December 6, 2023

my final wishlist 2023 completed part 2 : Mekah


 



Hi guys. seperti mana i janjikan. this is part 2 untuk my umrah journey. dekat entry lepas i cerita my aktiviti sepanjang di madinah kan. sekarang i cerita part mekah pulak okay?


23 Oktober 2023


dalam pukul 10:48pm  kami sampai di depan safwah royale orchid hotel. ustaz sazren mintak kami naik atas untuk settle barang berehat sekejap dan turun balik sejam kemudian untuk mengerjakan umrah pertama.oleh sebab i tak boleh solat lepas makan i tidur jelah. untuk yang buat umrah diorang stay sana sampai subuh.


i bosan bosan i turun lift so saja try air dekat sini. sedap guys jus delima dia fresh.



24 Oktober 2023

harini tak ada aktiviti memandangkan kami semua dah kepenatan. jadi harini kami  memang rehat jelah dekat hotel.


25 oktober 2023

7 pagi aktiviti kami pergi melawat jabal thur,arafah,mudzalifah, jabal nur, mina and miqat di masjid jaranah. harinini ialah umrah untuk kali ke 2. kali ni pun sis masih uzur.



ni la hotel kitorang


ni di jabal thur. jabal thur tempat nabi muhammad dengan saidina abu bakar menyorok dari cubaan di bunuh oleh quraiys. sini ada orang jual buku. 2 buku 15 riyal tak silap. sis pun beli buku tu. sebab kami tengok dari jauh je. naik naik boleh tapi tu ziarah tambahan kalau tak silap.




ni dekat arafah.  i saja ambik gambar signboard dia
hahaha




bergambar didepan jabal rahmah di arafah
sini tempat yang mustajab doa tau korang. sinilah orang selalu doa pasal jodoh.
sebab dekat sinilah nabi adam dan hawa berjumpa lepas terpisah masa diturunkan ke bumi.
nabi adam turun di sri lanka, hawa turun di jeddah.


pemandangan tanpa muka sis dekat depan. hahaha  ni la jabal rahmah tu siapa larat boleh naik.

lepas lawatan semua kami pergi masjid jaranah untuk miqat kali kedua.
macam sis cakap. oleh sebab sis uzur si cuma miqat umrah bersyarat.
tapi waktu malam 2 jam sebelum habis keadaan ihram sis (sebab kena tunggu 12 jam baru bebas dari keadaan ihram kan) so sis check every hour. dalam pukul 9 sis check sis dah suci. so sis mandi wajib, solat isyak and terus pergi umrah.


mama dengan room mate kami waktu di madinah.

 
ni gambar roommate kami masa dekat madinah.
lelaki tu menantu makcik kat tengah tu. sebelah kiri sekali ni makcik liza. for some reason i panggil
dia kakak sebab dia nampak muda padahal dia muda dari mama 5 tahun je. 
makcik kat tengah tu i boleh panggil nenek sebab kalau opah ada lagi mungkin diorang sebaya



muka bahagia sis dapat umrah. entahlah rasa macam tenang sangat. bahagia sangat.
i gained so much weight sebab sini sehari 3 ,4 kali makan. asyik nasi nasi nasi 

HAHAHAHA



inilah pengalaman paling i takkan lupa seumur hidup. 
i buat umrah sorang sorang sebab diorang dah habis umrah  ke 2. 
berpandukan video tiktok dan buku. sis redah jelah. lepas tawaf 7 pusingan. 
i terus ke bahagian skuter tu untuk buat saie. kalau kurus inshaallah ya akan jalan sendiri. menyedari 
keadaan diri sendiri. sis bayar jelah untuk naik skuter. 

sar57.50 je sorang. 

senang je korang naik skuter tu pusing je 7 kali sambil baca la zikir apa yang patut doa la puas puas. 


macam ni la rupa skuter dia tapi speed dia amat slow sebab diorang dah setting. 
kalau laju karang ada yang berlumba pulak.



ni gambar antara jemaah lain. ni i ambik dekat group whatsapp kitorang. saja letak sini sebagai kenangan. yela i tak merasa nak umrah dalam group. buat sorang sorang kan HAHAHA



mama (telekung biru) naik sorang sorang jela sian anak dia tak dapat join.
ni i ambik dalam group whatsapp jugak. 
yang berdiri tu ustaz kitorang.



clock tower yang tak jemu dipandang



26 october 2023 

harini kami pergi ziarah lawatan lagi. so pagi pagi lagi dah naik bas . janji 7.30 dekat bas tapi oleh sebab pakcik ni lambat dia kena tinggal. ustaz kami tak pergi sebab dia ada urusan lain.
kami join ziarah dengan geng bas 3. mutawwif dia orang indonesia ustaz april tapi dia menetap dekat madinah kalau i tak silap.



destinasi pertama kami ke museum ni.
i cakap jujur la ni ziarah tambahan. kalau taknak pergi pun tak apa. secara jujur tak ada benda menarik sangat pun dalam ni. it is not masa zaman nabi ke apa. zaman kita .
ada ke phone blackberry pun diorang letak. :'D
sis tak ambik gambar sebab rasa macam kelakar.






i tak berapa amazed sebab labu tanah liat ni kat malaysia pun berlambak.


adalah  macam pakai baju perang dengan pedang tajam tu but for me not wow me enough la



masa dekat sini i sangat tak selesa sebab my period datang balik. high volume pulak tu



luar museum ni macam set pengambaran cerita p ramlee ali baba dengan 40 penyamun tu HAHAHA
i am not even kidding



lepas tu kami ke wadi berkat. dekat wadi berkat ni ada jual makanan makanan malaysia.
ada roti canai harga dia 4 riyal  sekeping.
kalau tak convert pun rasa mahal kan. so tak yah la convert duit malaysia.

kuih pun mahal HAHAHA.
karipap seketul 5 riyal ye 5 riyal tau.
NASIB BAIK BUKAN KARIPAP OXIGEN




dalam botol tu susu unta. 15 riyal 


mama bergambar dengan kuda. 
menurut kata orang dekat situ diorang ada bela kuda yang baka keturunan dia dari baka keturunan kuda nabi muhammad. kuda merah yang terbaik. 
itu diorang cakap. btw masuk sini macam balik malaysia. diorang semua cakap melayu.

so ye i tak memandai mandai.

balik hotel kami berehat.  petang sikit sis whatsapp ustaz tanya pasal dobi murah.

dobi dekat hotel safwah lebih mahal dari madinah ye.

hotel nozol madinah 15 riyal sekilo

hotel sini sehelai jubah je 18 riyal. kalau turun bawah pergi kedai dobi tu

sekilo 20 riyal nak oi... HAHAHA

ustaz sazren panggil sorang arab ni jumpa bawak kain.
so sis dengan husband kak aza pun bagi beg baju masing masing.

alhamdulillah  harga lebih kurang je macam madinah
HAHAHA


tapi kan kalau situasi macam ni jadi dekat malaysia mesti viral dah.

bayangkan 3 kali basuh baju habis 300 riyal sepanjang 2 minggu
kita dobi dekat malaysia mesin 7 kg tu pun baru rm10 

malam tu sis rasa jemu sangat dah makan nasi so i beli pizza .


pizza dia sedap sangat cheesy. dia macam iklan pizza hut kat tv bila tarik cheese dia akan pull tu
sis tak tipu. 


air avocado dia pun sedap. dia blend fresh fresh .

pizza tu dengan air ni lebih kurang 40 riyal



27 october 2023

harini ialah hari jumaat. bella cuti and dia ajak i pergi jalan jalan ke jeddah teman dia shopping.
bear in mind jarak dari jeddah ke mekkah ialah sejam lebih.
i sebenarnya rasa bersalah jugak dengan dia. salah satu sebab dia kena jugak jumpa i sebab
barang kitorang terlebih muatan.
mama i shopping macam dia nak bagi satu taman perumahan tu ole ole.

jadi lepas timbang timbang i rasa memang terlebih berat punya ni. so luggage yang satu lagi yang kami beli extra bagi dekat bella untuk dia bawak balik next year.

kami keluar agak lambat dah petang sebab driver dia datang dari jeddah nak datang ambik kami dekat mekah lepas dia solat jumaat. bella ni dia ada personal driver yang selalu dia call datang ambik dia bawak dia pergi mana mana. driver ni akan ikut dia kemana mana dia nak.

no, yang ni arab saudi tak cover. dia bayar sendiri
kalau driver dia pergi kerja memang arab saudi bayarkan.

i kan ingat tak la mahal sangat kan
i offer untuk cover that charge.


korang tahu berapa charge driver tu?

600 riyal for return from jeddah tu mekkah not including charge dia tunggu kitorang.
adalah rate dia setengah jam 50 ke 30 riyal macam tu. 
bella cakap dont worry everything on her.



our first destination kami pergi makan kedai korea dekat jeddah nama dia sura.




oh ya yang best dekat sini every meal dah letak siap siap calorie berapa
dekat arab saudi ni memang wajib kot every place ada letak










all this meal sugar mummy i la belanja HAHAHA
i rasa habis around 400 riyal jugak include tax.


lepas makan kami pergi mall nama dia jeddah park. mall ni sebelah je dengan ikea.
dalam jeddah park ni bella pergi cari baju kerja baru.
sebab dia kan nurse pakai scrub, scrub dia tu tak panjang sangat so dia kena beli medical coat warna putih tu.


best weh bila masuk kedai tu.ada satu section scrub  nama dia grey anatomy 
ye grey anatomy yang series dekat netflix tu


lepas pergi situ kami pergi masuk kedai crocs sebab bella nak beli crocs, and masuk  our fav place sephora
sebab dia nak beli make up. i tak beli sebab sephora dekat jeddah mahal dari dekat malaysia,
even duit saudi lebih tinggi dari malaysia.

i bagi contoh mudah. i suka it cosmestic punya cc cream.
dekat sephora malaysia rm189 macam tu. 
macam i cakap duit riyal lebih tinggi sikit dari malaysia. so in my logic


supposedly harga dalam saudi should be sar 160 ke sar 170 ke macam tu

tahu harga dia berapa? sar 212 = rm262

buat apa i nak bayar extra rm70 ++ kan

so i tak beli apa apa .

kalau kerja sini maybe i beli la dah sini gaji pun besar.

lepastu kami masuk apple reseller sana.

kalau dekat malaysia ada machine dekat sana nama dia aleph
ye aleph (cuba korang click nama aleph tu i ada attach link)

kitorang masuk aleph tu sebab bella nak tengok tengok macbook. 


lepas settle shopping dekat jedah park kami seberang ke ikea. ikea berdepan je dengan jeddah park.
oh ya masa kami keluar dari jeddah park hujan renyai renyai and orang arab sangat suka main hujan sebab dekat sana jarang hujan.


oleh sebab i penat berjalan i lepak dekat cafe dia and bella pergi beli barang dia sekejap.

settle je shopping driver pick us up. 

last destination kami pergi asian market . kedai tu jual barang barang asia , malaysia indonesia macam tu.
korang tahu kan kita ni kalau tekak melayu macam mana pun nak jugak makan makanan orang kita.

so bella pergi la beli barang keperluan dia. sis teman je.

habis shopping driver tu bawak kami pusing pusing jeddah sekejap lepastu hantar kami balik.
diorang send i dulu and then lastly baru send bella. 

i sampai hotel kan period i macam dah kering so oleh sebab esoknya kami perlu pergi taif i mandi wajib and siap siap terus buat tawaf wadak.

tawaf selamat tinggal ni wajib buat masa nak tinggalkan mekah lebih 2 marhalah ye.


28/10/2023

kami pergi ke taif. kami bertolak pagi. 
destinasi kami ialah kilang perfume. fyi taif ni sejuk macam cameron highland .


ni la kilang perfume tu


sebenarnya ada kisah lucu dekat sini . 
masa orang tu terangkan pasal berapa kelopak bunga diorang guna nak buat pati 
lepastu diorang open order siapa nak. 

i laju je nak sebab diorang open 50 riyal.

masa i cakap nak tu tiba tiba ustaz sazren gelakkan i.
dia cakap HAHAHAHA
kena tipu.

i was like haaaa kena tipu kenapa?
kak azah dekat sebelah tepuk tepuk bahu i sambil ketawa .


kak azah : una mesti ingat yang dia jual 50 riyal tu pati bunga 10 ribu kuntum tu kan?

me : ya.... bukan ke ? ( dah gelabah)

ustaz sazren dgn suami kak azah : gelak gelak.
me : macam mana nak cancel tadi orang tu dah nampak saya angkat tangan la akakkkkk

kak azah : gelak lagi,

okay guys kalau korang baca blog ni and tengah umrah.....

nak beli boleh je beli dia wangi jugak sebenarnya tapiiiiiii dia bukanlah pure pati 10 ribu kuntum bunga tu ya.


c

ni shila. roommate sis masa dekat mekah


balik dari kilang perfume sis balik rehat. kami siap siap packing our luggage sebab esoknya kami akan checkout . malam tu mama and rombongan pergi buat tawaf widak(tawaf selamat tinggal)
i ? sebab i period balik i dont have to do it.

yes.. i punya period on off dekat sana.

lepas breakfast i pergi turun hotel saja nak beli  hadiah and perfume fav i lagi bawak balik


before balik i sempat beli lagi perfume al musbah ni . yang kotak ada banyak tu i belikan 
as birthday gift for my cousin .
kami check out pukul 2 guys.
lepas check out kami terus  bergerak ke jeddah.



i menangis dalam bas guys.
hati rasa sebak sedih. memang dah tanam dalam hati akan datang lagi.
i faham dah kenapa ramai orang suka datang sini. 
sebab tempat suci hati jadi tenang.
tak fikir dunia sangat.

kami bergerak ke jeddah. di jeddah kami singgah satu mall ni. 
i beli beg untuk mama. and a few accesories.





sambil tunggu i makan la ice cream. sedap jugak 


langit dekat sini tak berawan macam kita tau guys. biru cantik. i tak faham kenapa.
masa dekat sini ada insiden tau guys. guard dekat sini biadap. bas kami nak  berhenti sini jap ambik kami. kena halau. mujur tak bergaduh je dengan salah sorang dari group kami.
kami advise ustaz pengiring kami next time tak payah bawak jemaah ke sini.
biadap betul. fyi yang jadi guard tu bukan orang mekah pun.

bangla ke apa entah tapi bukan bangsa arab.

maybe ujian untuk kami ye habis umrah.
kalau polis i terima la jugak. tapi bukan polis ye. guard je 





sebab kami punya flight delay kami lepak masjid ni lama. i tak boleh solat.
so i tak boleh masuk. i duduk luar masjid. merayau rayau. oh sampai sini kami dapat makan malam kami. truck wong solo datang.

ya korang tak salah baca. wong solo.

lepas makan i masuk dlaam bas balik sebab ustaz dah pesan dekat driver bas biar bukak and bukak aircond .


around 10 kami bergerak ke airport.


settle drop luggage semua dah pukul 12 malam. i dengan mama drop dua dua lugagge kami.
so kami tak perlu bawak naik atas kapal .






kami bertolak 3:40 pagi waktu jeddah. sampai malaysia around 5 :30 petang waktu malaysia.

sampai malaysia makuda and wawa ambik kami di airport




kenangan dengan  kak azah and mama lepas ambik air zam zam.


lepas settle semua kami bergerak ke mitsui untuk makan.

 mama, me, makuda and wawa kami makan dekat kedai thai.

i treat them dinner dekat kedai thai ni.



lepas tu makuda send me and mama to my house. drop barang je adik i ammar sampai dia ambik my mom bawak balik sabak bernam.



i harap i dapat pergi lagi umrah next year but with my husband la nanti.

tahun depan banyak nak kena fikir banyak pakai duit.

so yeahhh


semoga Allah permudahkan


k tu je la korang 

till then


ttyl


















No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta