang syurga comic. majalah macam mastika pun ada. kalau i pergi rumah dia.... i akan melekat dekat rak buku tu.
i belum jumpa lagi setakat ni orang yang boleh challenge collection rumah opah lang.sejak opahlang meninggal in 2012 i rasa kehilangan. jadi makin lama makin kurang membaca. yela 2012 i baru habis belajar mana ada duit sangat nak beli buku . gaji awal kerja dulu pun. tak banyak mana. focus simpan duit dengan habis dekat makanan je . tapi sejak dewasa ni i kurang membaca makin lama makin kurang. tapi i still suka beli buku bila i ada duit lebih .
so i beli buku yang i rasa potensi i nak baca tu tinggi. i beli buku mandarin and korean. as you guys know i memang tengah belajar mandarin. and i memang keen to learn new language . i rasa
bila kita bila belajar bahasa lain kita buka peluang untuk diri kita sendiri terutamanya dalam kerjaya la.
i hope one day i will be able to speak fluently in mandarin, korean and japanese.
cool kan?!
lepas beli buku i singgah bens di ipc untuk beli sedikit stock makanan breakfast and balik.
sekian itu sajalah benda i buat semalam.
okaylah korang i nak sambung kerja ni lepastu petang ni i ada movie date dengan husband
kitorang nak pergi tengok pathan.
till then
ttyl
una mn