August 25, 2023

My baby iriz major service & sembang sembang!

 


hi guys...

today i nak sembang sembang je dekat sini. even macam pelik sembang sorang sorang anyways... i tak kacau orang i focus on my life and ya suka hati i la kan?

 

HAHAHA

allright on monday i sampai rumah dari office around 8 am. kenapa 8? sebab jem gilaaa. oh ya lupa cakap this month kan i kerja night shift so keje malam balik pagi. so i tak typo ye memang 8 am tu.


tbh i punya kereta dah naik notification untuk service sejak ahad lagi . lepas kitorang makan sukiya  on the way balik tu notification dah naik. sebab dah lewat service centre dah tutup i redhakan jela nak service esoknya which is monday la. okay bear in mind i punya tarikh service supposed to be on 28 august.

tapi sebab milleage dia sampai dulu kan so i tak adalah buat booking awal. so i sampai parking rumah i   i terus straight away call the service centre.


me : hello...nak tanya kalau i nak hantar service harini without booking boleh ke?

that girl : hmmm boleh bagi no plate?


me : bagi no plate _____

that girl : oh ni major service ya... boleh hantar before 10 am and boleh tinggalkan kereta?

me : okay boleh je....



oleh sebab dia cakap boleh i pun pergi la sana . sampai sana you know what happened?

this one person idk la muka macam nak telan orang. tetiba i sampai kan dia cakap camni


that person : yaaa ada apa?

me : i yang call tadi cakap nak service kereta.

that person : oh puan memang suka main datang tak booking dulu eah? dengan nada sarkastik

me : ( pause... sebab i am so sleepy. then i realized apa dia cakap) what? excuse me ? apa you cakap? 


at this moment she knew she fucked up. 

kawan dia yang nampak muka i dah menyinga cepat cepat serve i. 

tbh  ikut hati nak je report tapi fikir balik kesian karang ada kena buang kerja ke apa. i am not that kejam.


the other girl suruh i balik dulu sebab dia kata major service lama. so i balik tidur.


around 1 lebih macam tu i dapat call katanya major service ni tak boleh siap hari sama. and i kena bayar additional for cleaning and tukar  cooling system ke apa benda entah.  so my total would be around rm1600. dia kata boleh ambik khamis petang.


malam tu i supposed to masuk office tapi since i pun tak sihat  i pergi ambik mc. i dont know la sejak vaccine kan makin senang tak sihat. is it just me or everyone encounter the same thing?


kebetulan selasa and rabu memang my offday. i spend this two days betul betul rehat. i tidur jer. 

nak buat nota nota mandarin i pun tergendala. mujurlah i pakai pdf version so taklah i  ketinggalan banyak. cuma bila kita nak learn new language effort kita memang kena lebih sikit.



today 24 august 2023



around tengahari i pergi ambik kereta. i call them and they said kereta dah siap. luckily kalini yang attend i lelaki bukan girl haritu. kalau girl haritu risau je sis menyinga balik. 

i am so happy dah dapat kereta kan. i straight away pergi one utama nak lunch. kebetulan husband i ada dekat one utama harini sebab dia ada meeting dengan bos dia. sementara tunggu kawan kawan dia lain sampai boss dia suruh pergi lunch dulu.


so we went to our fav place . mana lagi kalau bukan yakiniku kuro.  i tak tahu la berapa kali dah kitorang makan sini. sedap sangat for me.  this time kami ambik 200gram sorang. kami tak ambik 300gram sebab takut rushing pulak . yelah kitorang lunch sementara tunggu kawan kawan dia sampai untuk meeting kan. karang dah order banyak banyak tak sempat nak habiskan. 



habis je makan kami pergi cinnabon. i tapau je sebab yelah benda tu sedap siapa tak suka ye tak. 

i beli 4 je . 2 for him 2 for him.  sekali boss dia beritahu his friend tak sampai lagi. so nak tunggu tu alang alang sis rasa nak coffee coffee sikit. so kita lepak starbucks.



tapi i tak ada beli coffee . i beli air buy 1 free 1 sebab husband sis nak cuba. jangan tanya nama dia apa sis dah lupa. lepastu ada reward sis claim la 1 air free.

tbh i dont really like air yang buy 1 free 1 tu. i guess that is the reason why air tu jadi buy 1 free 1 HAHAHA.

lepastu husband i dipanggil pergi meeting i duduk situ sorang sorang sambil fikir nak buat apa lagi eah. i nak tengok movie tapi nak tunggu husband habis meeting macam tak sanggup pulak. lepastu i teringat yang my cimb bank card hilang. so i call customer service suruh block that card.  i tak tahu berapa lama dah hilang. i tak sedar sebab cimb i tak guna sangat. i just guna cimb click je. every month i bayar bill apa semua pakai cimb click. i dont save my money there. 

dia macam transaction bank je. so i call bank to block my card. tapi bila dah block customer service tu cakap dah tak boleh guna cimb click. so nak taknak i kena pergi ambik card baru. 


so terpaksa la i gerak dari one utama tu pergi the curve. lagipun my friend ada kerja sana.  sampai sana i ambik nombor macam biasa. settle semua urusan i ingat nak balik terus la kan.

tapi hujan lebat guys. i stuck dekat mall. i park my car dekat tepi bank je i tak masuk parking basement sebab i rasa nak singgah tukar card je. lah hujan pulak kan. so i jalan jalan la kejap dalam mall. 

i nak pergi massage tapi i am on period. so suka tak suka kita pun berhuhuhu.



bila hujan reda sikit tinggal rintik rintik baru i berani jalan ke kereta. alhamdulillah sampai rumah semua i get to rest and here i am typing this entry for you guys.

malam ni i kena kerja tau guys.. tapi tula my new acting team leader asking me to do trainings and ada  a few work related i tak payah explain kot . 

CUBA TEKA I KENA BAYAR BERAPA FOR MAJOR SERVICE?

alhamdulillah tak sampai rm1600. rm1459 je.  okay la for major service sekali tukar cooling system dia. kereta dah siap basuh siap vacum baru sejuk hati sis.

k guys doakan i yang dah procrastinate lama ni back on track. i nak study mandarin balik ni .

sabtu ni ada class



till then



ttyl


una mn



No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta