July 2, 2024

Short Vacation : Krabi with love (long entry with itinerary)

 


Hi guys  entry kalini agak special sebab ni i nak cerita pasal i pergi krabi a few days ago. untuk kenangan and future reference i might include price and everything . our percutian kalini bermula sebab i rasa burn out dengan kerja. we chose a few location tapi sebab kami kekurangan waktu we pick krabi .


25 june 2024


kami tukar rm1300 =  1000 bhat
dekat money exchange the curve.  i pergi shopping baju island hopping and buat mani pedi before fly esoknya.

26 june 2024

husband book air asia ride around 9 am kami bertolak ke airport.
kami decide untuk makan makan dulu.
kami breakfast dekat hometown hainan kopitiam. 

air asia ride fare from my house to klia2 = rm67 




husband makan nasi lemak i pulak makan toast and telur 3 suku. 







krabi dengan malaysia beza 1 jam. so kalau kita pukul 12 tengahari diorang baru pukul 11 pagi.
our flight pukul 1:20  waktu malaysia kami sampai 1:30 pm waktu krabi thailand. 
kami sampai 10 minute awal dari schedule. oh masa pergi ni kami tak duduk sebelah sebelah sebab dua dua nak duduk tepi tingkap. husband i duduk seat 4a  depan i .




so cantik :)


initial plan kami sampai sana nak book grab. tapi turun je flight nampak ada orang pegang board tulis . 150 bhat per person je nak ke aonang.  so untuk 2 orang cuma 300 bhat = rm38 
kalau naik grab 391 bhat. masa ni ada 9 orang dalam ni tak termasuk driver. 
bila naik van share ni just kena sabar la tunggu sampai our turn untuk diturunkan di hotel. and kami yang kena turun last sekali. tapi for me i tak kisah pun sebab rasa sekejap je.




masa ni dah sampai hotel tunggu ambik kunci. masa ni kesabaran sis diuji sebab ada family arab ni dia jenis tak faham bahasa. penatlah  orang kat front desk tu terang banyak kali. 
orang dekat front desk tu cakap bahasa inggeris pelat thai, arab tu pulak cakap bahasa inggeris slang arab.
macam itik cakap dengan ayam. 

:")

this our room i am so happy for this room sebabnya hotel ni pelik dia tak ada lift.
i dapat room dekat bawah so i happy tak payah naik tangga hahaha.
Actually kami nak pool view tapi dah habis.
 husband book from agoda. for 4 days and 3 night we only need to spend rm389 je!
i agak terkejut sebab hotel ni 4 star tau. 

tv ni boleh buat google cast. if korang nak book hotel ni download siap siap movie dari malaysia 
nanti sampai sana adalah benda korang nak tengok. sebab dekat channel tv diorang banyakkkkkkk berita
tak faham kenapa diorang obsess dengan berita .  




lepas kemas kemas sikit kami keluar pergi cari lunch. kami ada nampak recommendation dekat tiktok ada kedai halal yang kami nak cuba. on the way ke sana jumpa 1 booth yang ada orang jaga. 
kami plan esoknya nak pergi island hopping. so lepas di brief kami decide untuk ambik this package. 
harga dia 1400 bhat per pax . if convert lebih kurang rm179 per pax
island hopping ni ada 7 island. package ni diorang akan pickup and hantar balik hotel. 


this is our lunch, husband i suka gila green curry dia. memang sedap and  i pulak sebenarnya
in love dengan thai green tea sampai i beli 2.
kami makan dekat may and zin. 

for nasi 3 , lauk kami ambik seafood tomyam, thai omellette, green curry, and 1 sayur i tak ingat nama dia apa . kami habis =  490 bhat
untuk 3 air thai green tea = 150 bhat 

so total lunch kami = 640 bhat = rm80

for me harga dia reasonable. btw masa kami sampai dia ada bagi appetizer free 
keropok dengan fishcake. ada jugak diorang bagi buah tembikai for free. 
bukan seketul dua tau. satu pinggan!


lepas makan kami balik hotel untuk rest. 

malam sikit around  7:35 pm  kami jalan kaki ke aonang night market



kami jumpa tempat buat cover passport . 
harga dia cuma 100 bhat dapat 1 logo free and buat nama free,

kedai kedai souvenir
Ni i nak pesan. I datang sini tak bawak selipar so i kena beli. I fikir selipar murah kat sini. No , no itu satu kesilapan besar. Korang datang sini beli je selipar siap siap okay.

jangan tanya kenapa blur sebab sis screenshot dari video. 
 lupa nak ambik gambar 
so kita screenshot dari video jela nyah.

kami ke sini dengan 1 tujuan. i nak makan banana pancake! hahaha 


i ambik banana nutella pancake. harga dia 60 bhat
husband i ambik pancake salted egg cheese tak silap i harga dia = 50 bhat
dekat sini i mula mula excited sebab nampak qr code. memandangkan kami dah habis banyak bayar package island hopping haritu ingat nak save cash and nak bayar guna credit card. 
tapi tak boleh ye. qr code ni untuk bank thailand sahaja. 
diorang tak ada terminal. kami cuba bayar guna touch and go jugak tapi tak boleh. 
so sila bawak banyak cash ya. 


zone sini ada halal ada tak halal. tapi dont worry yang halal even tak banyak tapi kedai menarik jugak. 



pancake dia sedap confirm habis.





lepas makan i balik bilik. husband i pulak pergi 7 eleven sorang sorang sebab dia nak cari charger .
ni salah satu mistake kami. kami bawak 1 je universal plug point. 
plug dekat hotel kami ni jenis macam ni

jenis 2 pin macam belah kanan ni.  dekat area hotel kami ada mart tapi dia jual mahal sangat.
so husband i jalan ke belah kiri terjumpa 7 eleven. 
lepas convert around 16 ringgit je dia jual.


malam tu dia ada belikan a few snack untuk kami bawak ke island hopping esoknya sebab kami kena ready dekat hotel 8:30 pagi . 


i siapkan baju untuk island hopping esoknya. dekat dalam i pakai swimming suit.
dekat luar i pakai silk robe yang i beli dekat gmax. ni baju tidur sebenarnya guys tapi sebab dia labuh and menutup aurat why not i pakai kan?




27/6/2024


ni rupanya bila i dah pakai. warna dia lembut sis suka. 





ni truck yang ambik kami depan hotel. kami tunggu dari 8:30 around 8:50 baru sampai. diorang ambik kami last sekali. 

my husband dengan dry bag . dry bag ni company i bagi. 
kalau korang nak island hopping bawaklah dry bag . tak lupa jugak bawak waterproof case macam yang tergantung dekat leher korang. actually memanglah kebanyakan phone sekarang waterproof tapi pakai jelah sebab sis ada trust issue. kalau rosak phone tu bukan senang nak beli lagi.

kami sampai je dekat checkpoint kami menunggu dekat sejak jugaklah baru dapat bertolak ke boat. 
kami di bezakan package mana kami ambik berdasarkan band kami pakai. kami band hijau. 
band hijau ambik package phi phi island.

untuk group kami, kami naik boat no 23.
our tour guide perempuan nickname dia ice.



dari checkpoint kami menunggu tu nak ke boat jauh jugak jalan kaki guys.
bukan senang sis nak jalan kaki jauh.  oh btw untuk package sis ambik ni kan sis tak recommend korang ambik sebabnyaaaa

speed boat memang laju tapi pack dia mashaAllah :') 

sis dan husband duduk hujung boat sebab kami naik lewat. 
tapi hikmahnya kami dapat tengok view orang lain tak sangat HAHAHA



kami turun dekat maya bay. and maya bay ni dulu diorang akan turun kan depan tapi now kena lalu belakang. i susah nak explain but diorang macam tu sebab nak jaga coral. maya bay ni super packed. bila i cakap packed maksudnya betul2 pack. laluan dia sempit.
korang search jela kat tiktok mesti jumpa. 

benda yang kami tak berapa puas hati ialah package kami ni hanya ada snorkeling je tapi tak ada satu pantai pun boleh mandi. 

so better korang ambik package 4 island . sebab package 4 island tu dah la murah dari kitorang punya tapi 2,3 pantai boleh mandi ye.


 ni dekat maya bay. 



shyafiq dekat look out point. ni la tempat dulu orang selalu ambik gambar .
anyway masa ni i tengah duduk sebab i penat nak mampus.
we are not supposed to jalan pun.  i hope they can fix this. kalau nak jaga sangat coral jangan la bukak tempat ni.



ni shyafiq before snorkeling. ombak kuat so i mintak dia pakai vest supaya hati i sedap sikit nak bagi dia turun.




ni dekat phi phi don island . kami baru lepas makan.
masa kami sampai sini kami mabuk laut. kepala pening sebab pagi breakfast kami terlalu ringan. so perut lapar nyah. mat salleh and minah salleh pulak jenis tak reti naik. 
lama betul tunggu dia snorkelling.







sebelum gerak ke next island kami beli ice cream dulu.
sedap weh ice cream dia.


ni kami dah sampai bamboo island .  dekat sini ingatkan boleh mandi. rupanya tak boleh mandi nyah. katanya ada jelly fish. 

tapi kami buat trick. dia cakap tak boleh mandi, dia tak cakap tak boleh main air.
so kami duduk tepi pantai julur kaki biar ombak datang dekat kitorang HAHAHA
bolehla buat rasa rasa kan. air dia cantik jernih.




ni muka orang penat , ni kami dah sampai aonang beach balik. 


kami naik truck untuk dihantar balik oleh pihak tour guide .
oh btw budak ni comel gila. dia redha je mak ayah dia bawak island hopping.
berpanas panas elok je tidur. dia tidur bangun makan, minum susu je.
nama dia dahlia. 




balik je sampai hotel kami pergi swimming .  so ingat ya , kalau nak pergi island hopping krabi
jangan ambik 7 island . ambik 4 island je. if ada budget lebih or datang dengan family 
korang sewa je private tour naik speed boat or long tail.
we aim for private tour if we come again.


yang pool view memang best kalau dekat hotel ni. bukak je sliding door nampak kolam. 
terus boleh terjun. kami mandi dalam sejam lepastu naik sebab husband i lapar.
sebab i penat sangat i suruh dia beli makanan and ajak dia makan dekat bilik je.

i makan banana pancake lagi .sedap guys!



sebab tengahari tadi dah makan berat and i tak berapa lapar.
so i nak fish cake. menariknya benda ni sebenarnya tak jual. diorang just bagi free as appetizer .
ni one of appetizer dia bagi masa i makan  hari pertama tapi tak sebanyak ni la.
dia bagi kecik kecik. tapi sebab i nak diorang sanggup jual.

ni la kelebihan peniaga thailand. benda tak ada dalam menu pun diorang jual . janji ada duit.

lepas makan kami pun berehat and tidur.....

around 9 lebih malam kami decide nak pergi jalan 7 eleven.  kami pergi tengok barang barang yang ada
kami shopping macam -macam. 
antaranya susu meiji , cereal,  i beli glutha cream and ada pill gluta jugak .
ada serum eish macam macam lah.

ice cream ni sedap gila. tolonglah cuba













kami habis 933 bhat = rm121.80

dekat sini kami bayar pakai touch and go. 
first time shopping dekat 7 eleven habis sampai seratus lebih. 
tak dinafikan 7 eleven thailand memang berhantu. ni kira dah control habis dah ni.

28/6/2024




harini kami breakfast dekat bilik jugak hasil dari tangkapan di 7 eleven malam tadi.
i jarang breakfast tbh so makan macam ni pun dah cukup for me.
lepastu teka buat apa?
tidurla guys. sebab letih island hopping tak habis lagi. 
harini memang kami decide untuk lebih santai.


kami lunch dekat bilik jugak. husband i pergi kedai arbadi sebelah kedai may and zin .
sumpah sedap gila korang kena cuba if datang sini. i makan siakap stim limau,  garlic prawn and husband i makan nasi goreng seafood.   diorang ada bagi jugak tembikai banyak gila .

i betul betul puas hati dengan menu ni. 

oh btw arbadi ni boleh bayar pakai touch and go. may and zin tak boleh .
korang datang sini if tak cukup cash jangan risau . kedai arbadi ni boleh bayar guna tng.


for dessert kami makan ice cream  kelapa. satu ni 80 bhat 

lepas makan relax relax kami pergi swimming.



plannya habis swimming kami akan pergi pantai depan hotel sebab husband i nak ambik video sunset 

husband i nak buat time lapse sunset kata dia.

btw dekat sini 6:45 dah  sunset. kami pergi pantai around 6 macam tu.


tu nampak dia pacak tripod.



sementara dia ambik gambar pantai sis focus ambik gambar langit.
lawa kan?


lepas je ambik gambar kami balik bilik. letak barang rest sekejap. lepas tu kami terus pergi massage dekat royal massage


kami ambik oil herbal massage satu jam = 400 bhat seorang
bestnya dekat sini ada tukang urut lelaki. so husband i diurut lelaki.
aint no way i bagi perempuan urut dia. :p
 
habis urut kami pergi cari souvenir


lepas beli souvenir kami pergi book van untuk balik esoknya.
harga dia sama 150 bhat jugak per person.
kalau korang nak jimat better naik je van.
tapi kena book sehari awal kalau nak pergi airport tau.



yang bagusnya tempat ni dia ada jadual flight and nombor pesawat lagi.
kami punya flight pukul 6 petang jadi dia dah ada macam suggested table pukul berapa kami kena naik van tu dari hotel.
kami pilih slot 2:30 . tapi kami diminta tunggu awal 15 minit . jadi 2:15 kami kena ada dekat lobby hotel

lepas settle beli barang tengok tengok kedai kami pergi dinner dekat arbadi.
masa kami sampai actually kedai dah nak tutup diorang dah tarik shutter.
diorang nampak kami masuk diorang balik kedai.

benda ni takkan terjadi ya dekat malaysia. 


tengok kedai nak tutup pun masih dapat nasi bentuk love ya. 
kami habis 630 bhat je.  udang dia tempura dia sedap. udang kerabu dia pun sedap dia mashaAllah fresh
manis daging dia.


 sebab i suka sangat aiskrim kelapa dia haruslah repeat. 



lepas makan kami balik hotel letak barang and terus pergi 7 eleven lagi.

balik dari 7 eleven kami tengok movie husband i guna google cast

kami tengok cerita Furiosa: mad max saga.



29/6/2024

sepatutnya kena check out pukul 11 tapi kami request late check out.
late check out kena bayar and agak mahal tbh. 

asalnya kami nak 3 jam fikir balik cam rugi je. so kami ambik 2 jam late check out

daripada kena bayar 600 bhat . dia bagi discount seratus bhat. diorang charge 300 bhat per hour for late checkout.
so kami bayar 500 bhat untuk 2 jam late check out. = rm60




pukul 1 kami duduk dekat lobby. for me 1 hour kejap je sebenarnya . main game bla bla.
2:15 sharp our van sampai. 

pukul 3:15 kami sampai airport.



di airport kami cari tempat makan . 

we decide untuk makan di potato corner.

guys.... sedap gila sumpah


btw potato corner ni halal ya.  husband i cakap dekat Malaysia pun ada dah. potato corner ni memang originally from thailand.


after makan kami terus pergi our zone. 


i lupa nak habiskan air meiji chochlate i. so air kena rampas. HAHAHA

btw krabi airport ni tak banyak kedai tapi okaylah airport tak besar tak sakit kaki nak jalan.


kami sampai klia2 around  8pm. 
masa kami sampai agak ramai jugak la so ambik masa beratur nak keluar tu.




kami decide untuk dinner before balik rumah
kami makan dekat sukiya bowl

this is probably the cheapest meal i pernah makan dekat airport selalu habis mesti around 100
but this one only rm46 je 

next time nak jimat korang makan sini tau.


sini i breakdown our cost untuk bercuti ni

flight return air asia include hot seat tepi tingkap
date 26-29 june : rm451.37 seorang
hotel aonang buri resort 26-29 june = rm389 untuk 4 hari 3 malam 

island hopping : 2800 bhat for 2 person = rm358

air asia ride from rumah ke airport : rm67
grab from airport ke rumah : rm72

cash in hand : 1000 bhat  @ rm1300
tng : rm300

roughly la korang untuk berdua cost bercuti ni around : rm2.7k +-

sebab korang tak boleh kira cost dekat sana je kena kira sekali cost transportation dari rumah ke airport and airport ke rumah.



okay tamatlah sudah cerita percutian singkat sis and husband.

till next short vacay inshaAllah 


k lah korang sis nak tidur dulu

esok kerja


till then

ttyl


 una mn



















No comments:

💝 Anniversary Trip To Jakarta