August 29, 2023

Handbag Lv from Husband

 


hi guys.. 

actually i contemplating whether i should post this or not.  this is something i never expect from him . not at this moment.  people that close to me know i have a certain fav designer bag. however i chose not to buy it because i find that with the amount of that money i can use it for our future home . we are only a year away from moving out from this place so yeah the amount of money we need is huge and to buy a bag that cost me thounsands?  NO....




but my man being so kind. he got me one from Lv. and it matches my Lv card holder that i bought for myself as birthday present (from me to me) on may.  



this collection just launched this year. the neo noe bb . recently i watched the unboxing of this handbag

and my husband sit next to me. i check in several places for fun but this bag sold out. 


idk how he get this bag . but he just did. he didnt bring me along tho. so yeah. he put in the bonnet of our car. i drove back to my mom house , and he surprised me with it infront of my own mother. l


thank you sayang . he bough two bag. one for me, one for his mom. his mom got the neverfull damier.

i got this one. <3



this bad actually small. i love bigger bag but since it matches my lv card holder . why not?


sorry la guys i tak pandai ambik gambar. 
kalau dekat pinterest belum ada lagi bag ni. sebab it is new. 

memang ada neo noe bb before this cuma tali dia lain la.

dulu i minat yang ni . yang warna pink tu



tapi tak apa. i boleh je beli strap pink ni if i want. dapat ni pun dah alhamdulillah



macam i cakap i contemplating nak post. tapi sebab i nak appreciate his effort.
actually i am being extra cautious sebab sihir ain ni bahaya kan.
i ada dengar ceramah cakap kalau ada benda yang boleh takdir,

sihir ain ni boleh memotong takdir . hadis riwayat imam muslim.


so guys... if ada benda yang i post dekat blog ni buat iri hati, dengki please dont be.

ini rezeki saya. semoga ALLAH murahkan rezeki kita semua.


apa saya ada semua Allah  bagi pinjam.



syukur alhamdulillah.


ada jugak i pernah cakap dengan kawan i , i takut jugak sihir ain ni even apa i ada cuma biasa biasa.

dia kata buat apa takut,kalau takut jangan post.

macam nilah.. cara kita menghargai apa kita ada berbeza. 
ada orang suka diam. ada orang suka post.

i tak banyak kawan . i suka post bukan sebenarnya untuk bagi orang dengki, kagum  cuma untuk diri sendiri. 

sebab tu la sekarang i kurangkan post benda orang bagi dekat i  dekat tiktok because my tiktok is not private but my instagram is.

so only my friends and family are there. i feel safe to post there.

limiting access is not selfish i guess?


secara jujur i teringin jugak nak jadi content creator macam youtuber 
get extra money from social media.

tapi to be publicly known  people will tend to invade your personal space.

judging your every action and mistakes

digging your past life.  tbh, i dont think i can live like that.

maybe do an anonymous youtube will be fun?


okay guys  i doa siapa yang baca blog i dilimpahkan kurniaan rezeki 

till then 



ttyl

 una mn







Team Dinner at Hilton

 


hi guys so semalam  i sempatlah attend makan makan with my colleagues dekat hilton.

actually plan asal untuk team kami ialah pergi team building . main paintball pastu adalah extra activities. tapi memandangkan ramai jugak tak dapat join. sebab aktiviti pagi and i bulan ni kerja malam guys. 

habis kerja 7 pagi. mana mungkin i tak rest or tidur dulu untuk join aktiviti macam tu kan.


so they changed it to team dinner at hilton. dinner buffet hotel 5 star siapa taknak kan. so i, amin, ed, pakat nak duduk semeja. yelah actually kami ni antara yang baru join dari team features. we join bulan 2 haritu. memang kami dah 3 tahun lebih kerja company ni cuma company besar banyak project kan , banyak jugak pekerja dia. for us to know everyone is impossible.



so yeah i pulak introvert in real life. rasa rasa? kebetulan malam tu i kerja. dinner start at 6.30 pm

i sampai je amin pun baru sampai . we just walk cross the road sekejap dah sampai from our office. 


this is ed. nama dia atiratul tapi nickname dia ed. she is extrovert 
so tak adalah i awkward sangat di majlis macam ni HAHAHA.

this is amin.

 
antara first food i ambik. i love all the food dekat situ semua  sedap
cheff sangat warm and friendly. agaknya i banyak kali ambik
dia rasa terharu ke cane entah HAHAHA.
and waiter situ handsome handsome guys  HAHAHA


masa ni edd tengah tunjukkan kepakaran dia kupas udang dekat afiqah HAHAHA

lepas kenyang makan dalam 9 lebih i balik ke office sebab i nak start kerja at 10 haha

basically that is how it went.

oh ya kitorang ada je ambik team picture tapi belum dapat lagi
later dah dapat i update sini k.

tu jelah korang 


till then


ttyl

una mn
 



August 25, 2023

My baby iriz major service & sembang sembang!

 


hi guys...

today i nak sembang sembang je dekat sini. even macam pelik sembang sorang sorang anyways... i tak kacau orang i focus on my life and ya suka hati i la kan?

 

HAHAHA

allright on monday i sampai rumah dari office around 8 am. kenapa 8? sebab jem gilaaa. oh ya lupa cakap this month kan i kerja night shift so keje malam balik pagi. so i tak typo ye memang 8 am tu.


tbh i punya kereta dah naik notification untuk service sejak ahad lagi . lepas kitorang makan sukiya  on the way balik tu notification dah naik. sebab dah lewat service centre dah tutup i redhakan jela nak service esoknya which is monday la. okay bear in mind i punya tarikh service supposed to be on 28 august.

tapi sebab milleage dia sampai dulu kan so i tak adalah buat booking awal. so i sampai parking rumah i   i terus straight away call the service centre.


me : hello...nak tanya kalau i nak hantar service harini without booking boleh ke?

that girl : hmmm boleh bagi no plate?


me : bagi no plate _____

that girl : oh ni major service ya... boleh hantar before 10 am and boleh tinggalkan kereta?

me : okay boleh je....



oleh sebab dia cakap boleh i pun pergi la sana . sampai sana you know what happened?

this one person idk la muka macam nak telan orang. tetiba i sampai kan dia cakap camni


that person : yaaa ada apa?

me : i yang call tadi cakap nak service kereta.

that person : oh puan memang suka main datang tak booking dulu eah? dengan nada sarkastik

me : ( pause... sebab i am so sleepy. then i realized apa dia cakap) what? excuse me ? apa you cakap? 


at this moment she knew she fucked up. 

kawan dia yang nampak muka i dah menyinga cepat cepat serve i. 

tbh  ikut hati nak je report tapi fikir balik kesian karang ada kena buang kerja ke apa. i am not that kejam.


the other girl suruh i balik dulu sebab dia kata major service lama. so i balik tidur.


around 1 lebih macam tu i dapat call katanya major service ni tak boleh siap hari sama. and i kena bayar additional for cleaning and tukar  cooling system ke apa benda entah.  so my total would be around rm1600. dia kata boleh ambik khamis petang.


malam tu i supposed to masuk office tapi since i pun tak sihat  i pergi ambik mc. i dont know la sejak vaccine kan makin senang tak sihat. is it just me or everyone encounter the same thing?


kebetulan selasa and rabu memang my offday. i spend this two days betul betul rehat. i tidur jer. 

nak buat nota nota mandarin i pun tergendala. mujurlah i pakai pdf version so taklah i  ketinggalan banyak. cuma bila kita nak learn new language effort kita memang kena lebih sikit.



today 24 august 2023



around tengahari i pergi ambik kereta. i call them and they said kereta dah siap. luckily kalini yang attend i lelaki bukan girl haritu. kalau girl haritu risau je sis menyinga balik. 

i am so happy dah dapat kereta kan. i straight away pergi one utama nak lunch. kebetulan husband i ada dekat one utama harini sebab dia ada meeting dengan bos dia. sementara tunggu kawan kawan dia lain sampai boss dia suruh pergi lunch dulu.


so we went to our fav place . mana lagi kalau bukan yakiniku kuro.  i tak tahu la berapa kali dah kitorang makan sini. sedap sangat for me.  this time kami ambik 200gram sorang. kami tak ambik 300gram sebab takut rushing pulak . yelah kitorang lunch sementara tunggu kawan kawan dia sampai untuk meeting kan. karang dah order banyak banyak tak sempat nak habiskan. 



habis je makan kami pergi cinnabon. i tapau je sebab yelah benda tu sedap siapa tak suka ye tak. 

i beli 4 je . 2 for him 2 for him.  sekali boss dia beritahu his friend tak sampai lagi. so nak tunggu tu alang alang sis rasa nak coffee coffee sikit. so kita lepak starbucks.



tapi i tak ada beli coffee . i beli air buy 1 free 1 sebab husband sis nak cuba. jangan tanya nama dia apa sis dah lupa. lepastu ada reward sis claim la 1 air free.

tbh i dont really like air yang buy 1 free 1 tu. i guess that is the reason why air tu jadi buy 1 free 1 HAHAHA.

lepastu husband i dipanggil pergi meeting i duduk situ sorang sorang sambil fikir nak buat apa lagi eah. i nak tengok movie tapi nak tunggu husband habis meeting macam tak sanggup pulak. lepastu i teringat yang my cimb bank card hilang. so i call customer service suruh block that card.  i tak tahu berapa lama dah hilang. i tak sedar sebab cimb i tak guna sangat. i just guna cimb click je. every month i bayar bill apa semua pakai cimb click. i dont save my money there. 

dia macam transaction bank je. so i call bank to block my card. tapi bila dah block customer service tu cakap dah tak boleh guna cimb click. so nak taknak i kena pergi ambik card baru. 


so terpaksa la i gerak dari one utama tu pergi the curve. lagipun my friend ada kerja sana.  sampai sana i ambik nombor macam biasa. settle semua urusan i ingat nak balik terus la kan.

tapi hujan lebat guys. i stuck dekat mall. i park my car dekat tepi bank je i tak masuk parking basement sebab i rasa nak singgah tukar card je. lah hujan pulak kan. so i jalan jalan la kejap dalam mall. 

i nak pergi massage tapi i am on period. so suka tak suka kita pun berhuhuhu.



bila hujan reda sikit tinggal rintik rintik baru i berani jalan ke kereta. alhamdulillah sampai rumah semua i get to rest and here i am typing this entry for you guys.

malam ni i kena kerja tau guys.. tapi tula my new acting team leader asking me to do trainings and ada  a few work related i tak payah explain kot . 

CUBA TEKA I KENA BAYAR BERAPA FOR MAJOR SERVICE?

alhamdulillah tak sampai rm1600. rm1459 je.  okay la for major service sekali tukar cooling system dia. kereta dah siap basuh siap vacum baru sejuk hati sis.

k guys doakan i yang dah procrastinate lama ni back on track. i nak study mandarin balik ni .

sabtu ni ada class



till then



ttyl


una mn



August 18, 2023

HSK1 Results is out!!!

 


Hi guys.. so this is a quick entry!!

sebenarnya  i punya result dah keluar on 16  august tapi i hanya dapat check semalam sebab 16 i was busy urusan dekat hospital. okay  yeah.. 


i berdebar debar gila nak check ni semalam guys...






alhamdulillah!!! i dapat full marks!! 200/200 . i truly tak sangka sebab i kan non native. i know this is considered an easy test la to some.  anyway i tak kira i happy jugak HAHAHA.

i hope next test i boleh score macam ni jugak!!..


k guys tu jela i nak cerita... 


i nak siapkan homework and topup tidur sebab malam ni i kena kerja!!!



till then


ttyl


una mn


August 17, 2023

mama endoscopy journey



 


Hi guys.. 

so today i nak cerita  sikit about my mom endoscopy journey. i selalu cakap i akan cerita benda indah indah je dekat blog ni kan. tapi i rasa sesekali tak salah i cerita realiti hidup. sebab benda ni pun i akan baca beberapa tahun akan datang (kalau umur panjang). 


ceritanya begini... sejak case dengan amanah raya haritu adalah beberapa benda datang bertalu talu .  my mom yang masih grieving pun tak boleh cope. perasaan dia bercelaru menyebabkan akhirnya dia terkena gerd. anxiety attack and badan dia macam banyak gila keluar angin. i bawak dia merata. berurut dekat thai odeyssey la.. berurut kampung la. sebab i fikir dia cuma stress. i brought her everywhere . kerap jugak i balik  back and forth sabak bernam - damansara. oleh kerana i masih hybrid  3 days in office 2 days wfh so  i dapat balik lama sikit kadang kadang. sometimes husband i akan ikut sometimes tak  sebab dia hari hari kena masuk kerja kecuali offday dia la. 



after semua benda kitorang buat tak jadi. my mom pun berpantang jugak makan. kesian tengok dia sakit . i luahkan dekat my cousin yang sekarang tengah bekerja dekat mekah. she is nurse btw.  dia suggest buat endoscopy sebab dia pun pernah buat.   our choice either kpj and assunta. since my cousin pernah buat dekat assunta dia kata okay.  then i told my brother ammar about it.


masa i dapat suggestion tu ... jumaat last week. masa tu i dah balik damansara for work. kebetulan hari jumaat lepas my brother akan balik sebab nak mengundi sabtu tu. lepas je vote selesai dia terus bawak mama ke assunta pj .




sampai sana penat lah adik i ni nak memujuk mama.  mama ni kan bekas nurse tau. tapi dia punya degil Ya rabbi . :'D   mujur adik i pujuk pujuk akhirnya dia setuju. lagipun we went to private bagi ubat pengsan terus. tak rasa apa.


ahad pagi  my mom mengadu .. perut dia tak selesa kembung makan ubat. i buat bodoh je HAHAHA.

kesian tapi nak cepat baik kan. i tengok dekat hello doctor cakap memang after that procedure normal perut akan rasa kembung. i insist suruh dia makan ubat even i jauh kan. tak dapat nak check dia makan ke tak.

next follow up doctor tetapkan pada khamis 17 august. tapi oleh sebab i ni khamis malam kerja . i taknak rushing. so i asked my brother untuk tukar follow up tu jadi hari  rabu sebab i cuti bulan ni selasa rabu. 


memandangkan isnin malam i kerja masuk office pulak. i habis kerja 7 pagi  so  that whole day i prefer tidur. lepas tidur beberapa jam i drive balik sabak bernam.


16 august 2023 

9.20 pagi kami bertolak dari sabak bernam ke damansara. kami sampai assunta almost 12 sebabnya jalan agak jem ya yelah tengahari kan. sampai sana daftar mama and we wait. kami tunggu agak lama dah macam tunggu hospital kerajaan. tahu sebab apa? ramai jugak pesakit dia. pukul 5 baru mama dapat masuk dalam. 5 hours of waiting. lepas masuk. check up semua. ambik ubat pergi kaunter bayaran









agak mahal jugak. next follow up 9 september. maybe mama akan pergi dengan ammar. ubat mama cost around rm538. hari sabtu lepas endoscopy cost rm1500. apa apa pun duit boleh cari . yang penting dia sihat.  settle semua kami decide nak pergi makan. 


macam biasa i ajak mama lepak ipc sementara tunggu jem reda. kami dinner dekat sana .kami makan dekat food court ipc je sebab senang sana ada bubur. mama makan bubur and cakoi from i love yoo. i pulak order bibimbap beef from myeongdong topokki. lepas dinner i teman mama solat dekat surau ipc. i tak boleh solat tetiba je masa nak solat dekat surau assunta i realize i period. mujur mama bawak pantyliner. boleh la jugak sementara nak tunggu pergi mall ipc beli. i nak mintak nurse dekat situ segan. 



lepas mama solat apa semua kami jalan jalan cuci mata dekat bens sekejap . mama beli tepung organic yang tak ada gluten. ya my mom tiba tiba macam allergic to gluten. maybe punca dari gerd jugak tu. 


so best choice beli jela. 


before  sampai rumah i drive thru mcd for my lil brother aiman dekat rumah. kami sampai rumah almost 11pm.  



17 august 

here i am back to damansara . pagi tadi i bangun awal jugak even i penat sebab i ada banyak kerja. 

i settlekan trainings . read all the updates. study sikit for my pkt test. my work require me to always read. 

i kena baca and i ada monthly compulsory test untuk test my knowledge.   pukul 1 after pack up and lunch with mama i bergerak balik ke sabak bernam. dalam 1 lebih jugak i bertolak. i reach home around 3.10 macam tu. i sampai rumah i rest kejap and cuba tidur . tapi tak boleh guys.... HAHAHA.


oh ya i lupa nak cerita.  i sebenarnya tak suka sangat cerita problems i dekat blog.  tapi since benda ni dah settle i rasa okaylah i cerita.  ada one incident happened la on monday morning. i habis kerja and sampai rumah lebih kurang pukul 8 pagi sebab i singgah beli roti canai untuk breakfast dengan husband i.  so masa i sampai rumah kereta i double park. i asked my husband untuk alih parking.


rumah i atas bukit tau guys. untuk masuk dan keluar dia one way.  so my husband pergi alih kereta lepas breakfast i pulak nak tidur. baru i nak tidur..... tiba tiba my husband call i beritahu dia terlanggar kereta orang yang tengah park.  cerita dia orang kat  damansara ni kadang otak tak ada. dah tahu one way tau.

motorcycle from block sebelah lawan arus. my husband tengah alih parking dia nyaris nak langgar kereta tu.. so dia time tu tengah undur ye sitiuation dia. so instead of dia tekan brake dia tertekan minyak. 

due to privacy i taknak update gambar kereta tu cuma agak terus la kereta orang tu even dia wira je. 

my baby iriz terluka jugak. patah hati sis tengah bahagian pintu tempat pemandu bergaris.


since kereta tu dekat parking 100% salah husband la kan. so i tulis nombor i selit dekat kereta kena langgar tu. i told my friend about it .  guess their respond? kenapa tak biar je?


i macam nilah ye... i letak tempat i dekat owner kereta tu. kalau jadi dekat i mesti i sedih. 

lagipun tuhan maha adil. kalau kita tak bagi hak orang , satu hari nanti Allah  balas balik perbuatan jahat kita. so jangan ambik hak orang lain dan nafikan hak orang lain.


i tanya owner kereta nak pergi report police ke tak?  kereta tu ayah dia punya sebenarnya. dia baru datang sini dari kedah. baru mula kerja.  i pun tak tahu procedure. i cakap tak apa claim insurance i. i bagi dia berbincang dengan husband. 


i tanya my cousin jugak yang arif benda benda ni. memang kos dia mahal . cost him rm2.3k tapi atas budi bicara dia. dia mintak 1k je.  husband i pun gantilah 1k. baru je selesai tadi. 



so yeah lega sikit. actually masa lepas benda tu jadi i agak marah dengan husband i. tapi mama sayang benar menantunya . mama pujuk cakap duit boleh cari kakak. jangan marah dia. dia tak sengaja. HAHAHA


oh ya i lega jugak i dah settle jawab my monthly test tadi. 



k la korang i nak kerja ni. 


till then 


ttyl



una mn


August 13, 2023

8th wishlist part 1 completed , jalan jalan with mama

 


Hi guys... so this week i berjaya settlekan wishlist ke 8 tahun ni. 



wishlist part 1 i panggil. kenapa part 1? sebab kami baru settlekan payment. this is very special wishlist for this year. most special and. maybe takkan ada boleh tandingi wishlist yang ni.


 i tak boleh post the journey or everything sampai benda ni settle on october.

 i bagi teaser je la.  HAHAHA.



okay after payment done and several things related to that wishlist settle. 


on thursday  i bawak mama and aiman ke jpj padang jawa. ni semua nak settlekan penukaran nama motor dari nama kedai yang dah bankrup tu ke nama adik i. 


actually i ada cerita sebelum ni. if you guys ada beli motor loan kedai . kalau dah habis bayar cepat cepat tukar nama suruh kedai tu buat e batal. sebelum apa apa tak diingini berlaku. 


it is a long process that is very tiring tbh.  abah beli motor in 2016. 2018 dah habis bayar pun .

tapi maybe dia tak terfikir nak jual so dia tak buat e batal . when pandemic come kedai tu bungkus.

and then abah meninggal dunia. jadi journey tu bertambah rumit.



so kami ke jpj tu nak settlekan hal ni. la. orang jpj tu cakap ambik masa sebulan lebih jugak.

after urusan jpj setttle i bawak mama ke puchong. mama sejak abah meninggal ada anxiety attack, gerd and so on. so we try beberapa method nak bagi dia sembuh.  so after treatment done kami ke rumah mak uda i di bandar sunway.


my cousin wawa masak nasi ayam for us. thanks wawa!! 

lepas makan apa semua kami mintak diri nak balik. actually we went to the mall. i saja nak bawak mama jalan. kami ke sunway pyramid . lepas jalan jalan cuci mata , teman mama shopping kami lepak makan ice cream  baskin robbin.




around 4pm ++we decide nak balik.  on the way balik guys hujan lebat selebat lebatnya!!!

jalan jem tak boleh cerita. bayangkan from bandar sunway to damansara biasanya lama pun 30-40 min je. 

we stuck sejam lebih. i decided to masuk mall untuk berhenti solat. kami ke ipc (ikano power centre).


lepas solat  kami makan light snack dekat family mart.  bila hujan reda kami pun gerak balik. 

tapi jem tetap jugak teruk . nak taknak kena balik sabak bernam jugak. 


kami sampai sabak bernam almost 10pm.  lama kan?  kami tapau satay for dinner.


khamis pagi.

pagi pagi lagi i dah balik sebab malam i kena kerja. and husband ajak keluar jugak . 

sampai damansara i rest sekejap lepastu kami keluar makan. kami makan myeondong topokki je dekat ipc, 

ye ipc lagi. i suka sebab tak jauh dari rumah. lepas makan jalan jalan jap kami balik sebab i was too exhausted. 



jumaat 

masa lepas asar i dapat facetime call from my cousin . bella dekat mekah sekarang kerja dekat hospital sana. so we facetime update life. dia suggest me bawak my mom ke hospital assunta for scope procedure.

memandangkan i baru balik dari sabak bernam and kebetulan adik i ammar balik sabak bernam haritu i straight away call him.  we discuss and he said dia akan bawak mama ke assunta later



sabtu

my mom call said she is on the way to hospital assunta for scope procedure. tbh i know she is scared but what to do.  kitorang nak dia sembuh. doktor kata dalam perut mama ada bacteria. oh ya since harini adalah hari undi so kami semua boleh wfh. i supposed to masuk office tapi yeah alhamdulillah !!! HAHAHA



ahad

pagi pagi i dapat text dari adik i. next week follow up scope dengan dr di assunta lagi. i ask him yesterday to tukar appointment to rabu sebab i senang nak bawak mama hari cuti i. khamis siang i memang free . tapi memandangkan kami malam i kerja i taknak  rushing . so yeah i hope everything went well for mama next week.



sekarang i menaip dengan baju kelawar i . husband akan kerja full day for esok and lusa. i pula kena masuk office malam ni. maknanya apa?


maknanya kalau i tak pergi jumpa dia dekat tempat kerja dia before masuk kerja i will not meet him until next week.  


ha kenapa next week? 


i cuti selasa rabu tau korang.


so malam ni i kerja pagi esok i balik dia mesti dah pergi kerja. macam tu jugak malam esok i kena masuk office. i masuk isnin malam, so selasa pagi i balik. kalau dia kerja pagi selasa tu. after i sampai rumah mesti dia dah pergi kerja. 


and i pulak lepas rehat tidur i akan balik sabak bernam. balik je sana.


rabu datang sini balik for mama procedure.  i hanya akan balik rumah pada khamis!!!


so yeah maybe i akan jumpa dia khamis.  bila i cakap i busy kan ramai tak percaya betapa busy la hidup kau. trust me i busy. sebab tu kalau tetiba ada masa sembang dengan kawan diorang update story hidup diorang i will be surprised! HAHA


nanti diorang kata... eh aku ada la update dekat story. 


ye kau update belum tentu aku tengok :'D


tapi inilah dia kehidupan. i update blog ni pun kadang kadang lambat. kadang i backdated kan je .



k la korang perut i lapar i nak makan.  



till then 



ttyl


una mn



August 5, 2023

my skintific product from tiktok finally arrived

 


this is very short entry. i tak tahu i ada update ke sebelum ni 
i have been using skintific since february if i tak silap. 
i understand the hype.

selalu habis i beli dekat watson and guardian je. 
memandangkan i jumpa trick nak beli murah sikit. i sanggup buat tiktok baru semata mata nak beli ni

i dapat discount rm50.


i am beyond happy. HAHAHA

k tu je nak update .


 byeeeeee


August 3, 2023

karaoke after so long at diva setia city mall with husband

 



Hi  guys.. 

so today kan i pergi  setia city mall again... but this time i pergi dengan my husband. 

tbh plan asal nak pergi karaoke dekat maharaja ioi city mall putrajaya. tapi dari rumah i sekarang pergi shah alam lebih dekat. antara 2 mall ni i prefer ke setia city mall. 

kenapa? sebab entah mudah kot. sebab layout dia senang ingat. lagipun satu masa dulu pernah jadi mall fav i (before dia expand) . i suka mall ni sebab banyak faktor. antaranya sebab toilet. bagi i toilet yang bersih and senang nak cuci our hadas kecil atau besar lebih praktikal sebab kita muslim kan.


kita nak solat tak boleh la nak pergi toilet pakai tissue or air dia bidet tembak kena tak kena tu hahaha.






sampai setia city mall kami pergi makan tengahari dekat sepiring dulu. tbh ni first time kami makan sepiring. i sajalah nak try. sedap laksa dia and everything is perfect. durian crepe dia pun sedapppp sangat. 

memang pakai isi durian d24.  after makan & all . kami terus pergi diva karaoke .


diva karaoke ni sama level je dengan gsc. dia opposite side je. harga dia murah tau guys. even cheaper than maharaja. kalau maharaja rm19 per hour kan?




dekat sini rm15 per hour. i took 2 hours. kalau campur buffet drinks and snacks  add on rm8 je sorang. so i add on jela. so total rm46. for me quite cheap la.


sound dia quite okay. lagu semua updated. 


i dengan husband ni sebenarnya bukan la karaoke tegar. cuma sesekali nak buat aktiviti lain sikit. kitorang ni hantu movie. cuma kebanyakan movie best kitorang dah tengok. so better pergi buat activity lain la.


habis karaoke kami solat zuhur and asar sekali. 

lepastu kami sambung jalan jalan shopping sikit. kami masuk jugak pet store. haha sampai dia rasa suka sangat dekat kucing ni. dia nak beli i tak bagi. i rasa sebab kitorang selalu busy . kesian kucing tu nanti tak ada orang nak main dengan dia

plan asal  petang tu husband nak main basikal. dekat padang setia city mall ni selalunya ada. tapi harini kami pergi tak ada apa apa hahaha.  maybe sebab kami pergi weekdays kot..



lepas kami tak dapat decide nak dinner apa. i tetiba fikir dah  dekat setia city mall ni why not cari makanan  panas dekat luar. sebab sini kan area melayu. so i texted my cousin ika yang duduk meru . she suggested us to go  makan dekat london tomyam seafood.




before ke sana kami singgah solat dekat masjid as syarif tak silap nama dia. lepas solat maghrib baru pergi makan. lepas makan apa semua   kami pun balik.



tbh i tak puas berjalan lagi cuma tak tahu nak buat aktiviti apa.

oh ya result hsk1 i masih tak keluar  keluar lagi. diorang cakap ambik masa sebulan lepas exam. 


wish me luck for the result



till then


ttyl


una mn

💝 Anniversary Trip To Jakarta